Monday, October 27, 2008

Ilmu oh Ilmu.

1)Hadis sahih dan hadis lemah? Ada ke hadis lemah yg blh diamalkn?

Menurut para ulama:

  1. Syeikh Albani menyatakan: ”Bahawa hadith Dhaif hanya memberikan sangkaan yang tertolak dimana saya ketahui tidak ada perselisiahan di kalangan para ulama mengenai penolokannya. Dengan kedudukan tersebut bagaimana boleh dikatakan bolehnya beramal dengan hadith dhaif sedanglkan Allah azza wa’jalla telahpun mencela perkara tersebut di dalam banyak ayat daripada KitabNya yang agung:

- Surah Yunus ayat 36:

Sesungguhnya kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali perasangkaan sahaja. Sesungguhnya prasangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran. Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang mereka kerjakan.

  1. Ibnu Taimiyah r.a: berkata: Dan tidak boleh berpegang di dalam syariat dengan hadith-hadith dhaif yang kedudukannya tidak sahih dan tidak pula hasan.Tetapi Imam Ahmad bin Hambal dan beberapa orang ulama yang lain membolehkan untuk meriwayatkannya( bukan dijadikan hujah untuk beramal dengannya) pada fadhilat amal yang dia tidak mengetahui tentang kesahihannya, apabila dia mengetahui bahawa hadith itu dusta. Yang demikian, bahawa sesuatu amalan apabila diketahui ianya disyariatkan berdasarkan dalil syarie dan diriwayatkan pula tentang fadhilatnya dengan hadith yang tidak diketahui perawinya seorang pendusta, maka boleh menjadi tetap pahala amalan itu. Tidak ada seorangpun dikalan ulama membolehkan untuk menjadikan suatu amalan sebagai wajib ataupun mustahab(sunat) berdasarkan hadith dhaif. Dan sesiapa yang membolehkannya, maka dia telah menyalahi Ijma.

Sementara ulama yang membolehkan beramal dengan hadith dhaif pun turut meletakkan beberapa syarat. Jika syarat-syarat terpenuh, barulah ianya boleh beramal dengannya. Syarat-syarat itu ialah:

  1. Hadith itu disepakati bahawa kedhaifannya tidaklah bersangatan. Terkeluar dari pengertian ini, para pendusta, perawi-perawi yang dianaggap sebagai pendusta dan mereka yang kerap kali melakukan kesalahan dalam periwayatannya.
  2. Hadith itu berkedudukan di bawah asal sara’ yang am. Terkeluar daripada pengertian ini hadith-hadith yang direka-reka tidak ada asalnya.
  3. Tidak boleh diyakini ketetapan( kesahihan) hadith itu ketika dia mengamalkannya supaya dia tidak menyandarkannya kepada Nabi dan apa yang baginda tidak sabdakan.
  4. Dia tidak boleh menyebarkannya ataupun mengiklankannya, ataupun mengajak orang lain untuk beramal dengannya, kerana dengan tindakannya itu, membuatkan orang yang melihat ataupun orang yang mendengar amalan itu menyangka bahawa ianya telah ada dilakukan daripada Nabi. Dengan lain perkataan, ianya tidak menjadi sebab terjadinya amalan-amalan bid’ah.
  5. Hadith itu tidak bersangkutan dengan hukum-hukum hakam dan persoalan akidah.

Syeikh albani berkata: “syarat-syarat ini(tiga syarat pertama) terperinci dan sangat penting. Sekiranya orang-orang yang beramal berpandukan hadith-hadith dhaif mendisiplinkannya, maka hasilnya akan memberikan ruang yang sempit untuk mereka beramal denagnnya ataupun ianya dihapuskan daripada asalnya.

(Rujukan: Membela Sunnah Nabawiyah, menjawab syubhat buku bid’ahkah kenduri arwah dan talqin, tulisan Abdul Wahab bin Bustami)

3) Perselisihan pendapat adalah satu rahmat Allah. Allah akan redha krana dstu mnnjkkkn btapa kita brusaha untk mncri yg terbaik. jd jngan kta timbulkn permshn sbb prbzaan pndpt ni. ia ke? Hbs klu pndpt 2 salah, Allah redha ke?

Hadith yang berbunyi:

Perrselisihan yang berlaku pada umatku adalah satu rahmat

Syeikh albani telah mengklasifikasikan hadits ini sebagai tidak ada asal. Beliau berkata para ulama hadith telah berusaha untuk mencari sanadnya, malangnya mereka tidak menjumpainya sehingga al-Suyuthi berkata dalam al-Jamik al-Saghir “Kemungkinan hadith ini terdapat di dalam kitab-kitab huffaz (ulama hadith) yang tidak sampai kepada kita.” Syeikh alBani berkata: “ Pendapat ini (al-Suyuti) tidak tepat padaku, sekiranya terdapat hadith-hadith Rasulullah yang hilang iaitu tidak sampai kepada umat ini maka tidak berhak seseorang muslim beri’itiqaq (berpegang dengannya.”

Kemudian belau menukilkan pendapat para ulama dalam menghukum hadith ini:-

Al-Munawi menukilkan daripada al-Subkiy bahawasanya belau berkata:

” Hadith ini tidak diketahui oleh para ulama hadith dan aku tidak menjumpainya dalam sanad yang sohih juga dhaif (lemah) dan tidak juga maudhu (palsu).”

Kenyataan ini disokong oleh syeikh Zakaria al-Ansori di dalam ta’liq(komentar) terhadap tafsir al-Baidhawi.

Kemudian makna hadith ini diingkari oleh para ulama muhaqqiqin( peneliti). Imam Ibn Hazm di dalam kitabnya al-Ihkam fi Usuli al-ahkam, selepas beliau menyatakan bahawa hadith ini merupakan seburuk-buruk perkataan, ini kerana sekiranya ikhtilaf atau peersilisihan itu rahmat maka sudah tentu ittifaq (penyatuan) itu suatu kemungkaran. Dan perkataan ini tidak akan diucapkan oleh seorang muslim. Di tempat lain beliau menghukum hadith yang batil dan makzub (dusta)

Dan kesan buruk daripada hadith yang tidak ada asal ini menyebabkan umat islam bersetuju dengan persilisihan yang berlaku antara empat mazhab dan mereka tidak kembali merujuk kepada al-Quran dan sunnah yang sohih semata-mata berpegang teguh kepada pendapat imam-imam mereka yang empat itu( Rujukan:Silsilah al-Ahadith al-Dha’ifah, no 57, jil , ms 141-144)

Perhatikan apa kata para ulama:

  1. al-Hafiz Abu Umar bin Abdil Bar r.a berkata:

- “ al-ikhtilaf (perselisihan pendapat) bukanlah boleh dijadikan sebagai hujah pada seorang pun yang saya ketahui dari kalangan para ulama fiqh umat ini melainkan ianya adalah daripada orang yang tidak ada ilmu di sisinya dan tidak pula ada hujah dalam ucapannya.

  1. Al-Khatib r.a

- Bukanlah ikhtilaf itu satu hujah.Sedangkan menjelaskan sunnah adalah hujah ke atas orang-orang yang berselisih pendapat dari ulama terdahulu dan ulam terkemudian.

  1. Imam al-Syatibi r.a

- Dan telahpun bertambah persoalan ini melebihi daripada perkara yang telah cukup sehingga khilaf dalam masalah-masalah dimasukkan pada hujah-hujah sehingga ianya menjadi perkara yang dibolehkan.

(rujukan Ibid dari soalan 1)

No comments: