Thursday, January 15, 2009

Pegangan (i’tiqad) terakhir Abu al-Hasan al-Asyaari.

Pegangan (i’tiqad) terakhir Abu al-Hasan al-Asyaari.

Imam al-Hasan al-Asyaari yang dikatakan sebagai pelopor kepada pegangan Madzhab Asyairah adalah tidak sebagaimana yang diperkatakan oleh kebanyakan orang berkenaan i’tiqad beliau. Ia ada Abu al-Hasan al-Asyaari dan disahkan oleh beberapa orang tokoh. Tokoh-tokoh ini telah disenaraikan oleh ‘Abd al-Malik bin Isa bin Darbas al-Shafi’i(605H) dalam tulisan kecilnya yang bertajuk al-Risalah. Tokoh-tokoh tersebut ialah:

1. al-Baihaqi, Abu Bakar Ahmad bin al-Husain

2. Abu al-‘Abbas al-Tariqi

3. Abu ‘Uthman al_sobuni

4. Abu Ali al-Farisi al-Maqra

5. Nasir al-Maqdisi

6. Ibnu ‘Asakir

7. Abu al-Ma’ali al-Syafie

8. Abu Muhammad al-Baghdadi

Sekiranya kitab al-Ibanah ‘an Usul al-Diyanah bukanlah merupakan kitab karangan Abu al_hasan al-Asya’ari sebagaimana yang dikatakan oleh orang-orang yang menyembunyikan ilmu(kebenaran), ia tidak menjejaskan i’tiqad beliau yang muktamad dalam hal aqidah. Pegangan beliau boleh juga di lihat dalam kitab-kitabnya yang lain khasnya dalam Maqalat al-Islamiin wa Ikhtilaf al-Mussollin.

Dalam bab Pendapat Ashab al-Hadith dan Ahl al-Sunnah(jld. 1, ms.345-350) Abu al-Hasan al-Asyaari telah menyenaraikan asas-asas aqidah Ahl al-Sunnah, seperti:

Pertama:

Sesungguhnya Allah beristiwa Di Atas ArasyNya sebagaimana firmanNya: al-Rahman(Allah) yang Beristiwa Di Atas Arasy (surah ToHa 20:5)

Kedua

Dan Sesungguhnya bagiNya (Allah) Dua Tangan tanpa dipersoalkan bagaiman ciri-ciri dan bentuk (kaifiyat) TanganNYa tersebut sebagaiman firmanNya:Yang telah Ku-ciptakan dengan kedua TanganKu (Saad 38:75) dan sebagaimana firmanNYa: Tetapi kedua-dua Tangan Allah terbuka( al-Maidah 5:64)

Ketiga

Dan Sesungguhnya bagiNya (Allah) Dua Mata tanpa dipersoalkan bagaiman ciri-ciri dan bentuk (kaifiyat) MataNya tersebut sebagaimana firmanNya: Yang berlayar dengan pengawasan Mata Kami..(al-Qamar 54:14)

Keempat

Dan sesungguhnya bagi-Nya (Allah) Wajah sebagaiman firmanNya: Dan tetap kekal Wajah TuhanMu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. (al-Rahman 55:27)

Setelah menukilkan asas-asas ‘aqidah Ahl al-Sunnah seperti di atas, Abu al-Hasan Al-Asyari berkata:

Dan mereka (Ahl al-Sunnah) menetapkan Allah bersifat Mendengar dan Melihat dan tidaklah mereka menafikan yang sedemikian daripada Allah sebagaimana yang dinafikan oleh golongan al-Mu’tazilah.

Setelah mengemukakan beberapa lagi asas-asas ‘aqidah Ahl al-Sunnah, Abu al-Hasan al-Asya’ari akhirnya berkata pada ms.350 (371 bagi edisi terj):

Maka demikianlah, semua ini merupakan apa yang di perintahkan (oleh Ahl al-Sunnah) dan ia diamalkan oleh mereka dan dijadikan pendapat oleh mereka. Dan bagi setiap apa yang kami sebutkan daripada perkataan mereka (Ahl al-Sunnah) (maka) begitulah perkataan kami dan merupakan mazhab kami. Dan tiadalah yang memberi kami taufiq melainkan Allah dan Dia-lah sebaik-baik al-Wakil dan kepadaNya kami memohon pertolongan dan kepadaNya kami bertawakal dan kepadaNya tempat kembali.

Demikianlah sebenarnya pegangan (i’tiqad) Abu al-Hasan al-Asya’ari yang beliau tegaskan dengan sejelas-jelasnya.Dengan nukilan ini maka tertutuplah segala syubhat dan tohmahan yang dilontarkan ke atas ‘aqidah terakhir Abu al-Hasan al-Asyari dan kitabnya al-Ibanah fi Usul al-Diyanah.

(Dinukil dari Pembongkaran Jenayah Ilmiah buku Salafi Wahabiyah, ms 203-207, Hafiz Firdaus Abdullah)

No comments: