Monday, October 27, 2008

Ilmu oh Ilmu.

1)Hadis sahih dan hadis lemah? Ada ke hadis lemah yg blh diamalkn?

Menurut para ulama:

  1. Syeikh Albani menyatakan: ”Bahawa hadith Dhaif hanya memberikan sangkaan yang tertolak dimana saya ketahui tidak ada perselisiahan di kalangan para ulama mengenai penolokannya. Dengan kedudukan tersebut bagaimana boleh dikatakan bolehnya beramal dengan hadith dhaif sedanglkan Allah azza wa’jalla telahpun mencela perkara tersebut di dalam banyak ayat daripada KitabNya yang agung:

- Surah Yunus ayat 36:

Sesungguhnya kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali perasangkaan sahaja. Sesungguhnya prasangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran. Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang mereka kerjakan.

  1. Ibnu Taimiyah r.a: berkata: Dan tidak boleh berpegang di dalam syariat dengan hadith-hadith dhaif yang kedudukannya tidak sahih dan tidak pula hasan.Tetapi Imam Ahmad bin Hambal dan beberapa orang ulama yang lain membolehkan untuk meriwayatkannya( bukan dijadikan hujah untuk beramal dengannya) pada fadhilat amal yang dia tidak mengetahui tentang kesahihannya, apabila dia mengetahui bahawa hadith itu dusta. Yang demikian, bahawa sesuatu amalan apabila diketahui ianya disyariatkan berdasarkan dalil syarie dan diriwayatkan pula tentang fadhilatnya dengan hadith yang tidak diketahui perawinya seorang pendusta, maka boleh menjadi tetap pahala amalan itu. Tidak ada seorangpun dikalan ulama membolehkan untuk menjadikan suatu amalan sebagai wajib ataupun mustahab(sunat) berdasarkan hadith dhaif. Dan sesiapa yang membolehkannya, maka dia telah menyalahi Ijma.

Sementara ulama yang membolehkan beramal dengan hadith dhaif pun turut meletakkan beberapa syarat. Jika syarat-syarat terpenuh, barulah ianya boleh beramal dengannya. Syarat-syarat itu ialah:

  1. Hadith itu disepakati bahawa kedhaifannya tidaklah bersangatan. Terkeluar dari pengertian ini, para pendusta, perawi-perawi yang dianaggap sebagai pendusta dan mereka yang kerap kali melakukan kesalahan dalam periwayatannya.
  2. Hadith itu berkedudukan di bawah asal sara’ yang am. Terkeluar daripada pengertian ini hadith-hadith yang direka-reka tidak ada asalnya.
  3. Tidak boleh diyakini ketetapan( kesahihan) hadith itu ketika dia mengamalkannya supaya dia tidak menyandarkannya kepada Nabi dan apa yang baginda tidak sabdakan.
  4. Dia tidak boleh menyebarkannya ataupun mengiklankannya, ataupun mengajak orang lain untuk beramal dengannya, kerana dengan tindakannya itu, membuatkan orang yang melihat ataupun orang yang mendengar amalan itu menyangka bahawa ianya telah ada dilakukan daripada Nabi. Dengan lain perkataan, ianya tidak menjadi sebab terjadinya amalan-amalan bid’ah.
  5. Hadith itu tidak bersangkutan dengan hukum-hukum hakam dan persoalan akidah.

Syeikh albani berkata: “syarat-syarat ini(tiga syarat pertama) terperinci dan sangat penting. Sekiranya orang-orang yang beramal berpandukan hadith-hadith dhaif mendisiplinkannya, maka hasilnya akan memberikan ruang yang sempit untuk mereka beramal denagnnya ataupun ianya dihapuskan daripada asalnya.

(Rujukan: Membela Sunnah Nabawiyah, menjawab syubhat buku bid’ahkah kenduri arwah dan talqin, tulisan Abdul Wahab bin Bustami)

3) Perselisihan pendapat adalah satu rahmat Allah. Allah akan redha krana dstu mnnjkkkn btapa kita brusaha untk mncri yg terbaik. jd jngan kta timbulkn permshn sbb prbzaan pndpt ni. ia ke? Hbs klu pndpt 2 salah, Allah redha ke?

Hadith yang berbunyi:

Perrselisihan yang berlaku pada umatku adalah satu rahmat

Syeikh albani telah mengklasifikasikan hadits ini sebagai tidak ada asal. Beliau berkata para ulama hadith telah berusaha untuk mencari sanadnya, malangnya mereka tidak menjumpainya sehingga al-Suyuthi berkata dalam al-Jamik al-Saghir “Kemungkinan hadith ini terdapat di dalam kitab-kitab huffaz (ulama hadith) yang tidak sampai kepada kita.” Syeikh alBani berkata: “ Pendapat ini (al-Suyuti) tidak tepat padaku, sekiranya terdapat hadith-hadith Rasulullah yang hilang iaitu tidak sampai kepada umat ini maka tidak berhak seseorang muslim beri’itiqaq (berpegang dengannya.”

Kemudian belau menukilkan pendapat para ulama dalam menghukum hadith ini:-

Al-Munawi menukilkan daripada al-Subkiy bahawasanya belau berkata:

” Hadith ini tidak diketahui oleh para ulama hadith dan aku tidak menjumpainya dalam sanad yang sohih juga dhaif (lemah) dan tidak juga maudhu (palsu).”

Kenyataan ini disokong oleh syeikh Zakaria al-Ansori di dalam ta’liq(komentar) terhadap tafsir al-Baidhawi.

Kemudian makna hadith ini diingkari oleh para ulama muhaqqiqin( peneliti). Imam Ibn Hazm di dalam kitabnya al-Ihkam fi Usuli al-ahkam, selepas beliau menyatakan bahawa hadith ini merupakan seburuk-buruk perkataan, ini kerana sekiranya ikhtilaf atau peersilisihan itu rahmat maka sudah tentu ittifaq (penyatuan) itu suatu kemungkaran. Dan perkataan ini tidak akan diucapkan oleh seorang muslim. Di tempat lain beliau menghukum hadith yang batil dan makzub (dusta)

Dan kesan buruk daripada hadith yang tidak ada asal ini menyebabkan umat islam bersetuju dengan persilisihan yang berlaku antara empat mazhab dan mereka tidak kembali merujuk kepada al-Quran dan sunnah yang sohih semata-mata berpegang teguh kepada pendapat imam-imam mereka yang empat itu( Rujukan:Silsilah al-Ahadith al-Dha’ifah, no 57, jil , ms 141-144)

Perhatikan apa kata para ulama:

  1. al-Hafiz Abu Umar bin Abdil Bar r.a berkata:

- “ al-ikhtilaf (perselisihan pendapat) bukanlah boleh dijadikan sebagai hujah pada seorang pun yang saya ketahui dari kalangan para ulama fiqh umat ini melainkan ianya adalah daripada orang yang tidak ada ilmu di sisinya dan tidak pula ada hujah dalam ucapannya.

  1. Al-Khatib r.a

- Bukanlah ikhtilaf itu satu hujah.Sedangkan menjelaskan sunnah adalah hujah ke atas orang-orang yang berselisih pendapat dari ulama terdahulu dan ulam terkemudian.

  1. Imam al-Syatibi r.a

- Dan telahpun bertambah persoalan ini melebihi daripada perkara yang telah cukup sehingga khilaf dalam masalah-masalah dimasukkan pada hujah-hujah sehingga ianya menjadi perkara yang dibolehkan.

(rujukan Ibid dari soalan 1)

Sunday, October 26, 2008

Sekadar ingin berbicara

HIDUP INI

Kadang kekuatan mencari kebenaran terhenti dek kuat godaan,

Mencangkuk iman tersungkur di pintu kebatilan,

Jiwa merintih tahu erti kepayahan,

Kerna tangan tak mampu capai satu impian,

Cuba merangkak, tapi kaki disentap kejam,

Syaitan menyalut hati dengan janji-janji

Menyeret, menarik menyentap tanpa henti,

Kerna ia mencari teman pendamping jiran didalam api,

Lambaian iman jauh dipintu kebenaran,

Mata tetap memerhati tapi hati masih dipagari,

Cuba lari tapi diri tak mampu berdiri,

Tapi hati masih tetap menanti kerna yakin hidayah ilahi

Datang angin meniup api padam dalam kepanasan,

Melonjak diri dapat kekuatan,

Walau parut luka masih tinggal mengguris dibenaman hati,

Tapi iman menekan sanubari untuk bangkit menuju ilahi

Semua teman, semua kawan habis ditingal menanti,

Kerna iman masih baru menacap dihati,

Bina kekuatan tambahi sifat insani,

Menguji diri mencari redha dari ilahi,

Membentuk diri generasi rabbani,

Kerna diri ingin juga berbakti,

Mengajak teman bersama cari surgawi,

Tapi Ilahi yang menentu kelak masa itu kan hadir menjemput diri

Selamat tinggal duniawi, kerna kau hanyalah satu mimpi,

Tak pernah tepat pada janji,

Tak pernah teguh dalam memberi,

Cuma pandai menabur kata-kata manis menawan hati,

Tanpa ada bukti pembenaran dari Ilahi,

Hingga ramai telah kau gari bersama dalam nikmat duniawi,

Hingga kelak surgawi Ilahi hanya jadi angan-angan dihati

Thursday, October 16, 2008

Diantara Ibu Bapa dan Kekasih

Diantara Ibu bapa dan Kekasih

Mungkin inilah masalah yang kian banyak berlaku dizaman ini, baik yang kononya belatarbelakangkan agama atau tidak. Masing-masing ada pegangan sendiri. Tetapi disini penulis cuma ingin berkongsi dengan pembaca semua suatu kondisi yang sangat mengusarkan kepada siapa yang biasa dan pernah mengalaminya. Ibu bapa punyer keputusan atau kekasih, mana nak kita ikut?

Ibu bapa memang sedia diketahui sebagai orang yang mula-mula memelihara, mendidik dan membesarkan kita sehingga kita berjaya, tetapi dalam tempoh masa kita membesar, pelbagai jenis manusia yang kita telah jumpa, dan kenal. Maka pada ketika inilah wujudnya individu yang dikenali sebagai ”KEKASIH”

Cuba kita renung dan perhatikan betul-betul bagaimana Allah meletakkan Ibu bapa dalam firmanya:

Dan Hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa. (an-Nisa 4:36)

Katakanlah: Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun, dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu-bapa (al-An’aam, 6:151)

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNYA semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa

(al-Isra, 17:23)

Ayat diatas kesemuanya menghubungkan perintah berbuat baik kepada ibu bapa dengan perintah mentauhhidkan Allah Subhanallah wa Ta’ala. Dengan kata lain setelah kita diperintahkan untuk mentauhidkan Allah iaitu semata-mata mengesakannya dan beribadah kepadanya, Allah memerintahkan kita berbuat baik kepada Ibu bapa.

Bahkan didalam suatu hadith yang Sahih Rasulullah saw bersabda:

Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu-bapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu-bapa (Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam sunannya, dinilai sahih oleh al-Bani)

Maka disebabkan terlalu inginkan kekasih tetap menjadi pasangan hidup, ibu bapa sanggup dipinggirkan. “ ala macam cerita hidustan tu , Kabi Khushi Kabi Gam”, kan? Itulah rialitinya manusia sekarang. Sedangkan didalam suatu riwayat hadith dari Abi Bakrah radhiallahu anh, Nabi saw penah bertanya tiga kali:

Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?

Mereka (para sahabat) menjawab: ‘Sudah tentu wahai Rasulullah” baginda menjelaskan

Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibu bapa (perawi menerangkan, bahawa baginda ketika itu duduk sambil bersandar, lalu menyambung) dan sumpah yang palsu (HR Bukhari dalam Sahihnya)

Lebih dari itu, derhaka kepada ibu adalah lebih berat dosanya berdasarkan sebuah hadith lain dimana Rasulullah saw mengkhususkan larangan berbuat derhaka kepada seorang ibu:

Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kalian berbuat dehaka kepada ibu, meminta sesuatu yang bukan haknya dan menanam bayi perempuan hidup-hidup. Dan Allah membenci kalian menyebarkan gosip, banyak bertanya dan mensia-siakan harta.( Sahih, HR Bukhari)

Sedangkan, kalau kita perhatikan, biasanya pasangan kekasih, orang yang paling mereka akan tentang adalah ibu yang tidak membenarkan hubungan mereka. Maka kenalah ancaman ini pada mereka.

Memang indah bila bercinta yang tidak dilandaskan oleh syari’e kerana ia diliputi oleh tipu daya syaitan. Pasangan itu dirasakan yang terbaik, yang tercantik, yang teralim dan yang ter...... lagilah. Semua itu adalah talbisul Iblis (Tipu daya syaitan). Kerana telah jelas dalam al-Quran Iblis telah berjanji untuk menyesatkan manusia:

Iblis menjawab, “Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus. Kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dari belakang, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat) (al-Araf,7:16-17)

Pekara ini telahpun terbukti kepada pasangan kekasih itu.

1) Mereka bercinta sebelum kahwin.

2) Bercouple islami

3) Mereka berhubung tapi tidak ada ikatan

4) Dalam bicara mereka semuanya terasa indah, manis, baik dan lawak.

Sedangkan semua perkara ini adalah semata-mata tipu daya syaitan yang mengindahkannya.

Contoh satu lagi ni pulak kalau pasangan kekasih itu dari jenis yang pakai kupiah dan burdah, mereka mencari pasangan yang ikut sunnah, kononnya dan mereka berpandukan hadith ini:

Seorang wanita dinikahi kerana empat sebab: agamanya, keluarganya, kecantikannya dan hartanya. Maka pilihlah kerana agamanya, jika tidak kamu akan rugi (Sahih, HR Bukhari)

Bijak mereka memilih, tapi sayang, mereka berpasangan sebelum bernikah. Wah bertepuk tangan sayitan.... ”yes, aku berjaya, tak dapat buka aurat diorang hati diorang aku kotorkan pun jadilah”, HaHaHa”.. mungkin inilah kata-kata syaitan yang bijak merosakkan anak adam.

Disini penulis serta step by step perhubungan mereka:

Mula-mula berkenal, yelah ayat quran kan kata:

Hai manusia, susungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan suku-suku supaya kamu saling mengenal...........( Al-Hujarat 49:13)

Pastu berpesan melalui SMS atau talipon, yelah ayat quran kata:

Dan tetaplah memberi peringatan, sesungguhnya peringantan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman ( Az-Zariyat, 51:55)

Yelah orang berimanlah tu, pakai kupiah, pakai burdah, tak gitu. Pastu mulalah terasa di hati. Oh inilah calon suami atau isteriku, yelah dah terasa cenderung, ayat quran kan ada kata:

Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNYA ialah dia menciptakan untukmu pasangan-pasangan dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNYA diantaramu rasa kasih sayang.....(ar-Rum 30:21)

Memang mantap hujahnya, tapi tak nikah lagi.. inilah yang dinamakan talbisul iblis....

Kita ambil satu sahaja dalil yang mereka guna iaitu surah ar-Rum ayat 21.

Pasangan dalam bahasa melayu itu sebenarnya kalau dilihat dalam bahasa arabnya adalah Azwaja yang bemaksud isteri bukan pasangan yang belum nikah.

Maka mereka berpasang-pasangan tanpa landasan pernikahan, jelas Islam tidak benarkan. Maka mereka pun terus tanya pada keluarga.Apa yang terjadi adalah tidak seperti yang diingini..... (menangis tak berlagu...)

Mulalah rancang macam-macam plan. Sampai tahap maksimum nak kahwin lari, tapi mari kita nilai secara ilmiah:

Rasulullah saw bersabda:

Mana-mana wanita yang bernikah tanpa izin walinya maka pernikahan tersebut adalah batal ( baginda mengulanginya tiga kali) (Sahih HR Abu Dawud, di sahihkan oleh al Albani)

Alah hadiths atas tu untuk perempuan bukan untuk lelaki, mari kita tengok siapa yang kena.

Abdullah Ibnu Umar r.a berkata:

Aku pernah memiliki seorang isteri yang sangat aku cintai akan tetapi ’Umar (Umar al-Khatab,iaitu ayahnya) tidak menyukainya dan menyuruh aku menceraikannya. Namun aku enggan.Maka Umar membawa hal ini kepada Nabi saw, dan menceritakan apa yang berlaku. Nabi saw menjawab (kepada Ibn Umar) ”Ceraikan dia”. (Sahih, HR Abu Dawud, dinilai sahih oleh Albani)

Satu lagi dalil:

Abu Darda ra berkata:

Bahawa seorang lelaki datang bertanya: ” Sesungguhnya aku memiliki seorang isteri akan tetapi ibu aku menyuruhku menceraikannya.” Abu Darda menjawab: ”Aku mendengar Rasulullah saw bersabda, ibu bapa adalah pintu syurga yang paling tengah. Terserah kamu (seorang anak) sama ada untuk mensia-siakan pintu itu atau memeliharanya (Sahih, HR Tarmizi)

2 hadith diatas menceritakan kondisi setelah berumah tangga, kalau sekiranya nikah pun belum, ibu bapa dah tak suka, macam mana agaknya?....

Jadi nilailah sesuatu perkara itu berlandaskan al-Quran dan Sunnah, jangan menilai mengikut akal kita yang cetek ini. Kerana Ali ra pernah berkata didalam riwayat yang sohih:

Kalau sekiranya agama ini dilandasi oleh akal manusia semata-mata maka menyapu bawah khauf(kasut) lebih baik daripada diatas.

Maka renung-renungkanlah.

CARILAH CINTA ALLAH DAN RASUL, KELAK CINTA MANUSIA AKAN MENYUSUL.

Tuesday, October 14, 2008

Pacaran Islami Tak boleh?

Zaman sekarang ramai yang meyatakan " Tidak kami tak buat maksia kami cuma kawan-kawan sahaja. Bahkan dalam msg ataupun perbincangan kami semua berkisar tentang islam, tak lari walaupun sedikit dan kami dah "BERCADANG" untuk bertunang, kemudian baru nikah"
Mungkin inilah bait-bait kata yang biasanya diungkapkan oleh lelaki ataupun wanita yang berkupiah, berburdah untuk menyatakan mereka berada pada jalan yang benar. Mereka lebih dikenali sebagai "COUPLE ISLAMI". Mari kita telusuri perbincang fenomena ini dengan lebih mendetil besama-sama artikel yang penulis sertakan dibawah:

Kerusakan Pacaran Islami
Kerusakan Pacaran Islami
Sebelumnya Selanjutnya


Penulis: Al-Ustadzah Ummu Ishaq Al-Atsariyyah

Dengan pacaran “Islami” ala mereka, mereka tentu tidak akan lepas dari yang namanya khalwat (berdua-duaan dengan lawan jenis) dan ikhtilath (bercampur baur antara laki-laki dan perempuan tanpa adanya hijab/tabir penghalang).
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam pernah bersabda:
لاَ يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ إِلاَّ مَعَ ذِي مَحْرَمٍ

“Sekali-kali tidak boleh seorang laki-laki bersepi-sepi dengan seorang wanita kecuali wanita itu bersama mahramnya.” (HR. Al-Bukhari no. 1862 dan Muslim no. 3259)

Al-Qadhi Iyadh rahimahullahu berkata, “Wanita adalah fitnah, sehingga laki-laki ajnabi dilarang bersepi-sepi dengannya. Karena jiwa-jiwa manusia diciptakan punya kecenderungan/syahwat terhadap wanita, dan setan akan menguasai mereka dengan perantaraan para wanita.”

Beliau juga mengatakan bahwa wanita adalah aurat yang sangat urgen untuk dijaga dan dipelihara. Dan mahramnya sebagai orang yang memiliki kecemburuan terhadapnyalah yang akan melindungi dan menjaganya. (Al-Ikmal, 4/448)

Al-Imam An-Nawawi rahimahullahu menyatakan, “Adapun bila seorang laki-laki ajnabi berdua-duaan dengan wanita ajnabiyah tanpa ada orang ketiga bersama keduanya, maka hukumnya haram menurut kesepakatan ulama. Demikian pula bila bersama keduanya hanya ada seseorang yang biasanya orang tidak sungkan/tidak merasa malu berbuat sesuatu di hadapannya karena usianya yang masih kecil, seperti anak laki-laki yang baru berumur dua atau tiga tahun dan yang semisalnya. Karena keberadaan orang seperti ini sama saja seperti tidak adanya.” (Al-Minhaj, 9/113)

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam juga bersabda:
لاَ يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ إِلاَّ كَانَ ثَالِثَهُمَا الشَّيْطَانُ

“Tidaklah sekali-kali seorang laki-laki bersepi-sepi dengan seorang wanita melainkan yang ketiganya adalah setan.” (HR. At-Tirmidzi no. 1171, dishahihkan Asy-Syaikh Al- Albani rahimahullahu dalam Shahih Sunan At-Tirmidzi)

Karena bahayanya fitnah wanita dan bersepi-sepi dengan wanita, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam sampai memperingatkan:
إِيَّاكُمْ وَالدُّخُوْلَ عَلَى النِّسَاءِ. فَقَالَ رَجُلٌ مِنَ اْلأَنْصَارِ: يَا رَسُوْلَ اللهِ، أَفَرَأَيْتَ الْحَمْوَ؟ قَالَ: الْحَمْوُ الْمَوْتُ

“Hati-hati kalian masuk ke tempat para wanita!” Berkatalah seseorang dari kalangan Anshar, “Wahai Rasulullah! Apa pendapat anda dengan ipar?” Beliau menjawab, “Ipar adalah maut.” (HR. Al-Bukhari no. 5232 dan Muslim no. 5638)

Ipar di sini adalah kerabat suami selain ayah dan anak laki-lakinya. Makna “Ipar adalah maut”, kata Al-Imam An-Nawawi rahimahullahu, bahwa kekhawatiran terhadap ipar lebih besar daripada orang selainnya. Kejelekan bisa terjadi darinya dan fitnahnya lebih besar. Karena biasanya ia bisa masuk dengan leluasa menemui wanita yang merupakan istri saudaranya atau istri keponakannya, serta memungkinkan baginya berdua-duaan dengan si wanita tanpa ada pengingkaran, karena dianggap keluarga sendiri. Beda halnya kalau yang melakukan hal itu laki-laki ajnabi yang tidak ada hubungan keluarga dengan si wanita. (Al-Minhaj, 14/ 378)

Ketika Fadhilatusy Syaikh Muhammad bin Shalih Al-‘Utsaimin rahimahullahu ditanya tentang hubungan kasih antara laki-laki dan perempuan yang terjalin sebelum zawaj, beliau menjawab, “Bila yang dimaukan penanya, sebelum zawaj adalah sebelum dukhul (jima’) setelah dilangsungkannya akad nikah, maka tidak ada dosa tentunya. Karena dengan adanya akad berarti si wanita telah menjadi istrinya walaupun belum dukhul. Namun bila yang dimaksud sebelum zawaj adalah sebelum akad nikah, baru pelamaran atau belum sama sekali, maka yang ini haram. Tidak boleh dilakukan. Tidak diperkenankan seorang lelaki bernikmat-nikmat dengan seorang wanita ajnabiyah, baik dalam ucapan, pandangan, maupun khalwat.” (Fatawa Al-Mar`ah Al-Muslimah, 2/600)

Seorang laki-laki yang telah resmi melamar seorang wanita sekalipun, ia tetap harus menjaga jangan sampai terjadi fitnah. Dengan diterimanya pinangannya tidak berarti ia bisa bebas berbicara dan bercanda dengan wanita yang akan diperistrinya, bebas surat-menyurat, bebas telepon, bebas sms, bebas chatting, ngobrol apa saja. Karena hubungan keduanya belum resmi, si wanita masih tetap ajnabiyah baginya. Lalu apatah lagi orang yang baru sekadar pacaran belum ada peminangan, walaupun diembel-embeli kata Islami?

Ada seorang lelaki meminang seorang wanita. Di hari-hari setelah peminangan, ia biasa bertandang ke rumah si wanita, duduk sebentar bersamanya dengan didampingi mahram si wanita dalam keadaan si wanita memakai hijab yang syar’i. Berbincanglah si lelaki dengan si wanita, namun pembicaraan mereka tidak keluar dari pembahasan agama ataupun bacaan Al-Qur`an. Ketika Asy-Syaikh Ibnu Utsaimin rahimahullahu dimintai fatwa tentang hal ini, beliau menjawab, “Hal seperti itu tidak sepantasnya dilakukan. Karena perasaan si lelaki bahwa wanita yang duduk bersamanya telah dipinangnya secara umum akan membangkitkan syahwat. Sementara bangkitnya syahwat kepada selain istri dan budak perempuan yang dimiliki adalah sesuatu yang haram. Dan sesuatu yang mengantarkan kepada keharaman, haram pula hukumnya.” (Fatawa Asy-Syaikh Muhammad Shalih Al-‘Utsaimin, 2/748)

Permasalahan senada ditanya kepada Asy-Syaikh Shalih bin Fauzan bin Abdillah Al- Fauzan hafizhahullah, hanya saja pembicaraan si lelaki dengan si wanita yang telah dipinangnya tidak secara langsung namun lewat telepon. Beliau pun memberikan jawaban, “Tidak apa-apa seorang laki-laki berbicara lewat telepon dengan wanita yang telah dipinangnya, bila memang pinangannya telah diterima dan pembicaraan yang dilakukan dalam rangka mencari pemahaman sebatas kebutuhan yang ada, tanpa adanya fitnah. Namun bila hal itu dilakukan lewat perantara wali si wanita, maka itu lebih baik dan lebih jauh dari keraguan/fitnah.

Adapun pembicaraan yang biasa dilakukan laki-laki dengan wanita, antara pemuda dan pemudi, padahal belum berlangsung lamaran di antara mereka, namun hanya bertujuan untuk saling mengenal –sebagaimana yang mereka istilahkan– maka ini mungkar, haram. Bisa mengarah kepada fitnah dan menjerumuskan kepada perbuatan keji.

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
فَلَا تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلاً مَعْرُوفًا

“Maka janganlah kalian tunduk (lembut mendayu-dayu) dalam berbicara sehingga berkeinginan jeleklah orang yang di hatinya ada penyakit dan ucapkanlah ucapan yang ma’ruf.” (Al-Ahzab: 32)

Seorang wanita tidak sepantasnya berbicara dengan laki-laki ajnabi kecuali bila ada kebutuhan, dengan mengucapkan perkataan yang ma’ruf, tidak ada fitnah di dalamnya dan tidak ada keraguan (yang membuatnya dituduh macam-macam).

Ulama telah menyebutkan bahwa wanita yang sedang berihram melakukan talbiyah tanpa mengeraskan suaranya. Dan di dalam hadits disebutkan:
إِذَا أَتَاكُمْ شَيْءٌ فِي صَلاَتِكُمْ، فَلْتُسَبِّحِ الرِّجَالُ وَلْتَصْفِقِ النِّسَاءُ

“Apabila datang pada kalian sesuatu dalam shalat kalian, maka laki-laki hendaklah bertasbih dan wanita hendaknya memukul tangannya.”

Hadits di atas termasuk dalil yang menunjukkan bahwa wanita tidak semestinya memperdengarkan suaranya kepada laki-laki yang bukan mahramnya, kecuali dalam keadaan-keadaan yang dibutuhkan sehingga ia terpaksa berbicara dengan laki-laki dengan disertai rasa malu. Wallahu a’lam.” (Al-Muntaqa min Fatawa Fadhilatisy Syaikh Shalih bin Fauzan, 3/163,164)

Kita baru menyinggung pembicaraan via telepon ataupun secara langsung. Lalu bagaimana bila pemuda-pemudi berhubungan lewat surat?

Asy-Syaikh Abdullah bin Abdurrahman dalam Fatawa Al-Mar`ah (hal. 58) ditanya, “Bila seorang lelaki melakukan surat-menyurat dengan seorang wanita ajnabiyah, hingga pada akhirnya keduanya saling jatuh cinta, apakah perbuatan ini teranggap haram?” Beliau menjawab, “Perbuatan seperti itu tidak boleh dilakukan, karena dapat membangkitkan syahwat di antara dua insan. Dan syahwat tersebut mendorong keduanya untuk saling bertemu dan terus berhubungan. Kebanyakan surat-menyurat seperti itu menimbulkan fitnah dan menumbuhkan kecintaan kepada zina di dalam hati. Di mana hal ini termasuk perkara yang menjatuhkan seorang hamba ke dalam perbuatan keji, atau menjadi sebab yang mengantarkan kepada perbuatan nista. Karenanya, kami memberikan nasihat kepada orang yang ingin memperbaiki dan menjaga jiwanya agar tidak melakukan surat-menyurat yang seperti itu dan menjaga diri dari pembicaraan dengan lawan jenis yang bukan mahramnya. Semuanya dalam rangka menjaga agama dan kehormatannya. Dan Allah Subhanahu wa Ta'ala-lah yang memberi taufik.”

Bila ada yang berdalih bahwa isi surat-menyurat mereka jauh dari kata-kata keji, tidak ada kata-kata gombal dan rayuan cinta di dalamnya, apatah lagi dalam surat menyurat tersebut dikutip ayat-ayat Allah Subhanahu wa Ta'ala, maka dijawab oleh Fadhilatusy Syaikh Muhammad bin Shalih Al-‘Utsaimin rahimahullahu, “Tidak boleh bagi seorang lelaki, siapapun dia, untuk surat-menyurat dengan wanita ajnabiyah. Karena hal itu akan menimbulkan fitnah. Terkadang orang yang melakukan perbuatan demikian menyangka bahwa tidak ada fitnah yang timbul. Akan tetapi setan terus menerus menyertainya, hingga membuatnya terpikat dengan si wanita dan si wanita terpikat dengannya.”

Asy-Syaikh rahimahullahu melanjutkan, “Dalam surat-menyurat antara pemuda dan pemudi ada fitnah dan bahaya yang besar, sehingga wajib untuk menjauh dari perbuatan tersebut, walaupun penanya mengatakan dalam surat menyurat tersebut tidak ada kata-kata keji dan rayuan cinta.” (Fatawa Asy-Syaikh Muhammad Shalih Al- ‘Utsaimin, 2/898)

Demikianlah… Lalu, masihkah ada orang-orang yang memakai label Islam untuk membenarkan perbuatan yang menyimpang dari kebenaran?

Wallahul musta’an.

>>>>> kalau pacaran islami sahaja begini hukumnya bagaimana pacaran tak islami? Fikir-fikirkan.....