Thursday, September 11, 2008

TOLONG TOLAK HUJAH INI

Salaf sebuah Jamaah?

Salaf bukanlah sebuah jemaah, seperti mana jemaah-jemaah yang sedia ada sekarang. Kalau sekiranya salaf merupakan sebuah jemaah maka persoalan-persoalan ini perlu difikirkan:

1. Dimanakah tanzimnya (?

2. Siapakah amirnya (ketua)?

3. Pada siapakah mereka berbaiat?

Ini adalah soalan lazim yang perlu ditanya, dan apakah jawapannya?

1. tiada tanzim

2. tiada amir

3. tiada siapa yang dibaiatkan

Pasti akan ada segolongan manusia yang menyatakan komentar mengenai jawapan penulis diatas. Mereka berkata “Inikah gerakan dakwah? tak terancang, tiada sistem yang sistematik, macam mana hendak berdakwah? ”

Sekiranya ada orang yang menyatakan bahawa jawapan ini salah maka dipersilakan kepadanya menyatakan jawapan sebenar bagi persoalan-persoalan ini. Tetapi penulis yakin tidak ada seorangpun yang boleh membuktikannya secara ilmiah jawapan selain jawapan yang penulis nyatakan.

Ulama salaf bukanlah orang yang memecahkan umat menjadi firqah-firqah, tetapi adalah individu-individu yang berpegang teguh kepada kebenaran dan ingin menyampaikan kebenaran itu.Tetapi mereka yang menyatakan bahawa ulama salaf yang memecahkan umat kepada fikrah-fikrah itulah yang sebenarnya memecahkan umat. Dakwah salafiyyah memberi fokus kepada dakwahnya untuk mengajak umat kepada tauhid dan menjauhkan mereka dari kesyirikan. Inilah intisari dakwah semua rasul dan para pengikut mereka hingga hari kiamat. Adapun dakwah hizbiyyah, mereka tidak mementingkan dakwah tauhid, bahkan kadang-kadang mengesampingkan dakwah tauhid dengan alasan ianya akan memecah belah umat! . Ulama salaf berpegang kepada inti Islam itu sendiri sebagaimana ia mula-mula diturunkan. Mereka tidak mengubah inti islam mengikut pemahaman manusia masa kini. Mereka tetap akan berkata perkara yang benar walaupun bertentangan dengan keadaan manusia masa kini. Ini kerana Umar Al-Khatab menyatakan:

“Berkatalah benar walaupun pahit”

Bahkan Abu ‘Ali ad-Daqqaq r.a berkata:

“Orang yang diam dari mengucapkan kalimat yang hak adalah syaitan yang bisu, dan orang yang mengucapkan kalimat adalah syaitan yang berbicara

Definisi sebenar Salaf

Salaf adalah orang yang Allah definasikan sendiri didalam Firmannya:

“Dan orang-orang terdahulu yang mula-mula berhijrah dan memberi bantuan dari orang-orang muhajiran dan ansar dan orang-orang yang menurut jejak langkah mereka, Allah Redha akan mereka dan mereka juga akan Dia, serta Ia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir dibawahnya, beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya, itulah kemenangan yang besar “ (At-Taubah [9]:100)

Mengikut tafsir al-Azhar (halaman 3105) dikatakan, sebahagian besar ulama tafsir menafsirkan bahawa pengikut yang dimaksudkan di sini ialah para sahabat rasulullah yang datang kemudian, sesudah muhajirin dan ansar yang mengikuti jejak mereka dengan baik.

Ada pihak yang menyatakan bahawa “Ulama-ulama seperti Sheikh Salih Fauzan al-Fauzan, Sheikh Ibn Bazz, Al-Uthaimin, Al-Albani, Syaikh Rabi’, Zahid Abu Bakar dan banyak lagi adalah bukan SALAF, yang salaf cuma tiga generasi terawal sahaja, mereka ini dah jauh sangat dah. Jadi, mereka bukan dari generasi salaf”. Ya, penulis bersetuju dengan kata-kata itu TETAPI dakwaan mereka itu hanya dari zahirnya sahaja.

Ingin penulis tegaskan di sini, para ulama yang dinyatakan seperti di atas adalah para ulama Salaf. Ini kerana, mereka mengikut manhaj salaf sebenar-benarnya, mereka berpegang kepada Al-quran dan sunnah tanpa sedikitpun berkompromi dalam kebatilan. Merekalah yang dipanggil “orang-orang yang menurut jejak mereka” seperti ayat diatas.

Maka, bagaimana boleh dikatakan berpegang dengan manhaj salaf sekiranya hanya ambil mana yang sesuai sahaja, yang tidak sesuai dipinggirkan?

Agak-agaknyalah, mereka ini (Ulama salaf) tidak pandai bahasa arab,bahasa sastera yang tinggi, tidak berdakwah, cuma banyak baca, tulis dan tak pernahpun turun ke medan dakwah. Itulah sebabnya mereka SEPAKAT menyatakan orang yang dikatakan banyak berdakwah ini(Sayyid Quth) salah. Mungkin benarlah. Sebab itulah salah seorang yang mengutuk itu boleh jadi dekan fakulti hadith di Madinah, kan?

Method Salaf dalam menegakkan kebenaran.

Mereka tidak terus menanyakan seseorang atau sesebuah gerakan itu salah sebelum membuat kajian terperinci tentang mereka.Ini kerana mereka menggunakan kaedah yang telah ditetapkan oleh ulama-ulama salaf terdahulu semasa menghadapi golongan-golongan yang melakukan kesilapan terutama dalam bab bid’ ah:

1. Memberi bimbingan, pengajaran, dan menyampaikan hujjah kepada mereka, seperti yang dilakukan oleh Ibnu Abbas terhadap orang-orang Khawarij. Beliau datang, (membimbing dan menasehati mereka), hingga akhirnya dua atau tiga ribu dari mereka kembali kepada kebenaran. Kedua.

2. Memutuskan hubungan, tidak berbicara, dan tidak menyalami mereka.

3. Mengasingkan mereka, sebagaimana dilakukan Umar yang mengasingkan Shabigh

4. Memenjarakan mereka, sebagaimana dipenjarakannya Al-Hallaj bertahun-tahun sebelum akhirnya dibunuh.

5. Menyebutkan tindakan bid’ah yang mereka lakukan dan menyebarkan ke masyarakat agar dijauhi oleh orang-orang, dan agar masyarakat tidak terpedaya dengan ucapan mereka Ini banyak dilakukan oleh para salaf.

6. Memerangi mereka bila menentang dan keluar dari jamaah kaum muslimin, sebagaimana dilakukan oleh Ali dan para khalifah lainnya (yang mengikuti) Sunnah yang memerangi orang-orang Khawarij.

7. Membunuh mereka bila tidak mau kembali kepada kebenaran setelah diminta untuk bertaubat, tatkala mereka menampak-nampakkan bid’ahnya.

8. Barang siapa yang menyembunyikan bid’ah yang tergolong kekufuran atau yang muaranya kekufuran, maka dibunuh tanpa diminta untuk bertaubat, karena itu masuk dalam kategori kemunafikan seperti yang dilakukan oleh orang-orang zindik.

9. Mengkafirkan mereka bila menurut dalil syar’i mereka adalah kafir. Yaitu bila bid’ah yang mereka lakukan jelas-jelas perbuatan kekafiran.

10. Ahli waris mereka yang muslim tidak menerima warisan peninggalan mereka, dan sebaliknya mereka pun tidak menerima waris dari orang-orang muslim. Bila mereka mati tidak dimandikan, tidak dishalati, dan tidak dikubur di pemakaman kaum muslimin. Semua itu selama dia bukan seorang yang menyembunyikan (bid’ahnya). Karena seorang yang menyembunyikan bid’ahnya, tetap dihukumi berdasarkan lahirnya. Dan ahli warisnya lebih tahu tentang perkara warisan mereka.

11. Mereka tidak boleh kita nikahkan (dengan keluarga dan kerabat kita). Ini termasuk dalam kategori memutuskan hubungan (dengan mereka).

12. Mencela mereka seutuhnya, sehingga persaksian mereka tidak diterima, tidak boleh menjadi pemimpin atau hakim, dan tidak boleh diberi kedudukan mulia seperti menjadi imam atau khatib.

Method ini boleh diperhatikan didalam Ringkasan Al-Ithisam, karangan Imam as-Syatibi. Maka sekiranya ikut manhaj salaf, dimanakah buktinya?.

Ketaatan

Ramai orang yang menyatakan bahawa mereka berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Ini adalah kerana mereka menyatakan akidah kami adalah akidah salaf. mereka berpegang kepada dalil 4:59. Katanya taat pada Allah, taat pada rasul, dan ulul amri. Menurut Ibnu Katsir didalam tafsirnya. Ayat ini diturunkan disebabkan suatu peristiwa berkaitan dengan satu pasukan perang. pada ketika itu komandan pasukan minta mereka mengumpulkan kayu api lalu disuruh pasukan masuk kedalamnya. maka dikatakan “Bukankah Rasulullah memerintahkan kalian mentaatiku”. Tetapi para sahabat pada ketika itu tidak masuk. Dan apabila perkara ini diberitahu kepada Baginda, apa katanya:

“Seandainya kalian masuk kedalam api itu, nescaya kalian tidak akan keluar lagi selama-lamanya. ketaatan itu hanya pada yang ma’ruf.

Tetapi bukan inilah sebenarnya yang terjadi, apa yang terjadi adalah sebaliknya.Mereka taat bulat-bulat segala pernyataan yang dikeluarkan oleh ketua-ketua mereka kerana meraka berhujah dengan pernyataan: “Kami dengar dan kami taat (2:285)”dan mereka menyatakan juga “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui (2:216)”, dan untuk yang ingkar maka dikatakan pula 9:41. Maka terdiamlah orang yang tidak mengaji itu.Dikatakan sudah ketetapan dari atasan, jadi taatlah, katanya berlandaskan kepada Quran dan Sunnah, alasannya:

1. Ini Ijtihad.

2. Kita perlu tengok fiq waqi’

3. Kita perlu perhatikan kesesuaian pada masyarakat

Ada beberapa perkara yang ingin penulis tanyakan:

1. Siapakah orang yang memberi Ijtihad, adakah mereka orang yang benar-benar berpegang pada Quran dan Sunnah?

2. Siapakah rujukan utamanya untuk mengeluarkan suatu ketetapan. Adakah Ulama Salaf, atau Akal?

Sekiranya betul mereka berpegang pada Al-Quran dan Sunnah, mengapakah ada ketetapan menyatakan kita tidak boleh merujuk buku tulisan orang tertentu ini tanpa menjelaskan secara ILMIAH kenapa tidak boleh merujuk?.Ini kerana penulis berpegang pada:

“Tunjukkanlah bukti kebenaranmu(HUJAH DAN DALIL) jika kamu orang-orang yang benar (2:111)

Kebiasaannya, dalam berhadapan dengan persoalan bergini sesebuah gerakan akanamenyatakan satu sahaja alasannya iaitu, waspada, agar dikemudian hari sesiapa yang membaca atau merujuk buku tulisan orang ini akan pening kepalanya kemudian akan keluar dari jemaah mereka.(Bukankah ini menggunakan akal semata-mata, takut kebenaran akan teserlah?)

Sekiranya benar berpegang pada “ hujah yang nyata (12:108)” dipersilakan kemukakan hujah ilmiah berkenaan kesilapan buku tersebut.Ingatlah firman Allah dalam ayat kita selalu baca:

“ Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan dipertanggungjawabkan(17:36)”

Kita sebagai orang yang ingin mencari kebenaran perlulah berfikir dengan waras dan menimbang sesuatu perkara itu dengan timbangan ilmu yang berlandaskan al-Quran dan Sunnah yang jelas.

Penulis, turut merasakan bahawa setiap gerakan dakwah yang wujud sekarang ini, berpegang kepada dalil dibawah iaitu:


38. dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang Yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang Dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa Yang Kami beri kepadanya;

Ibnu Katsir didalam tafsirnya menyatakan

“Rasulullah bermusyawarah dengan para sahabat dalam menentukan peperangan dan urusan sejenisnya, agar hati mereka menjadi baik.”

Betul penulis katakan bahawa, untuk menetapkan sesuatu perkara perlulah bermusyawarah, akan tetapi yang menjadi masalah ialah:

1. Mereka menetapkan sesuatu yang berkaitan dengan islam.

2. Ahli-ahli mereka bukanlah orang yang Ahli didalam agama.

3. Mereka menyatakan apa yang telah ditetapkan harus ditaati.

Kenapa penulis menyatakan perkara ini salah?. Ia kerana:

1. Didalam membincangkan perkara agama bukan semata-mata ijtihad tanpa berlandaskan al-quran dan sunah (Guna logik akal sahaja),kerana banyak lagi ulama yang ada untuk dirujuk. Adakah strategi dakwah bukan perkara agama? Sedangkan para nabi dan rasul berdakwah guna apa? Akal semata-mata?. Alasannya, “ itu nabi , kita manusia biasa, kita berbeza”. Maka apakah fungsi ulama yang ada disekeliling kita yang berpegang kepada manhaj salaf? sedangkan jelas Allah menyatakan:


28. dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang Yang melata serta binatang-binatang ternak, ada Yang berlainan jenis dan warnanya? sebenarnya Yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang Yang berilmu (Ulama). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.

Akan tetapi disebabkan ulama ini tidak sejemaah dengan mereka, maka “Kita-kita, Dia-dialah”.

Inilah realiti yang terjadi sebagaimana kata-kata Ibnu Mas’ud:

“Sesungguhnya kalian sekarang ini berada di zaman yang banyak ulamanya dan sedikit tukang khotbahnya, dan sesungguhnya akan datang sesudah kalian suatu zaman yang banyak tukang khotbahnya dan sedikit ulamanya.”(diriwayatkan oleh Abu Khaitsamah dalam Kitab al-Ilm hal. 109 dan dishohihkan oleh Syaikh al-Albani dalam takhrijnya)

Hal yang sangat disesalkan, banyak orang-orang awam dan anak-anak muda yang mengangkat derajat para tukang khotbah ini sehingga mereka sebut sebagai ulama. Ketika para tukang khotbah ini menampakkan bid’ah dan fitnah, lantas para ulama yang tulen memperingatkan umat dari kesesatan mereka, maka orang-orang menyangka bahwa khilaf (perselisihan) antara para ulama dan para tukang khotbah ini adalah khilaf yang terjadi antara ulama dengan ulama, kemudian dipraktekkanlah fiqih salaf –dengan serampangan- di dalam menyikapi khilaf yang terjadi di antara para ulama. Seandainya saja mereka benar dalam memahami fiqih khilaf, tetapi kenyataannya mereka membawakan perkataan Ibnu Mas’ud rodhiyallohu anhu : “Khilaf adalah jelek”, kata mereka ucapan ini maksudnya : “Diamlah, jangan mengingkari kebid’ahan dan kesesatannya! ”


Bid’ah atau Kemungkaran

Antara menekankan bab bid’ah yang sedang menjalar dengan masyarakat atau mengajak orang yang tidak solat yang manakah yang lebih utama?. Ini kerana ramai orang yang menyatakan. Kita perlu tengok fiq waqi’. Kenapa perlu kita sibuk-sibuk membincangkan masalah yang tidak mendatangkan amal (kononnya-pen) kan lebih baik kita ajak orang-orang yang tidak solat tu pergi solat. Penulis ingin mengajak para pembaca kepada pandangan yang dikemukakan oleh Ibnu Taimiyah didalam persoalan ini, iaitu:

“Perintah kepada Sunah Rasulullah dan melarang dari perbuatan bid’ah merupakan amar ma’ruf dan nahi mungkar dan termasuk amal shalih yang paling afdhal”

Kita ambil sedikit perenggan daripada buku 6 pilar utama dakwah salafi.

“Jika setiap seorang mukmin ingin meluruskan perjalanan ini, lalu dikatakan kepadanya. “Bukan sekarang saatnya,” sedang orang-orang kafir senantiasa menanti kehancuran kaum muslimin!, maka sampai kapankah ia akan mengetahui kesalahan dan kekeliruannya? dan sampai kapan pula seorang yang sakit akan sembuh dan seorang yang lemah akan jadi kuat? Padahal Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan dari Rasulullah s.a.w bahawa beliau bersabda:

“Seseorang mukmin adalah cermin bagi mukmin yang lain, ia mencegah kerusakan dan kerugian saudaranya, serta memelihara /menjaga dari belakang” (hadith shahih riwayat Abu Dawud)

Disini ada suatu pernyataan biasa yang biasa digunakan oleh orang yang menyatakan mereka benar:

“ Anta tidak adil asyik ambil pendapat orang-orang tertentu sahaja”

Penulis katakan ini merupakan kata-kata yang tidak berlandaskan ilmu. Siapakah Ibnu Taimiyah itu? adakah kata-katanya tidak berlandaskan hujah. Pakai akalnya sendiri sahaja?. Betul dia manusia, tetapi beliau berpegang kepada quran dan sunnah yang jelas.Sekiranya, ada yang menyatakan rujukan penulis ini salah, maka penulis meminta kepada sesiapa sahaja untuk memberikan rujukan yang lebih baik daripada ini. Konsep kebenaran itu, perlu disebarkan. Bukan dipendam.

“Ana management lain, anta management lain”

Inilah kata-kata orang yang kurang ilmu, sekiranya yakin apa yang dibawa benar, sebar-sebarkan.Ada orang yang tersesat, tarik balik kepangkal jalan. Jangan terlalu taksub dengan perbezaan management.Perlu diketahui mereka menyatakan mereka mengikut quran dan sunnah, tetapi mereka lupa pada hadith Nabi Muhammad:

“Agama ini dipikul (dipertahankan) pada setiap generasi oleh orang-orang yang adil. Mereka membongkar penyelewengan orang-orang yang ghuluw (berlebih-lebih dalam agama), membenteras pendustaan ahli-ahli kebatilan dan penyimpangan orang-orang jahil” (Ibnu Qayim dalam bukunya Miftah Dar as-Saaddah, m/s 168-169).Hafiz Firdaus Abdullah seorang penulis buku yang terkenal di Malaysia, apabila di tanya secara berdepan dengannya berkenaan persoalan ini maka belia menyatakan:

“ Orang yang membuat kemungkaran itu adalah disebabkan kejahilan atau kebodohannya, tetapi orang yang membuat bid’ah ini merasakan bahawa bid’ah yang dia buat itu baik, maka itu telah merosakkan kesucian islam, dan ini adalah masalah yang jauh lebih teruk daripada kemungkaran” (Perbincangan di Masjid Universiti Malaysia Sabah pada 21 Ogos 2008 jam 11.15 pagi)

Maka penulis nyatakan, apa akan terjadi pada orang yang buat kemungkaran itu, apabila dia insaf dan ingin belajar tentang islam. Adakah islam yang dia akan belajar nanti, betul-betul murni? atau penuh dengan bid’ah. Kerana apa? Kerana orang yang membawa bid’ah ini berpegang kepada:

“Kita bekerjasama terhadap apa yang kita sepakati dan kita memaafkan apa yang kita perselisihkan”

Dengan kata lain tidak apa-apa, sikt sahaja perbezaannya. Yang penting kita bersatu. Sebab itulah mereka sanggup berkompromi dengan shiah yang jelas-jelas mengkafirkan sahabat.Mereka juga menyatakan bahawa mereka berbuat begitu kerana mengambil pendapat ibnu Taimiyah sendiri iaitu didalam buku Ikhwanul Muslimin menyatakan:

Perang terhadap bid’ah telah dijelaskan landasan umumnya oleh Sa’id Hawwa r.a

“Bid’ah yang telah disepakati para fuqaha atas keharamannya adalah sesuatu yang harus diperangi dan dilenyapkan. Akan tetapi kita mempunyai landasan umum syari’at yang harus dipelihara, yaitu: Upaya merubah suatu kemungkaran bila mengakibatkan munculnya kemungkaran yang lebih besar dari kemungkaran yang pertama, maka harus mencari cara lain untuk merubahnya atau bahkan diam”

“ Kerana itu, Ibnu Taimiyah r.a tida mengizinkan murid-muridnya melarang pasukan Tatar meminum minuman keras. Sebab bila mereka mabuk, dan tertidur, berarti kejahatan mereka akan lebih sedikit terhadap kaum muslimin. Tapi bila mereka sadar, dan tidak mempunyai kesibukan, mereka akan merampas harta benda kaum muslimin atau membunuh mereka”.

Penulis menyatakan pendekatan Ibnu Taimiyah ini adalah untuk orang kafir yang berbuat onar kepada orang Islam. Bukan orang islam terhadap orang islam, kerana jelas apa yang dikatakan sebelum ini, bahawa mencegah bid’ah lebih afdal dari kemungkaran.Sekiranya benar perpaduan itu penting, yang lain kita cerita belakang, maka kenapa Ibnu mas’ud memarahi orang yang buat liqo-liqo kecil untuk berzikir?. Adakah beliau tidak faham fiq waqi’? Adakah beliau tidak tahu pentingnya perpaduan?

Maka dimanakah landasan gerakan dakwah yang mengikut manhaj salaf, tetapi tidak sebagaimana yang di tulis.Ini jelas bertentangan dengan pengertian bid’ah dari segi istilah yang dinyatakan dalam perbentangan kertas kerja Bid’ah Satu Kajian Ilmiah oleh Ustaz Mohd Syahir bin Ismail iaitu:

“mengadakan sesuatu perbuatan atau iktiqad atau mengeluarkan kata-kata yang tidak terdapat keizinannya daripada syarak samada ia disebut di dalam al-Quran atau Sunnah atau Ijmak atau Qias dan tidak termasuk dalam ‘qawaid syariyyah’ (kaedah dan prinsip am dalam islam)”.

Sebelum penulis lanjutkan, tertarik penulis ingin bertanya, siapakah orang yang terlibat dalam ijmak atau qias?. Pasti jawapannya Ulama. Apa ciri-ciri ulama?. Al-Imam Abu Qasim al-Ashbahani menyatakan, ciri-cirinya ialah:

1. Menghafal pelbagai bidang ilmu bahasa Arab serta perselisihannya.

2. Menghafal pelbagai perselisihan para fuqaha dan para ulama.

3. Berilmu, memahami dan mengingati tentang I’rab (harakat akhir kata untuk menentukan kedudukan kata tersebut pada kalimah bahasa arab) dan perselisihannya.

4. Berilmu dengan Kitabullah (al-Quran) yang mencakup pelbagai bacaan serta perselisihan para ulama mengenainya, tafsir ayat-ayat muhkam dan mutasyabih, nasikh masukh dan kisah-kisah yang tertera di dalamnya.

5. Berilmu berkenaan hadith-hadith Rasulullah dan berkebolehan untuk membezakan antara sahih dan dha’if, bersambung atau terputus sanadnya, mursal dan musnadnya, masyur dan gharibnya.

6. Berilmu tentang athar-athar para sahabat.

7. Wara

8. Memelihara maruah(Kehormatan diri)

9. Jujur

10. Terpecaya

11. Mengamalkan agamanya berlandaskan al-Quran dan Sunnah.

Maka inilah baru dikatakan Ulama. Tetapi orang yang menetapkan keputusan dalam sesuatu musykilah, siapa?. Alasannya, kita masih berlajar, kita masih membina, satu hari nanti kita akan ada orang yang faqih agamanya. Maka sekarang ini, tidak menjadi masalah sekiranya kita tersilap, atau tengelam dalam kesilapan? Alasan untuk pernyataan ini pula, kita perlu bersabar, jangan memetik buah sebelum betul-betul masak. Ini semua semata-mata menggunakan akal. Ulama ada tapi, alasan kenapa tidak boleh ikut adalah kerana, gerak kerja mereka berbeza, gerak kerja kita berbeza. Maka antara budak 5 tahun dengan Orang dewasa umur 40 tahun, siapa kita akan tanya arah jalan?

Kita kembali semula pada permasalahan bid’ah ini.Ada yang bertanya kepada penulis berkenaan sikap penulis yang belajar ilmu pengajian universiti, boleh pula ambil dari orang-orang kafir yang jelas-jelas kekafirannya. Kenapa pada orang islam yang membuat kesalahan (bid’ah dan kesesatan dalam pemikirannya yang jelas telah diperingatkan oleh ulama salaf), tetapi masih ada kebaikannya tidak boleh pula ambil ilmunya. Penulis bertanya kepada Hafiz Firdaus Abdullah berkenaan perkara ini, apa katanya:

“Sekiranya Ilmu orang kafir itu merosakkan islam, maka kita tentang, tetapi ilmunya tidak merosakkan islam. Tetapi ilmu orang islam yang jelas-jelas merosakkan islam( kemurniaannya dari pemahaman salaf) itulah sebab kita tolak” (Masjid Universiti Malaysia Sabah, 20 Ogos 2008) .

Ingin juga penulis bertanya, agak-agaknya ulama-ulama salaf yang menyatakan kebenaran ini, kurang ilmunya, tidak faham maksud sebenar orang yang buat satu pernyataan. Kasihan mereka, budak 5 tahun lebih pandai dari orang dewasa umur 40 tahun dalam selok belok jalan kan?

Kenapa perlu tekan sangat bab bid’ah ini. Biarlah para ulama yang berunding antara mereka. Penulis ingin memberi idiologi. Ada sebuah rumah, telah terbina dengan kukuh, tiba-tiba suatu hari datang anai-anai, tak nampak,kecil sahaja, apalah binatang kecil ini boleh buat?. Tuan rumah buat tidak tahu sahaja (Kompromi). Anai-anai pun mula membuat rumahnya di bawah beam rumah. Datanglah syarikat pemusnah anai-anai, mereka kata rumah encik ada anai-anai, bahaya. Tuan rumah kata, tidak apa-apa, anai anai itu kecil, tak runtuh tak rumah ni. Syarikat itu dah pesan tetapi tuan rumah berdegil, alasan tak apa-apa. Maka setelah bertahun-tahun, pada suatu malam yang gelap,rumah itu roboh. Tuan rumah terpinga-pinga. Tidak berkata-kata. Sudah tidak boleh buat apa-apa, benda dah berlaku.

Anda rasalah, siapa lebih faham tentang anai-anai, tuan rumah atau syarikat pemusnah anai-anai? Fikir-fikirkan, kerana Nabi Muhammad s.a.w, bersabda:

“Hendaklah kalian berpegang teguh kepada sunahku dan sunnah para khulafa’ rasyidin yang mendapat petunjuk sesudahku.Peganglah dan gigitlah dengan gigi gerahammu sekuat-kuatnya, dan jauhilah hal-hal baru ( dalam agama), kerana setiap hal baru itu bid’ah, dan setiap bid’ah adalah sesat” (Musnad Imam Ahmad, Abu Daud, at-Tarmidzi, Ibnu Majah, Sahih al-Jami)

Suatu perkara lagi yang dikatakan kepada penulis adalah, kenapa perlu menghujat dan menolak pendapat orang-orang yang banyak buat kitab-kitab, ceramah dan fatwa. Penulis jelaskan disini,bukan penulis yang tolak, tetapi ulama yang tolak. Penulis ingin beri lagi satu idiologi, kanak-kanak 5 tahun, kalau disuruh berbogel, di berbogel tak? Kenapa dia buat bergitu? Kerana dia tidak tahu lagi tentang aurat, betul? Maka bagaimana dia hendak menapis arahan yang diberi padanya, sekiranya dia tidak tahu mana satu arahan yang baik dan mana satu arahan yang salah?. Kita lihat pernyataan orang yang kata mereka berpegang kepada al-Quran dan sunnah:

“Kita ambil mana yang baik, kita tinggal mana yang buruk”

Penulis bertanya, macam mana kita hendak ambil mana yang baik, kalau sekiranya kita tidak tahu mana yang buruk? Atau anda boleh main agak-agak sahaja? Oh ini betul, ini salah( Guna akal).

An-Nu’man bin Basyir berkata, “Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda, ‘Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya terdapat hal-hal musyabbihat (syubhat / samar, tidak jelas halal-haramnya), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang menjaga hal-hal musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. Dan, barangsiapa yang terjerumus dalam syubhat, maka ia seperti penggembala di sekitar tanah larangan, hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah bahwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya tanah larangan Allah adalah hal-hal yang diharamkan-Nya. Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada sekerat daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila sekerat daging itu rusak, maka seluruh tubuh itu pun rusak. Ketahuilah, dia itu adalah hati.’”(HR Bukhari)

Pelik

Penulis juga, merasa pelik dengan gerakan-gerakan yang ada sekarang ini. Mereka semua mendakwah manhaj mereka adalah Ahli Sunnah wal Jamaah. Mereka menegakkan sunnah, tetapi sebenarnya mereka bercanggah daripada sunnah. Kenapa penulis menyatakan begitu, kerana mereka membuat tanzim-tanzim mereka sendiri, dan menyatakan pemimpin yang ada sekarang ini sebenarnya salah,banyak kerosakan,zalim. Mari kita lihat apa sikap ulama salaf terhadap Imamah dan Baiat:

Sikap Terhadap Imamah dan Bai’at

Dakwah salafiyyah tidak hanya berhenti pada Tauhid Asma’ wa Shifat dan Tauhid Ibadah saja. Perlu diketahui, ada sebagian orang orang yang begitu semangat dalam masalah Tauhid Asma’ wa Shifat dan Tauhid Ibadah tetapi mereka sembrono dalam masalah bai’at kepada pemimpin yang muslim sehingga terjatuh ke dalam pemikiran Khowarij, kerana Khowarij (klasik) tidaklah thowaf dan menyembelih kepada selain Alloh dan tidak memiliki kesalahan di dalam masalah Asma’ wa Shifat, tetapi bid’ah mereka yang menyebabkan Ali bin Abu Tholib radhiyallahu anhu memerangi mereka adalah karena mereka memberontak dari mendengar dan taat kepada waliyyul amri. Inilah garis pemisah antara dakwah Sunnah salafiyyah dengan dakwah bid’ah hizbiyyah, yaitu sikap terhadap imam -yakni pemimpin atau penguasa muslim. Ahli Sunnah tidak mensyaratkan bahwa waliyyul amri yang ditaati ini harus ma’shum (bersih dari kesalahan) dengan mengacu para hadits Adi bin Hatim rodhiyallahu anhu bahwasanya dia berkata :

Kami berkata : “wahai Rasululloh, kami tidak bertanya kepadamu tentang ketaatan kepada pemimpin yang bertaqwa, tetapi pemimpin yang melakukan ini dan itu (yaitu kejelekan-kejelekan )?” maka Rasululloh shallallahu alaihi wa sallam bersabda :

“Bertaqwalah kalian kepada Alloh dan mendengarlah dan taatlah.”

(Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Ashim dalam as-Sunnah hal. 494 dan dishohihkan oleh Syaikh al-Albani dalam Dhilalul Jannah : 1069)

Tidak ada yang mensyaratkan waliyyul amri harus ma’shum kecuali Rofidloh. Oleh karena itu, kelompok-kelompok Islam sekarang ini yang enggan memberikan bai’at kepada waliyyul amri dengan alasan bahwa dia seorang yang fasik atau dholim, maka mereka ini telah mengikuti pemikiran Rofidloh. Lantaran inilah para ulama salaf selalu menyebut aqidah dalam hal imamah ini dalam kitab-kitab Sunnah, mereka berkata : “Kami tidak memandang bolehnya memberontak kepada para pemimpin dan para waliyyul amri kami, meskipun mereka berbuat kecurangan, kami tidak mendo’akan kejelekan kepada mereka, kami tidak melepaskan diri dari ketaatan kepada mereka, kami memandang ketaatan kepada mereka adalah ketaatan kepada Alloh subhanahu wa ta’ala sebagai suatu kewajiban selama mereka tidak memerintah kepada kemaksiatan, dan kami do’akan mereka dengan kebaikan dan keselamatan. “

Masalah ini sengaja dihilangkan dari pembicaraan kelompok-kelompok dakwah, bahkan orang yang berbicara masalah ini dan menjelaskan kepada umat dicela dan dituduh penjilat, penakut, dan Murji’ah!!!

Di sisi lain, banyak para pemuda Islam masuk ke dalam tandhim-tandhim sirri, dan berangkat untuk berjihad –sesuai dengan anggapan mereka-, kembali dengan membawa lima atau enam bai’at kepada orang-orang yang menyebut diri mereka sebagai amir, atau kembali ke dalam lingkungannya tanpa memandang sahnya bai’at kepada waliyyul amri-nya!

Rujukan.

al-Mathar, H.b.A. 1999. Ensiklopedi Bid’ah`. Pustaka Al-Sofwa.

Bustami, A.W.b. 2006. Membela Sumah Nabawiyah. BIN HALIBI PRESS.

Katsir, I. 2006. Tafsir Ibnu Katsir. Pustaka Imam Syafii.

Kilma, T.R.d.K.D. 2000. Fiqih Waqi’ Hasan Al Banna. Kafila Press.

Muhalhil, S.J. Ikhwanul Muslimin Deskripsi, Jawaban, Tuduhan dan Harapan.

Ramadhani, A.M.b.A. 2002. 6 Pilar Dakwah Salafiah. Pustaka Imam Asy-Syafi’.

Saifulloh, a.-U.A.F.-h.U.b.A. 2007. Garis Pemisah Antara Dakwah Salafiyyah dan Dakwah Hizbiyyah. Maktabah Abu Salma al-Atsari.

No comments: