Monday, July 27, 2009

CUBA BERKATA

Susah untuk menyata, susah untuk menyapa,
Kuat sungguh pengaruhnya,
Hingga kita dipandang hina,
Kuat sungguh namanya,
Hingga kita tidak didengarnya,
Kuat sungguh pangkatnya,
Hingga kita hanya menjadi kulinya,
Kuat sungguh penyokongnya,
Hingga kita tak boleh membetulkannya,
Hanya kerana kita manusia biasa,
Tak tinggi ilmu seperti dirinya,
Tetapi kita tahu sedikit kelemahannya,
Dan ingin membantunya,
Tapi dia tidak menhirau,
Walau ramai yang dah berkata,
Moga Allah tunjuk jalan padanya,
Moga dia kembali atas jalan kebenaran,
Untuk meraih Redha Allah atas jalan Rasulnya.

Thursday, July 16, 2009

Salam pertemuan

Assalamualaikum….
Kepada semua pembaca, lama sudah penulis menghilangkan diri, menyepi kerana ingin membetulkan iman, dan meraih ketenangan jiwa kerana dosa-dosa hati yang menebal dihati. Pahit, getir perjalanan hidup ini hanyalah secebis dari keperitan yang dialami oleh generasi awal islam yang begitu teguh memperjuangkan keimanan dan ketakwaan pada Allah swt.
Sedang kita asyik meneguk keindahan dunia yang penuh mempersonakan ini. Ramai yang terleka dan terpedaya sehingga ramai yang lebih mengkedepan dunia dari akhirat. Hatta dalam perihal nikah kahwin pun pekara ini sering berlaku. Kerana ingin Nampak mewah, gah, terkenal dan menampakkan dialah pasangan yang paling terkenal, segala macam cara digunakan untuk merialisasikan impian itu.
Tapi adakah semua itu bernilai di sisi Allah.
“Eh, apa kau ni, taksub sangat, kita hidup perlu seimbang dunia akhirat, baru betul”.
Mungkin inilah kata-kata yang biasa keluar dari mulut-mulut manusia apabila kita mempersoalkan apa yang dia lakukan dalam kehidupan ini. Dengan mudah kita menyakan “seimbang”,tetapi betulkah seimbang, atau hanya kata manis di mulut sahaja, hakikatnya tidak?
Kita tengok sahaja, bagaimana kita menjalankan kehidupan ini. Adakah benar seimbang dunia akhirat? Atau akhirat banyak kita ketepikan. Yang penting orang suka kita, tak kata kita kat belakang, puaskan hati orang, sampai sebenarnya, kita mengetepikan Allah yang menjadikan kita di muka bumi ini. Harta dicari, nama dicari dengan segala kaedah yang sungguh menjangkau kemampuan manusia biasa. Semata-mata ingin mendapatkan kepuasan hati yang sememangnya tidak akan pernah puas. Contoh mudah, orang zaman ini semua beranggapan, jika ada ijazah, masa depan cerah. Jika ada duit banyak, masa depan cerah. Jika ada rumah besar, masa depan cerah. Betulkah semua itu? Kenapa kita suka berangan-angan tinggi pada pekara yang tidak pasti sehingga mengetepikan sesuatu yang jauh lebih pasti iaitu MATI?.
Adakah, semua yang kita cari dan kumpul itu akan kita bawa bersama bila kita mati itu? Adakah ia yang akan jamin kita selamat dari azab Allah? Baru kini penulis faham, kenapa banyak ayat Allah menyatakan yang layak dapat syurga Allah adalah orang yang beriman dengan adanya hari kebangkitan. Ramai yang mengaku beriman adanya hari kebangkitan, tetapi berapa ramai yang beramal dengan imannya untuk hari kebangkitan?. Kita sering mengejar yang tak pasti, sedangkan yang pasti kita sering lupakan dan ketepikan. MATI BILA-BILA MASA SAHAJA MENJEMPUT, dah bersediakah kita?
Penulis sendiri banyak sisi kelemahan dan kekurangan, cuba untuk menasihatkan diri dan pembaca semua tentang ini agar kita sama-sama beringat. Berbuatlah sesuatu itu kerana Allah bukan kerana manusia. Contoh mudah, jika kita berbuat sesuatu itu kerana Allah, walaupun kita tak suka tugasan yang diamanahkan pada kita, tetapi kita tetap melaksanakan ia dengan bersungguh-sungguh. Seperti orang yang bekerja di bawah orang lain, walaupun setiap hari kena caci, atau dihina selagi mana masih pada landasan kewarasan manusia, dia tetap melaksanakan tugas dia dengan sebaiknya. Sebagaiman Salman Al-Farisi yang merupakan seorang Gabenor, dia mengangkat barang dagangan orang, sampai ketempat yang dituju tanpa rasa congkak pada pangkatnya. Seperti Khalid Al-walid walaupun, diturunkan jawatan daripada ketua perang kepada askar biasa, dia tetap melaksanakan tanggungjawabnya dengan penuh kesungguhan, tanpa mengharapkan imbalan manusia, tetapi yang diutamakan imbalan dan redha dari Allah.
“ Carilah Redha Allah walau dengan kebencian manusia itu jauh lebih baik dari redha Manusia dengan kemurkaan Allah”.