Friday, September 26, 2008

Siapakah Golongan Yang tercicir

Siapakah Golongan Yang Tercicir ?

Penulis : Mohd Hairi Nonchi (Pendidikan Dengan Sains Sosial, UMS)

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a di mana beliau berkata:

“Di suatu ketika Rasulullah s.a.w telah melalui sebuah kawasan perkuburan, seraya bersabda: “Salam sejahtera ke atas kamu, wahai perkampungan orang-orang beriman! Kita akan menyusul bersama kamu. Insya’Allah, aku berharap aku dapat melihat saudara-saudaraku”. Bertanya para sahabat yang hadir ketika itu: “Wahai Rasulullah! Bukankah kami ini saudara kamu?”. Rasulullah s.a.w menjawab: “Tidak, kamu adalah sahabat-sahabat aku. Saudara-saudaraku adalah mereka yang akan datang di kemudian hari (selepas kewafatanku) dan aku memimpin mereka ke telaga Hawdh”.

Para sahabat bertanya lagi: “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah kamu akan mengenali umat-umat yang akan datang selepas (kewafatan) kamu?”. Rasulullah s.a.w menjawab: “Tidakkah seseorang yang memiliki seekor kuda yang berkaki putih di kalangan beberapa ekor kuda yang hitam dapat mengenali yang mana satukah kudanya?” (Jawab para sahabat) “Sudah tentu ya Rasulullah!”.

Rasulullah meneruskan: “Sesungguhnya mereka (umat Islam selepas kewafatan Rasulullah) akan datang di hari Kebangitan (Kiamat) dengan tanda-tanda keputihan di dahi, tangan dan kaki mereka disebabkan oleh kesan-kesan wudhu’, dan aku akan memimpin mereka ke arah telaga Hawdh. Akan tetapi, ada di antara mereka yang akan dihalau daripada telaga Hawdh seperti unta-unta berkeliaran. Lalu aku memanggil-manggil akan mereka: “ Datanglah ke mari! (sebanyak 3 kali)”. Dan ketika itu seseorang (atau suatu suara) yang akan berkata: “Mereka itu adalah orang-orang yang telah menukar-nukar perkara (agama) selepas engkau”. Lalu aku akan berkata pula: “Jikalau begitu pergilah mereka, pergilah mereka, pergilah mereka!” [Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam Al Muwwatha’, hadis no: 26-29]

Pengajaran Hadis :

Dalam hadis yang tertera di atas Rasulullah s.a.w telah mengkhabarkan kepada kita mengenai suasana yang bakal berlaku pada hari Kiamat di mana pada hari itu umatnya akan terbahagi kepada dua golongan, yang pertama adalah mereka yang berjaya mendatangi telaga al-Hawh, iaitu sebuah telaga minuman yang disediakan oleh Allah khusus untuk umat Nabi s.a.w. Manakala yang kedua adalah mereka yang tercicir daripada memperolehi nikmat tersebut. Risalah ringkas ini akan menumpukan perbincangan mengenai siapakah golongan kedua yang malang itu.

Jika diperhatikan dalam matan (teks) hadis tersebut, Rasulullah s.a.w ada menyebut : “ …tanda-tanda keputihan di dahi, tangan dan kaki mereka disebabkan oleh kesan-kesan wudhu’...”. Kenyataan baginda s.a.w ini mengisyaratkan kepada kita bahawa mereka semua adalah kelompok umatnya yang terdiri daripada golongan ahli ibadah.

Namun, seperkara yang memeranjatkan kita ialah dalam hadis tersebut juga Rasulullah s.a.w ada menyebut: “ ada di antara mereka yang akan dihalau daripada telaga Hawdh seperti unta-unta berkeliaran..”. Daripada pernyataan Rasulullah s.a.w ini maka dapat difahami bahawa dalam kalangan “orang-orang yang beribadah” itu akan ada sekelompok dari mereka yang akan dihalau dari telaga al-Hawdh Rasulullah s.a.w. Di sini timbul persoalan, siapakah mereka ? Mengapakah mereka dihalau oleh baginda s.a.w sedangkan mereka juga termasuk umat Nabi Muhammad s.a.w dan kalangan ahli ibadah?

Persoalan ini dapat dijawab dengan memerhatikan hujung matan (teks) hadis itu sendiri : “Mereka itu adalah orang-orang yang telah menukar-nukar perkara (agama) selepas engkau”. Dengan jawapan ini, maka tidak syak lagi bagi kita bahawa mereka adalah golongan ahli ibadah yang gemar melakukan amalan-amalan bid’ah di dalam agama. Atas kesedaran ini, ingin penulis mengambil kesempatan untuk memperingati kaum Muslimin dan Muslimat agar senantiasa memerhatikan amal ibadah yang kita kerjakan selama ini. Apakah ianya sesuatu yang bertsabitan dari al-Sunnah Rasulullah s.a.w yang sahih atau tidak.

Hal ini perlu diberi perhatian oleh semua pihak memandangkan ianya melibatkan status kita di akhirat kelak, apakah kita termasuk dalam golongan yang selamat dan mendapat kemuliaan mendatangi telaga al-Hawdh itu atau sebaliknya. Janganlah kerana kita termasuk dalam kategori “ahli ibadah” kita mengambil sikap sambil lewa, lantas cuai dan leka di dalam memerhatikan kesahihan amalan yang telah atau akan kita lakukan. Ingatlah, sekadar beribadah sahaja tidak akan mampu menyelamatkan kita dari menerima azab Allah. Dengan hanya beribadah sahaja tidak akan dapat menjanjikan pembelaan Rasulullah s.a.w di hadapan Mahkamah Allah kelak- jika ibadah yang dilakukan itu termasuk dalam amalan-amalan yang jauh dari petunjuk al-Sunnah Rasulullah.

Oleh itu, marilah kita bersama-sama berittiba’ (mengikuti) kepada Sunnah Rasulullah s.a.w yang sahih, dan menjauhkan diri dari segala bentuk perbuatan bid’ah dalam agama agar kita tidak termasuk dalam kelompok “yang akan dihalau daripada telaga Hawdh seperti unta-unta berkeliaran..” sebagaimana yang dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w menerusi hadisnya di atas.

4 comments:

Anonymous said...

Oleh itu, marilah kita bersama-sama berittiba’ (mengikuti) kepada Sunnah Rasulullah s.a.w yang sahih, dan menjauhkan diri dari segala bentuk perbuatan bid’ah dalam agama agar kita tidak termasuk dalam kelompok “yang akan dihalau daripada telaga Hawdh seperti unta-unta berkeliaran..” sebagaimana yang dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w menerusi hadisnya di atas.
_____________________________
comment :
mohon maaf joint comment yang mana saya juga bukan ahli tentang hadist.
comment sya sederhana :
bid'ah yng terjadi ya juga akibat dari persepsi kita sendiri tentang sesuatu perkara yang didasarkan pada sumber rujukan yaitu para ulama dn itu sah-sah saja dan kemungkina untuk salah adalah mungkin sangat...terpenting semua authority di akhirat adalah Allah swt sendiri tak ada satu pun yang berhak untuk mengadili, kecuali Dia....soal apa yang terjadi pada diri kita..wallohu'alam kita hanya manusia biasa dan lemah yang hanya bisa beru saha untuk selalu memohon kepada allah "Ihdinashshiraatal mustaqiim".. do what u have got and always pray to Allah wish are we including in the right way..
afwan.....

nasa_peace said...

Benar ulama itu manusia biasa, tetapi kita perlu ada sandaran didalam kita menjalankan ibadah agama ini. dan Bagida telah menyatakan di dalm hadith yang sohih sebaik-baik manusia adalah kurunku, kemudia, selepas meraka, kemudian selepas mereka. Maka mereka inilah yang kita jadikan rujukan. Ulama yang ada sekarang yang menyikuti manhaj salafussolehlah yang kita jadikan sebangai pemberi pedoman kerana mereka jauh lebih mengetahi daripada kita. sedangkan kitabuat assigment pun kita ada sumber rujukan, kenapa kita tak tulis assigment pakai logik akal kita sahaja? kan pekara yang betul cuma Milik Allah? kenapa dalam pekara dunia kita guna rujukan, kenapa dalam kita beragama, kita berserah tanpa berusaha, merujuk, mencari panduan?. Saidina Ali menyatakan, sekiranya agama islam ini di dasari oleh akal maka menyapu bawah khauf(kasut) lebih utama daripada atas khauf (sifat solat nabi, albani). Jangan guna logik akal dalam menilai urusan agama. Kalau assigment, guna akal sendiri tanpa rujukan, supervisor akan campak assigment dalam tong sampah. tapi kalau perkara agama, guna akal semata-mata tanpa rujuk, Allah tak terima amal kita, terus kena campak masuk neraka. kan rugi namanya... fikir-firkan, sekadar berkongsi...

Anonymous said...

kok tau kalo Allah...ga terima amal kita....wah hebat ya..tau apa kehendak Tuhan he..Peace!!!
Apalagi..direct..

"Allah tak terima amal kita, terus kena campak masuk neraka"

Mudah-mudah han...Tuhan yang seperti itu bukan Tuhan saya he..Peace Afwan...

wassalam,

kunjungi juga blog ana
http://gusali.wordpress.com/

nasa_peace said...

ana tak menyatakan ana tahu Allah terima atu tidak amalan kita, tetapi Allah telah mengutuskan Baginda Rasulullah sebagai pemberi tahu. Hadith riwayat bukhari dan muslim: Siapa yang beramal yang bukan berasal dari urusan kami maka ia tertolak. Jadi buat apa Rasullah kata begitu? mcm mana kita tahu gerakn solat? dalam quran ada kat ruku dan sujud, macam mana kita tahu rukuk macam mana? klu takde hadith? Jadi kita rujuklah hadith. ana tak tahulah kalau anta tak terima hadith. yelah bukhari muslim tu sapa, mereka manusia biasa. tah-ta diorang tipu. tak payah baca hadith2 tu (macam tu ker?). fikir-fikir sendiri.