Saturday, January 24, 2009

Infak, infak, infak.......

Infak, infak, infak.....

Mudah sungguh kita meminta orang mengeluarkan infak. “ Ingat yer, nanti keluarkan infak tau”, duit dah dapat nanti, jumpa orang yang akan mengutip infak. Kalau tak, anda akan di denda”... “ Aduh macam mana ni, duit tak banyak, dahlah hutang, nak bagi pada keluarga lagi, belanja harian pun tak cukup,huhuhu”... “Eh anda tak yakin ke pada janji Allah, Siapa yang menolong agama Allah, maka dia akan ditolong?.... Beginilah polimik yang biasa berlaku. Mari kita mengkaji secara ilmiah perihal infak ini.

Dari Abu Hurairah r.a, katanya Nabi saw bersabda: “ Sesungguhnya Allah berfirman kepadaku: Berinfaklah kamu, aku akan berinfak kepadamu.” Sabda Rasulullah saw, “Sabda Rasulullah saw, “ Pemberian Allah selalu cukup, dan tidak pernah berkurang walaupun mengalir siang dan malam. Adakah terfikir olehmu, sudah berapa banyakkah yang dinafkahkan Allah sejak diciptakannya langit dan bumi? Sesungguhnya apa yang di dalam tangan Allah tidak pernah berkurang kerananya. ‘ArasyNya di atas air, sedangkan di tanganNya yang lain maut yang selalu naik turun.(HR Muslim, 948,Cetakan Kilang Book Center)

Kita perhatikan yang manakah yang utama dalam infak ini:

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah saw. bersabda: “Dinar(uang atau harta) yang anda nafkahkan untuk membela agama Allah (fi sabilillah), atau yang anda nafkahkan untuk kesejahteraan (memerdekakan ) budak, atau yang anda sedekahkan untuk kesejahteraan orang-orang miskin, dan yang anda nafkahkan untuk keluarga anda, maka yang paling besar pahalanya ialah yang anda nafkahkan untuk keluarga anda” [HR Muslim, 949]

Jadi bagaimanakah kita ingin menafkahkan kepada orang lain, jika keluarga kita lebih memerlukan harta kita pada masa itu?. Kita sanggup mengetepikan keluarga atas dasar dakwah kononnya, sedangkan benarkah duit itu digunakan untuk dakwah yang benar-benar menegakkan quran dan sunnah, atau sekadar menisbatkan diri pada Ahli Sunnah Wa Jamaah, tapi sebenarnya “ Indah kabar dari rupa”.

Pernah seorang anak datang kepada Rasulullah saw:

“ Wahai Rasulullah, saya memiliki harta dan anak, akan tetapi ayahku ingin menghbiskan harta aku.” Rasulullah menjawab : “ Kamu dan harta kamu adalah milik ayah kamu”. [HR Ibnu Majah dan dinilai sahih oleh Albani dalam Sahih sunan Ibnu Majah-hadith no : 229` (kitab al-Tijarah, Bab bahagian ayah terhadap harta anaknya) ] ( dinukil dari buku , Wahai ibu wahai ayah, Hafiz Firdaus Abdullah, ms. 72)

Kita perhatikan hadith diatas, itu sekiranya harta itu milik kita, tapi kalau harta itu milik bapak kita, boleh kita senang-senang belanja sewenang-wenangnya?. fikirkanlah..

Bukanlah penulis ingin menolak syariat bersedekah tetapi di dalam bersedekah banyak pekara yang perlu diperhatikan. Bersedekah adalah sangat dituntut:

“ Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah saw. bersabda: “ Setiap pagi dua malaikat turun mendampingi seorang hamba. Yang satu berdoa: “ Wahai Allah! Berilah ganti bagi dermawan yang menyedekahkan hartanya.’ Dan yang satu lagi berkata: Wahai Allah! Musnahkanlah harta si bakhil!(HR Muslim.963)

Perhatikanlah orang yang mampu untuk berinfak, tapi bakhil pulak nak berinfak, maka dia dilaknat Allah. Tetapi jangn pulak kita katakan orang yang tidak berinfak itu bakhil dengan sewenng-wenangnya, bukannya kita tahu hati manusia.Ingatlah, kita perlu tahu bahwa setiap amalan itu bermula dengan niat.

Dari Amirul Mukminin, Abu Hafsh, Umar bin Khatab r.a berkata: Aku mendengar Rasul saw bersabda, “ Sesungguhnya diterima amal perbuatan itu tergantung pada niatnya, dan sesungguhnya setiap orang akan mendapatkan apa yang ia niatkan.......(HR Bukhari)

Maka, adakah sesuatu ifak yang dikeluarkan itu atas dasar terpaksa, atau dipaksa?.... Bahkan ada juga sesetengah orang yang menjengkilkan mata melihat orang lain bersedekah tidak sebagaimana yang dia sedekahkan, atau yang dia harapkan. Tidakkah kita pernah terbaca atau terdengar hadith ini, atau mungkin disebabkan kita ni dah terlalu banyak ilmu sampai tidak mahu lagi mentelaah hadith-hadith baginda? Kita perhatikan:

Dari Abu Mas’ud r.a., Katanya: “ Kami diperintahkan Rasulullah saw. supaya bersedekah, sedangkan kami hanya sebagai pekerja kasar, atau kuli. Namun Abu ‘Uqil bersedekah setengah gantang. Kemudian yang lain-lain mengikutnya dengan menyedekahkan apa sahaja, namun lebih banyak dari itu. Melihat kenyataan itu, orang-orang munafik berkata: Sesungguhnya Allah Maha Kaya. Dia memerlukan sedekah ini dan itu. Dan mereka melakukan ini semua hanya kerana riya semata-mata.” Kerana ucapan mereka itu maka turunlah ayat . “( Orang-orang munafik, iaitu) mereka yang mencela orang-orang mukmin yang memberikan sedekah dengan sukarela, dan mecela orang-orang yang tidak memeperoleh (sesuatu untuk disedekahkan ) selain hasil jerih payah mereka. Maka orang-orang munafik itu menghina mereka. Allah akan membalas penghinaan mereka dengan siksa yang pedih” (at-taubah:79) [ HR Muslim, 975)

Maka syariat manakah yang diambil dan diamalkan oleh golongan yang menisbatkan diri mereka sebagai Ahli Sunnah wal Jamaah KONONNYA, TETAPI SEBENARNYA?. Atau tidakkah pernah terjumpa hadith ini?:

Dari Asma’ binti Abu Bakar r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: “ Bersedekahlah kamu dan janganlah menghitung-hitung, kerana Allah akan menghitung-hitung pula pemberianNya kepadamu, dan janganlah kikir, kerana Allah akan kikir pula kepadamu.” (HR Muslim, 986)

Tapi biasalah, kitakan dah khatam semua kitab-kitab mukhtabar. Sebab tu kita boleh tetapkan berapa jumlah duit orang perlu di infak, kalau tidak infak, maka kena denda... pandainya kita...bila orang tidak memberi pula, kita kata macam-macam, tapi kalau memberi tidak banyak, mulalah kita pandang remeh pada orang itu, sehingga orang itu terpaksa berhutang dengan hati yang tidak rela untuk berinfak. Macam hutang pada orang,maka cara nak selesaikan adalah hutang pada orang lain. Selidiki dan fahamilah hadith ini:

Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: “ Hai wanita muslimat! Janganlah kamu remehkan pemberian tetanggamu, walaupun hanya berupa kuku kambing.” (HR MUslim, 988)

Penulis bukan membincangkan bab zakat disini, kerana sedia diketahui dan telah ditetapkan oleh para ulama nilai zakat. Penulis cuma menekankan perihal infak (sedekah), dan bukan pula hutang. Fikir dan nilailah dengan landasan Quran dan Sunnah.(17: 81)...............penulis nasihatkan, banyakkanlah menimba ilmu....

No comments: