Thursday, January 15, 2009

Asyairah

Asyairah ...

Dalam keadaan ikhtilaf yang berpanjangan dan serangan-serangan yang dilancarkan terhadap aqidah islamiyah yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam yang bermacam-macam ketika itu muncul juga madzhab Asyariah yang telah menyerang kemurnian aqidah Islam. Madzhab ini adalah hasil percampuran atau gabungan dari berbagai macam pecahan madzhab seperti Mutazilah, Kilabiyah dan lain-lain.

Imam al-Asyary adalah seorang murid Abu Ali Muhammad bin Abdul Wahab al-Juba’i seorang tokoh Mutazilah. Ia(Asyary) belajar darinya dalam masa yang cukup panjang kira-kira 40 tahun, ia menimba ilmu dari paham Mutazilah kemudian berpindah guru kepada Abu Muhammad Abdullah bin Sa’id Al-Kilab seorang yang menyatakan bahawa Allah memiliki sifat-sifat khabariyah, menentang dan memusuhi Mutazilah sebagaimana terkenal di kalangan para ulama. Sehingga Abul Hasan Al-Asyary mendirikan tariqatnya di atas dua aturan dari Ibnu Kilab dalam masalah sifat, Al-Qadar dan Af’alur Rabb( perbuatan-perbuatan Allah) dan ia banyak meninggalkan permasalahan Muatzilah. Akan tetapi Syaikh Islam Ibnu Taimiyah menyatakan tentang Abul Hasan Al-Asyary : “ Dia tetap tidak dapat melapaskan diri dari madzhab Mutazilah kerana tumbuh dari sana di samping itu sangat sedikit pemahamannya terhadap Al-Quran dan Sunnah.” Maka dia mulai bertukar fikiran dan berhujah denganya dan menyatakan bahawa madzhabnya adalah madzhab Ahlus Sunnah wal jama’ah.

Perlu diketahui pula bahawa jalan atau thariqah imam Al-Asyary rahimahullah bukanlah madzhab Asyairah. Diantara keduanya ada perbezaan yang jauh. Thariqahnya(Imam Al-Asyary) lebih baik dari madzhab Asyairah, hal ini dapat diketahui oleh orang yang mengebal kedua madzhab itu.Yang dimaksudkan Asyairah adalah orang-orang belakang mereka yang menisbatkan diri mereka kepada Imam Al-Asyary serta jumlah mereka hanya Allah yang tahu. Sehingga Madzhab ini banyak memiliki imam dan pendukung dan banyak pula yang membangun serta menyebar kan madzhab ini keseluruh alam seperti Abul Hasan Al-Bahili, Abul Ishaq Al-Isfara’ini, Abu Bakar Al-Baqilani, Ibnu Farik, Asy-Syirazi, Al-Jumaini.Al-Ghazali, As-Sihristani, Al-Baihaqi.Al-Hakim.Ibnu Asakir, Fakhrurrazi dan lain-lain yang tidak terhitung lagi. Mereka memenuhi dunia dengan karangan mereka yang sanggup menguasai akal orang-orang banyak kerana mereka mengaku bahawa mereka bermadzhab Ahlus Sunnah wal jamaah. Kitab-kitab tersebut menguasai perputaran ilmu di timurdan barat serta di setiap negeri kaum muslimin. Tempat tumbuhnya berawal di Iraq sekitar tahun 380 H. Kemudian berpindah ke Syam, Khurasan dan lain-lain.

Ketika Shalahudin menjadi Sultan ia bekerjasama dengan Qadlinya iaitu Shadruddin Abdul Malik bin Isa bin Dirbas untuk menyebarkan Madzhab ini serta mengajak manusia kepadanya seperti yang dikatakan oleh Al-Ghazali : “Dia (Shalahudin) berkeyakinan bahawa orang yang menyimpang dari madzhab iniadalah kafir walupun sejengkal dan berpisah dari madzhab ini walau sedikit maka ia sesat dan merugi”. Shalahudin dan Qadlinya tersebut di besarkan dalam lingkungan madzhab ini, bahkan Shalahudin telah menghafal kitab Al-Aqidah yang ditulis oleh Abul Ma’ali Mas’ud bin Muahammad An-Naisaburi pada masa kecilnya.

Seorang yang bernama Muhammad bin Abdillah At-Taumurt datang dari Maghribi ke Iraq dan mempelajari madzhab Asyariah dari Al-Ghazali dan lain-lain. Ketika kembali ia berdiam beberapa waktu di negerinya untuk memberikan pelajaran dan pemahaman kepada mereka menetapkan aqidah meraka berdasakan aqidah madzhab ini.Pendapat ini diterima oleh orang-orang di negerinya. Setelah kematiannya ia diganti oleh Abdul Mukmin bin Ali Al-Qaisi yang menamakan dirinya amirul mukminin. Dia menguasai Al-Magribi dengan paksa serta menamakan kelompoknya dengan al-Muwahidin (orang-orang yang bertauhid).Akhirnya mereka menghalalkna darah orang yang menentang aqidah Ibnu Taumurt. Mereka menjadikannya sebagai Imam Mahdi yang maksum. Sehingga dengan demikian mereka menumpahkan darah manusia tak terhitung jumlahnya hingga tiada tersisa madzhab yang menentangnya kecuali sebahagian kecil iaitu mazhab salaf. Mereka menyerang madzhab kecil iaitu madzhab salaf dari segala arah dan menuduh mereka dengan Musyabbihin, Mujassimin dan Mumatsilin.

Kesimpulan aqidah Asyairah tentang sifat Allah adalah mereka hanya mengimani tujuh sifat Allah yang mereka namakan dengan sifat ma’ani iaitu:

1.Al-Ilmu

2. Al-Hayyah

3. Al-Qudrah

4. Al-Iradah

5. As-Sama

6. Al-Bashar

7. Al-Kalam

Kemudian mereka menamba sifat yang tujuh ini menjadi dengan sifat yang diberi nama sifat ma’nawiyah iaitu sifat yang dibentuk dari yang tujuh tadi iaitu bahwa Allah:

8. Mengetahui

9. Hidup

10. Menguasai

11. Menghendaki

12. Mendengar

13. Melihat

14. Berbicara

Mereka menetapkan sifat-sifat tersebut berdasarkaan kaedah ilmu kalam yang rosak. Mereka menamakannya dengan hal maknawi sebagai pekara yang pasti tetapi tidak ada dan tidak diketahui. Hal ini adalah perkara mustahil menurut akal. Kerana tidak ada pekara yang wujud dan pekara yang tidak ada. Segala sesuatu hanya ada atau tidak ada.

Kemudian mereka menambah sifat ini dengan enam sifat lainya iaitu:

15: Wujud

16.Qidam

17. Baqa

18.Mukhalafatul lil-hawadiths

19. Qiyamuhu bi nafsih

20. Wahdaniyah

Sehingga mereka meyakini bahawa Allah memiliki 20 Sifat. Mereka menamakan Al-Wujud sebagai sifat nafsiyah dan selebihnya tidak ada tempat untuk mengadakan perbicaraan lagi. Pernyataan bahawa sifat Allah hanya 20 saja bertentangan dengan Al-Quran dan As-Sunnah serta Ijma (Fatawa Daima,3/124)

Adapun tujuan menyebutkan contoh-contoh dari aqidah Asyairah ini kerana di hormati di dunia Islam. Juga sebagai petunjuk tentang kebathilan yang ada pada Asyairah yang kebelakangan ini melarang untuk mensifati Allah dengan :ridha, marah, cinta, benci, tertawa, senag, heran, turun ke langit dunia, datang pada hari kiamat untuk memutuskan permasahalahan hamba-hambaNya, beristiwa di atas ArasyNya yang tinggi di atas makhlukNya, mempunyai tangan, jari, kaki, tumit, wajah dan lain-lain. (Thabat Aqidah Islamiyah, Abdullah Al-Ghunaiman, hal 27-36, lihat pula Al-Milal wan-Nihal,43)

No comments: