Thursday, January 15, 2009

Allah Dimana-mana? atau Allah tidak bertempat? atau Allah di atas Arsy?

Allah Dimana-mana? atau Allah tidak bertempat? atau Allah di atas Arsy?

Aaaaarrrghh..... pening-pening mana yang betul ni? Dulu kata Allah dimana-mana, pastu ada pulak kata Allah tidak bertempat, pastu ni yang terbaru Allah diatas Arys...Aduhai macam-macam ada, ni kalah Astro ni.
Inilah realiti masyarakat Malaysia yang dibebani pemikirannya dengan pe lbagai pemahaman dan pemikiran yang masing-masing menisbatkan aliran mereka sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah. Masing-masing utarakan hujah, yang jadi mangsa masyarakat. Apa kata kita tengok apa pandangan para Ulama mukhtabar tentang persoalan ini.
1. Imam al-Auza’ie rahimahullah, Imam ahli Syam beliau menegaskan:
“ Kami dan para Tabi’in semuanya menetapkan dengan kesepakatan qaul kami bahawa: Sesungguhnya Allah diatas ArasyNya dan kami beriman dengan apa yang telah dinyatakan oleh Sunnah berkenaan sifat-sifat Allah Ta’ala”.(Fathul Bari.Jld.Hlm.406.Ibn Hajar al-Asqalani. Dar Ihya at-Turath al-Arabi.Beirut)
2. Imam Abu Hasan al-Asy’ari menegaskan al-Quran bukan makhluk yang diturunkan oleh Allah yang berada di langit. Beliau menjelaskan:
“ Allah mempunyai sifat, mempunyai tangan, bersemayam diatas ‘ArsyNya dan mempunyai muka. Al-Quran itu Kalamullah bukan Makhluk dan al-Quran diturunkan dari langit” (Iktiqad Aimmatul Hadith hal 50-51.Ismaili.
Beliau juga berkata:
“Di atas langit-langit itulah ‘Arasy, maka tatkala ‘Arasy berada di atas langit-langit Allah berfirman: Apakah kamu merasa aman terhada Zat yang berada di atas langit? Sesunguhnya Ia istiwa (bersemayam) di atas ‘ Arasy yang berada di atas langit dan tiap-tiap yang tinggi itu dinamakan As-Sama (langit), maka ‘Arasy berada di atas langit . Bukanlah yang dimasudkan di dalam firman: Apakah kamu merasa aman terhadap Zat yang berada di atas langit? Bukan di seluruh langit, tetapi ‘ArasyNya yang berada di atas langit”(Al-Ibanah an-Usul ad-Dianah. Hlm.48)
Beliau rahimahullah seterusnya berkata:
Sesungguhnya setelah seseorang bertanya:Apa yang kamu katakan berkenaan iatiwa? Katakan kepadanya: Kami sesungguhnya berkata bahawa Allah ‘Azza wa-jalla bersemayam di atas ‘ArasyNya yang sesuai denganNya sebagaiman firman Allah:{ Ar-Rahman(Allah) bersemayam di atas ‘ArasyNya} Taha:5. Firmannya lagi: {KepadaNyalah naik perkataan-perkataan yang baik} Fatir:10. Firman Allah: {Tetapi( yang sebenarnya) Allah telah mengangkat Isa kepadaNya} an-Nisa:158. Firman Allah:{Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) it naik kepadaNya} As-Sajadah:5. Firman Allah:{Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang dilangit bahawa Dia akan menjungkir balikkan bumi bersama kamu} al-Mulk:16. Maka langit di atasnya adalah ‘Arasy, maka apabila ‘Arasy di atas langit-langit maka Allah berfirman: { Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang dilangit} kerana Allah beristiwa di atas ‘Arasy di atas langit ....Dan kita lihat sekalian orang-orang Islam mengangkat tangan mereka menghadap langit apabila berdoa kerana Allah Azza wa-Jalla beristiwa di atas ‘Arasy yang berada di atas langit-langit, jika sekiranya Allah Azza wa-Jalla di atas ‘ArasyNya pasti mereka tidak mengangkat tangan mereka menghadap langit (manghadap ‘Arasy)” (Al-Ibanah an-Usul ad-Dianah. Hlm.97-98, Al-Asma wa sifat oleh Al-Baihaqi, at-Tauhid wa-Sifat ar-Rab oleh al-Imam Ibn Khuzaimah, العو لعلي الغفار oleh Az-Zahabi.
Imam Abu al-Asy’ari menjelaskan melalui hadith:
“Dari Nafi’ bin Jabir dari bapanya sesungguhnya Nabi saw bersabda: Turun Tuhan kami Azza wa-Jalla setiap malam ke langit dunia, lalu berfirman: Adakah sesiapa yang meminta maka Aku akan memberinya, adakah sesiapa yang meminta pengampunan maka Aku akan mengampunkannya, sehingga terbit fajar”. (Al-Ibanah an-Usul ad-Dianah. Hlm.99-100)
3. Imam Syafie rahimahullah menjelaskan melalui riwayat yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib radiallahu’anhu:
“ BagiNya dua tangan sebagaiman firmanNya: (Tidak demikian), tetapi kedua –dua tangan Allah terbuka. BagiNya tangan sebagaimana firmanNya: Langit digulung dengan tangan kananNya. Allah mempunyai wajah sebagaiman firmanNya: Setiap sesuatu akan binasa kecuali WajahNYa . Baginya kaki sebagaimana sabda Nabi saw: Sehinggalah dia meletakkan wajah dan KakiNya. Dia mempunyai jari sebagaiman sabda Nabi saw: Tiadalah hati itu kecuali antara jari-jari dari jari-jari Ar-Rahman (Allah).Kami menetapkan sifat-sifat ini dan menafikan darimenyerupakan sebagimana dinafikan sendiri oleh Allah sebagaimana firmanNya: (Tiada sesuatu yang semisal denganNya dan Dia Maha Mendengar dan Maha Melihat)” ( Iktiqad Aimmah al-Arba’ah Abi Hanifah wa Malik wa Syafie wa Ahmad, Hlm 46-47. Cetakan pertama.1412-1992. Darul ‘Asimah Saudi Arabia.
Beliau seterusnya menjelaskan lagi:
“Dan Allah Ta’ala di ats ‘ArasyNya (Dan ArasyNya)di langit” ( Iktiqad Aimmah al-Arba’ah Abi Hanifah wa Malik wa Syafie wa Ahmad, Hlm 40)

Bahkan beliau berkata:
“Sesungguhnya Allah di atas ‘ArasyNYa dan ArasyNya di atas Langit” ( Iktiqad Aimmah al-Arba’ah Abi Hanifah wa Malik wa Syafie wa Ahmad, Hlm 179)
4. Berkata Al-Imam Malik rahimahullah:
“Allah berada si atas langit sedangkan ilmuNya di tiap-tiap tempat (dimana-mana) tidak tersembunyi sesuatupun daripadanNya” ( Iktiqad Aimmah al-Arba’ah Abi Hanifah wa Malik wa Syafie wa Ahmad, Hlm 140)
5. Berkata al-Imam Ahmad bin Hambal rahimahullah:
“ Benar, Allah di atas ArasyNya dan tidak sesiapapun yang tersembunyi daripada pengetahuanNya” ( Iktiqad Aimmah al-Arba’ah Abi Hanifah wa Malik wa Syafie wa Ahmad, Hlm 188)

Eh... macammana pulak yang kata Allah dimana-mana, Allah tidak bertempat?. Kita perhatikan Apa kata para Ulama:
1. Athar dari Syeikh Islam Abdul Qadir al-Jailani rahimahullah, beliau menjelaskan:
“Tidak boleh mensifatkan Allah bahawa Ia berada di tiap-tiap tempat.Bahkan (wajib) menyatakan: Sesungguhnya Allah di atas langit (yakni) dia atas ‘Arasy sebagaimana Ia telah berfirman:Ar-Rahman di atas ‘Arasy, Ia beristiwa.(surah Taha:5) dan wajiblah memutlakkan sifat istiwa tanpa takwil, sesungguhnya Allah Istiwa dengan ZatNya di atas ‘Arasy. KeadaanNya di atas ‘Arasy disebut kepada tiap-tiap Kitab yang Ia turunkan kepada tiap-tiap Nabi yang Ia utus tanpa bertanya (para Nabi yang diutus tidak bertanya): Bagaimana caranya (Allah istiwa di atas ‘ArasyNya)?” (Fatawa Hamwiyah Kubra. Hlm.84)
2. Imam Abu Hasan al-Asyari seterusnya memegaskan:
“Telah berkata orang-orang dari golongan Muktazilah, Jahmiyah dan al-Hururiah: Sesungguhnya firman Allah (Allah bersemayam di atas ‘ArasyNya) mereka berkata Istaula (bukan istiwa ) dan Allah Azza wa-Jalla di setiap tempat , mereka menentang bahawa Allah Azza wa-Jallah di atas ‘ArasyNya”. (Al-Ibanah an-Usul ad-Dianah. Hlm.97)
3. Berkata Imam Syamsuddin az-Zahabi salah seorang ulama besar bermazhab Syafie:
“ Sesiapa mengingkari bahawa Allah Azza wa-Jalla di langit, maka dia seorang yang kafir”.
(مختر العلو العلي الغفار oleh al-Hafiz Syamsuddin az_zahabi. Hlm.137)
4. Jahmiyah tidak mempercayai Allah di langit:
“ Dan ditanyakan kepada Yazid bin Harun :Siapa Jahmiyah? Maka beliau berkata: Sesiapa yang mempercayai bahawa Ar-Rahman (Allah) bersemayam di ArasyNya tetapi tidak dsebagaimana yang dipercayai oleh orang-orang Islam, maka itulah Jahmiyah” (الا با نة الكبري (1/195ق ) Ibn Batah)
Berkata Hamad bin Zaid:
“ Jahmiyah ialah mereka yang menyatakan bahawa di langit tidak ada sesuatu (Allah bukan di langit) ” (الا با نة الكبري (1/195ق ) Ibn Batah, Ar-radd ala Jahmiyah Ibn Hatim, As-Sunnah hlm 12. Abdullah bin Ahmad)
5. Dawud bin Ali berkata: “Ketika kami berada di majlis Ibnu ‘Arabi, datanglah seseorang kemudian berkata: “ Wahai Aba Abdillah, apakah makna (Ar-Rahman ‘ala Arsyistawa) artinya Ar-Rahman (salah satu dari nama Allah) bersemayam diatas Arasy? Ibnu Arabi menjawab: “Allah di atas Arasy-Nya sebagaimana yang dikhabarkan.” Kemudian orang tadi berkata: “Bukan demikian. Tetapi makna istawa adalah istaula (menguasai)” Maka Ibnu Arabi berkata kepadanya: “ Diamlah kamu kerana kamu tidak tahu maknanya. Sesungguhnya orang Arab tidak menyatakan untuk seseorang menguasai atas sesuatu sampai dia mempunyai lawan. Maka siapa diantara kedua orang tersebut menang, maka dikatakan kepadanya istaula(menguasainya) dan Allah s.w.t tidak memiliki lawan dan Dia di atas Arasy-Nya sebagaimana yang Dia khabarkan.
6. Imam Al-Qurthubi berkata dalam tafsirnya: “ Tidak seorangpun salafus shalih mengingkari bahawa bersemayamnya Allah di atas Arasy-Nya itu secara hakikat(bukan majaz) dan pengkhususan Arasy-Nya dengan bersemayamNya kerana Arasy adalah makhluk yang paling besar.
7. Ibnu Jarir dalam Sharihus Sunnah berkata: “ Dan cukuplah seseorang mengetahui bahawa Rabb-Nya bersemayam di atas Arasy-Nya. Barang siapa memahami selain yang demikian sungguh dia telah gagal dan merugi.”
8. Imam Ibnu Khuzaimah berkata: “ Maka kami beriman kepada khabar Allah s.w.t bahawa Pencipta kita bersemayam di atas Arasy-Nya.Kami tidak merubah firman Allah dan tidak pula kami berkata selain perkataan yang dikatakan kepada kita, seperti perkataan para pengingkar sifat Allah dari golongan Jahmiyah bahawasanya Allah s.w.t bersemayam di atas Arasy-Nya maknanya adalah menduduki (menguasai).Mereka mengganti perkataan selain perkataan yang dikatakan kepada mereka seperti yang pernah dilakukan oleh orang Yahudi ketika diperintah untuk mengatakan ( حطة : pembebasan dosa) mereka menggantikan dengan kata ( حنطة :gandum [makanan]).
Jadi kita nilailah. Orang sekarang memang ada macam-macam fahaman. Masing-masing suka guna logi akal sahaja. “Eh macam betullah, eh eh eh”.. jangan dah terlajak baru nak brek.... tahu- tahu brek putus sebab wayar brek putus... mulalah kita akan kata EEEEEEEEEEEEEEEEEHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH.....masuk gaunglah kita, ni kat dunia, kat akhirat... ini bab akidah... fikirkanlah.......

1 comment:

The Spiral Eyes said...

Ar rahman bersemayam di Arasy,bagaimana ALLAH bersemayam ,adalah sesuai dengan keagungan dan kebesaranNya.cukup dan usah ditakwil