Monday, September 22, 2008

Banyaknya Jemaah.......

Banyaknya Jemaah......
Mungkin inilah yang selalu bermain di fikiran, terutama kepada para pemuda dan pemudi yang mempunyai kesedaran dan keinginan mencari kebenaran. Kepelbagaian jemaah yang ada, yang masing-masing mempunyai visi dan misi yang berbeza-beza, tetapi masing-masing menisbatkan jemaah mereka sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah.
“ Kami bukan mengajak kepada Jemaah tetapi kami mengajak kepada Allah”
“Biar sampan kita berbeza tetapi kita menuju ke laut yang satu, ke kapal yang satu, dan akan dipimpin oleh Nakhoda yang satu”

Inilah bait-bait kata yang biasa diucapkan oleh dai-dai yang selalu meREKRUT jundi-jundi yang bakal dijadikan pengerak dakwah dimasa akan datang. Cantik kata-kata mereka tetapi, berhati-hatilah agar kita tidak tersalah masuk sampan, takut sampan itu bocor, tak sempat nak ke laut dah tenggelam. Pehatikan Hadith ini:

Dari Anas bin Malik, Rasulllah saw bersabda:
“Sesungguhnya Umatku akan pecah menjadi 72 golongan, semua masuk neraka kecuali satu iaitu al-jamaah” (HR.Ibnu Majah, Ibnu Abu Ashim dalam As-Sunnah dan dishahihkan oleh Al-Bani)

Rasulullah tidak membiarkan kita terkontang-kanting mencari mana satu yang selamat kerana didalam hadith yang panjang:

Dari Hudzaifah bin Al-Yaman Radhiyalahu ‘anhu beliau berkata : “Dahulu manusia bertanya kepada Rasulullah tentang hal-hal yang baik tapi aku bertanya kepada beliau tentang hal-hal yang buruk agar jangan sampai menimpaku”
Aku bertanya : “Wahai Rasulullah, dahulu kami berada dalam keadaan jahiliyah dan kejelekan lalu Allah mendatangkan kebaikan (Islam,-pent) ini, apakah setelah kebaikan ini akan datang kejelekan ?”
Beliau berkata : “Ya”
Aku bertanya : “Dan apakah setelah kejelekan ini akan datang kebaikan?”
Beliau menjawab : “Ya, tetapi didalamnya ada asap (Dakhan)”.
Aku bertanya : “Apa asapnya(Dakhan) itu ?”
Beliau menjawab : “Suatu kaum yang membuat ajaran bukan dari ajaranku, dan menunjukkan (manusia) kepada selain petunjukku. Engkau akan mengenal mereka dan engkau akan memungkirinya”
Aku bertanya : “Apakah setelah kebaikan ini akan datang kejelekan lagi ?”
Beliau menjawab :”Ya, (akan muncul) para dai-dai yang menyeru ke neraka jahannam. Barangsiapa yang menerima seruan mereka, maka merekapun akan menjerumuskan ke dalam neraka”
Aku bertanya : “Ya Rasulullah, sebutkan cirri-ciri mereka kepada kami ?”
Beliau menjawab : “Mereka dari kulit-kulit/golongan kita, dan berbicara dengan bahasa kita”
Aku bertanya : “Apa yang anda perintahkan kepadaku jika aku temui keadaan seperti ini”
Beliau menjawab : “Pegang erat-erat jama’ah kaum muslimin dan imam mereka”
Aku bertanya : “Bagaimana jika tidak imam dan jama’ah kaum muslimin?”
Beliau menjawab :”Tinggalkan semua kelompok-kelompok sempalan itu, walaupun kau menggigit akar pohon hingga ajal mendatangimu”


Dari jalan Walid bin Muslim (dia berkata) : Menceritakan kepada kami Ibnu Jabir (dia berkata) : Menceritakan kepada kami Bisr bin Ubeidillah Al-Hadromy hanya dia pernah mendengar Abu Idris Al-Khaoulani dari Hudzaifah bin Yaman Radhiyallahu ‘anhu …….[HR Bukhari 6/615-616 dan 13/35 beserta Fathul Baari. Muslim 12/235-236 beserta Syarh Nawawi. Baghowi dalam Syarhus Sunnah 14/14. Dan Ibnu Majah 2979]

Apa yang ingin penulis tekankan dalam hadith ini adalah :

Suatu kaum yang membuat ajaran bukan dari ajaranku, dan menunjukkan (manusia) kepada selain petunjukku. Engkau akan mengenal mereka dan engkau akan memungkirinya
dan
Ya, (akan muncul) para dai-dai yang menyeru ke neraka jahannam. Barangsiapa yang menerima seruan mereka, maka merekapun akan menjerumuskan ke dalam neraka”

maka baginda memberi nasihat:

“Pegang erat-erat jama’ah kaum muslimin dan imam mereka

atau bila tiada

Tinggalkan semua kelompok-kelompok sempalan itu, walaupun kau menggigit akar pohon hingga ajal mendatangimu”


Imam Al-Barbahari memberi komentar dalam kitabnya Syarh As-Sunnah, halaman 57:

“Sumber kesesatan 72 firqah kembali kepada empat firqah iaitu Qadariyah, Murji’ah, Syiah dan Khawarij. Barangsiapa yang mengutamakan Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali, dan menduduknan selain mereka secara baik serta berdoa kebaikan untuk mereka, maka ia telah keluar dari tuduhan Syiah secara keseluruhan. Suapa yang menyatakan iman terdiri daripada ucapan dan perbuatan bisa bertambah dan berkurang, berarti ia telah terbebas dari tuduhan Murji’ah. Barangsiapa yang menyatakan bahawa shalat boleh ditegakkan dibelakang orang baik dan buruk, jihad bersama khalifah dan tidak keluar dari imam dengan pedang serta selalu berdoa baik untuk pemimpin, berarti ia telah bersih dari tuduhan Khawarij, serta siapa saja yang menyatakan bahawa semua ketentuan takdir dari Allah yang baik dan yang buruk, Allah memberi petunjuk kepada sesiapa saja yang dikehendaki, maka ia telah terbebas dari kesesatan Qadariyah dan tergolong dalam kelompok ahli sunnah”.

Ini adalah satu kaedah emas kepada kita untuk memilih manakah jemaah yang benar-benar berpegang teguh kepada quran dan sunnah. Kalau sekiranya benar-benar tidak ada lagi jemaah yang bersih dari 4 firqah diatas maka hujung hadith Hudzhifah akan dipraktikkan.

Sebenarnya munculnya firqah-firqah ini adalah disebabkan bid’ah yang mereka buat, kerana itu awal-awal lagi Baginda saw telah memperingatkan kita:

“Maka Kewajiban kamu adalah memegang sunnahku dan sunnah Khulafa’ Rasyidin yang terbimbing. Peganglah erat-erat sunnah-sunnah itu dan hidarilah olehmu segala hal yang baru. Sebab setiap hal yang baru adalh bid’ah dan setiap bid’ah adalh sesat, dan setiap yang sesat di dalam neraka” (HR. Abu Dawud)

Bahkan Baginda turut memberi peringatan di dalam sabdanya:

Siapa yang beramal dengan suatu amalan yang tidak ada (contoh) dalam perkara kami maka ia tertolak (HR Muslim).

Maka perhatikanlah jemaah-jemaah yang banyak diluar sana, masing masing menyatakan mereka yang terbaik. Lihatlah adakah mereka ada melakukan bid’ah atau tidak.Penulis bagi satu cara mudah untuk mengetahui perkara itu bid’ah atau tidak: “ Kita tengok adakah perbuatan dan amalan yang mereka buat itu pernah dibuat oleh 3 generasi awal islam, iaitu Sahabat, tabiin dan tabi’ tabiin”.Oleh itu,kalau sekiranya bid’ah yang mereka buat itu bukan disengajakan atas sebab jahilnya mereka, maka itu di maafkan tetapi sekiranya telah ditegakkan hujah keatas mereka, bahkan meraka masih lagi melakukannya, maka mereka dilabel sebagai ahli bid’ah, oleh itu jauhilah mereka. Maka kita sebagai orang yang cintakan Allah dan RasulNYa wajib mengikut syariat yang telah Baginda ajarkan pada kita kerana baginda telah besabda dalam Khutbahnya:

“Amma Ba’d, sesungguhnya sebaik-baik ucapan adalah Kitaballah dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad, serta sejelek-jelek perkara adalah yang diada-adakan dan setiap bid’ah adalah sesat” (HR.Muslim)

Kita sering mengamuk atau marah sekiranya orang kutuk, lukis, pijak hina Nabi Muhammad, tetapi kita seakan berdiam diri bahkan berkompromi pada orang yang buat suatu perkara yang tidak bersumber dari Rasulullah, tetapi mereka menyatakan inilah syariat islam, bersumber dari Rasulullah.Imam Syatibi menyatakan dalam Kitabnya Al-I’tisam:

“Orang yang mengadakan bid’ah secara automatik menjadi tandigan Allah dalam membuat syariat.”

Penyataan ini jelas kerana Allah telah menyatakan:

Pada hari ini, telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu,dan telah Kucukupkan kepadamu nikmatKu, dan telah Kuredhai Islam itu jadi agamamu (al-Maidah,5:3)

Ini Jelas menunjukkan apa yang telah sampai pada Baginda telah lengkap tidak perlu ditambah atau “di’adjust”, kononnya tengok fiqh waqi’.

Kita juga perlu tahu dan ingat setiap perkara didalam agama ini bernilai ibadah. Mengikut Usul fiqh sepertimana yang dinyatakan oleh Imam Ahmad dan para fuqaha dari kalangan ahli hadith dalam Kitab Ilmu Usul-Bida :

“Sesungguhnya asal dalam ibadah-ibadah ialah tawqif(dilarang untuk mengerjakannya), maka ianya tidak disyariatkan kecuali apa yang telah disyariatkan oleh Allah. (Jika kita tetap melakukan ibadah yang tidak disyariatkanNYA) termasuklah kita dalam firman Allah yang artinya: “Ataupun bagi mereka sekutu-sekutu yang telah mesyariatkan untuk mereka dalam agama yang ianya tidak diizinkan (dibenarkan) oleh Allah untuk melakukannya.” Manakala adat-adat asal padanya adalah dimaafkan (dibolehkan), maka tidak boleh diharamkan suatu daripadanya kecuali apa yang telah diharamkan oleh Allah. (Jika kita tetap mengharamkannya) Maka termasuklah kita dalam firman Allah yang berarti: “ Katakanlah! Adakah kamu memerhatikan apa yang telah diturunkan oleh Allah berupa rezeki, lalu kamu menjadikannya suatu yang Haram dan Halal?”

Penulis ingin bertanya, kalau kita hendak beli Handphone, mestilah kita cari yang terbaik, tetapi kenapa dalam kita mencari Ilmu Allah kita boleh sambil lewa? Nampak jer orang tu guna ayat quran, guna hadith dah terus kata “Ni bagus ni, mantap, tinngi Ilmu agamanya”. Tetapi kita tak teliti, bid’ah yang dia buat kita tak perasan, atau kita buat-buat tak perasan. Kita perlu ingat Rasulullah bersabda:

“Sesungguhnya Allah menolak Taubat pelaku-pelaku bid’ah hingga dia meninggalkan bid’ahnya (HR Ath-Thabrani)

Kerana itu Sufyan Ats Tsauri berkata:
“Bid’ah lebih dicintai Iblis daripada maksiat, kerana untuk ahli maksiat pintu taubat terbuka lebar, berbeda dengan ahli bid’ah yang susah sekali bertaubat.Ahli maksiat untuk bertaubat cukup melepaskan dan menyesali perbuatannya. Namun Ahli Bid’ah harus tahu dan menyedari keburukan bid’ah agar mahu bertaubat seperti ahli maksiat”.

Konsep yang kita perlu tahu, jemaah-jemaah yang masih membuat bid’ah biasanya menyangka telah berbuat taqarub dengan kebid’ahan itu. Berbeza dengan orang yang berbuat maksiat yang biasanya menyadari bahawa perbuatan itu adalah buruk dan dimurkai Allah dan orang beriman. Kalau tidak percaya tanya orang yang banyak kat penjara tu, betul apa yang mereka buat selama ini. Cuba pulak tanya orang yang buat bid’ah, contoh buat sambutan maulid nabi, betul tak apa yang dia buat. mesti yang masuk penjara tu kata “Betul saya bersalah. kalau saya diberi masa saya akan betulkan balik kesalahan saya”. Tapi orang yang buat bid’ah akan kata, “ Eh, inilah namanya mencari rahmat Allah, dengan mengagungkan Rasulullah”. Perhatikan ayat Allah ini:

“Maka apakah orang yang dijadikan (syaitan) menganggap baik pekerjaanya yang buruk lalu dia meyakini pekerjaan itu baik” (Fathir,35:8)

Maka penulis serahkan kepada pembaca untuk menilai mana yang baik dan mana yang buruk berlandaskan Al-Quran dan Sunnah. Penulis tinggalkan pembaca dengan hadith Rasulullah:

“sesungguhnya di masa kemudian (Selepas keafatan Rasulullah) akan ada peperangan diantara orang-orang beriman. Seorang sahabat bertanya: Mengapa kita memerangi orang-orang yang beriman. Rasulullah bersabda: Ya, kerana (mereka) mengada-adakan di dalam agama apabila ,mereka mengerjakan agama dengan pendapat fikiran,padahal di dalam agama itu tidak ada pendapat fikiran. Sesungguhnya agama itu (wahyu yang bersumber) dari Tuhan, perintahNYA dan laranganNYA” (HR at-Thabrani).

No comments: