Thursday, October 16, 2008

Diantara Ibu Bapa dan Kekasih

Diantara Ibu bapa dan Kekasih

Mungkin inilah masalah yang kian banyak berlaku dizaman ini, baik yang kononya belatarbelakangkan agama atau tidak. Masing-masing ada pegangan sendiri. Tetapi disini penulis cuma ingin berkongsi dengan pembaca semua suatu kondisi yang sangat mengusarkan kepada siapa yang biasa dan pernah mengalaminya. Ibu bapa punyer keputusan atau kekasih, mana nak kita ikut?

Ibu bapa memang sedia diketahui sebagai orang yang mula-mula memelihara, mendidik dan membesarkan kita sehingga kita berjaya, tetapi dalam tempoh masa kita membesar, pelbagai jenis manusia yang kita telah jumpa, dan kenal. Maka pada ketika inilah wujudnya individu yang dikenali sebagai ”KEKASIH”

Cuba kita renung dan perhatikan betul-betul bagaimana Allah meletakkan Ibu bapa dalam firmanya:

Dan Hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa. (an-Nisa 4:36)

Katakanlah: Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun, dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu-bapa (al-An’aam, 6:151)

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNYA semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa

(al-Isra, 17:23)

Ayat diatas kesemuanya menghubungkan perintah berbuat baik kepada ibu bapa dengan perintah mentauhhidkan Allah Subhanallah wa Ta’ala. Dengan kata lain setelah kita diperintahkan untuk mentauhidkan Allah iaitu semata-mata mengesakannya dan beribadah kepadanya, Allah memerintahkan kita berbuat baik kepada Ibu bapa.

Bahkan didalam suatu hadith yang Sahih Rasulullah saw bersabda:

Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu-bapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu-bapa (Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam sunannya, dinilai sahih oleh al-Bani)

Maka disebabkan terlalu inginkan kekasih tetap menjadi pasangan hidup, ibu bapa sanggup dipinggirkan. “ ala macam cerita hidustan tu , Kabi Khushi Kabi Gam”, kan? Itulah rialitinya manusia sekarang. Sedangkan didalam suatu riwayat hadith dari Abi Bakrah radhiallahu anh, Nabi saw penah bertanya tiga kali:

Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?

Mereka (para sahabat) menjawab: ‘Sudah tentu wahai Rasulullah” baginda menjelaskan

Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibu bapa (perawi menerangkan, bahawa baginda ketika itu duduk sambil bersandar, lalu menyambung) dan sumpah yang palsu (HR Bukhari dalam Sahihnya)

Lebih dari itu, derhaka kepada ibu adalah lebih berat dosanya berdasarkan sebuah hadith lain dimana Rasulullah saw mengkhususkan larangan berbuat derhaka kepada seorang ibu:

Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kalian berbuat dehaka kepada ibu, meminta sesuatu yang bukan haknya dan menanam bayi perempuan hidup-hidup. Dan Allah membenci kalian menyebarkan gosip, banyak bertanya dan mensia-siakan harta.( Sahih, HR Bukhari)

Sedangkan, kalau kita perhatikan, biasanya pasangan kekasih, orang yang paling mereka akan tentang adalah ibu yang tidak membenarkan hubungan mereka. Maka kenalah ancaman ini pada mereka.

Memang indah bila bercinta yang tidak dilandaskan oleh syari’e kerana ia diliputi oleh tipu daya syaitan. Pasangan itu dirasakan yang terbaik, yang tercantik, yang teralim dan yang ter...... lagilah. Semua itu adalah talbisul Iblis (Tipu daya syaitan). Kerana telah jelas dalam al-Quran Iblis telah berjanji untuk menyesatkan manusia:

Iblis menjawab, “Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus. Kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dari belakang, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat) (al-Araf,7:16-17)

Pekara ini telahpun terbukti kepada pasangan kekasih itu.

1) Mereka bercinta sebelum kahwin.

2) Bercouple islami

3) Mereka berhubung tapi tidak ada ikatan

4) Dalam bicara mereka semuanya terasa indah, manis, baik dan lawak.

Sedangkan semua perkara ini adalah semata-mata tipu daya syaitan yang mengindahkannya.

Contoh satu lagi ni pulak kalau pasangan kekasih itu dari jenis yang pakai kupiah dan burdah, mereka mencari pasangan yang ikut sunnah, kononnya dan mereka berpandukan hadith ini:

Seorang wanita dinikahi kerana empat sebab: agamanya, keluarganya, kecantikannya dan hartanya. Maka pilihlah kerana agamanya, jika tidak kamu akan rugi (Sahih, HR Bukhari)

Bijak mereka memilih, tapi sayang, mereka berpasangan sebelum bernikah. Wah bertepuk tangan sayitan.... ”yes, aku berjaya, tak dapat buka aurat diorang hati diorang aku kotorkan pun jadilah”, HaHaHa”.. mungkin inilah kata-kata syaitan yang bijak merosakkan anak adam.

Disini penulis serta step by step perhubungan mereka:

Mula-mula berkenal, yelah ayat quran kan kata:

Hai manusia, susungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan suku-suku supaya kamu saling mengenal...........( Al-Hujarat 49:13)

Pastu berpesan melalui SMS atau talipon, yelah ayat quran kata:

Dan tetaplah memberi peringatan, sesungguhnya peringantan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman ( Az-Zariyat, 51:55)

Yelah orang berimanlah tu, pakai kupiah, pakai burdah, tak gitu. Pastu mulalah terasa di hati. Oh inilah calon suami atau isteriku, yelah dah terasa cenderung, ayat quran kan ada kata:

Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNYA ialah dia menciptakan untukmu pasangan-pasangan dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNYA diantaramu rasa kasih sayang.....(ar-Rum 30:21)

Memang mantap hujahnya, tapi tak nikah lagi.. inilah yang dinamakan talbisul iblis....

Kita ambil satu sahaja dalil yang mereka guna iaitu surah ar-Rum ayat 21.

Pasangan dalam bahasa melayu itu sebenarnya kalau dilihat dalam bahasa arabnya adalah Azwaja yang bemaksud isteri bukan pasangan yang belum nikah.

Maka mereka berpasang-pasangan tanpa landasan pernikahan, jelas Islam tidak benarkan. Maka mereka pun terus tanya pada keluarga.Apa yang terjadi adalah tidak seperti yang diingini..... (menangis tak berlagu...)

Mulalah rancang macam-macam plan. Sampai tahap maksimum nak kahwin lari, tapi mari kita nilai secara ilmiah:

Rasulullah saw bersabda:

Mana-mana wanita yang bernikah tanpa izin walinya maka pernikahan tersebut adalah batal ( baginda mengulanginya tiga kali) (Sahih HR Abu Dawud, di sahihkan oleh al Albani)

Alah hadiths atas tu untuk perempuan bukan untuk lelaki, mari kita tengok siapa yang kena.

Abdullah Ibnu Umar r.a berkata:

Aku pernah memiliki seorang isteri yang sangat aku cintai akan tetapi ’Umar (Umar al-Khatab,iaitu ayahnya) tidak menyukainya dan menyuruh aku menceraikannya. Namun aku enggan.Maka Umar membawa hal ini kepada Nabi saw, dan menceritakan apa yang berlaku. Nabi saw menjawab (kepada Ibn Umar) ”Ceraikan dia”. (Sahih, HR Abu Dawud, dinilai sahih oleh Albani)

Satu lagi dalil:

Abu Darda ra berkata:

Bahawa seorang lelaki datang bertanya: ” Sesungguhnya aku memiliki seorang isteri akan tetapi ibu aku menyuruhku menceraikannya.” Abu Darda menjawab: ”Aku mendengar Rasulullah saw bersabda, ibu bapa adalah pintu syurga yang paling tengah. Terserah kamu (seorang anak) sama ada untuk mensia-siakan pintu itu atau memeliharanya (Sahih, HR Tarmizi)

2 hadith diatas menceritakan kondisi setelah berumah tangga, kalau sekiranya nikah pun belum, ibu bapa dah tak suka, macam mana agaknya?....

Jadi nilailah sesuatu perkara itu berlandaskan al-Quran dan Sunnah, jangan menilai mengikut akal kita yang cetek ini. Kerana Ali ra pernah berkata didalam riwayat yang sohih:

Kalau sekiranya agama ini dilandasi oleh akal manusia semata-mata maka menyapu bawah khauf(kasut) lebih baik daripada diatas.

Maka renung-renungkanlah.

CARILAH CINTA ALLAH DAN RASUL, KELAK CINTA MANUSIA AKAN MENYUSUL.

2 comments:

Anonymous said...

hujah niw melibtkn cinta ku...terlarang!

nasa_peace said...

loh, macam mana pulak terlarang, bukan kah hujah ini menunjukkan bahawa kita dilarang berkasih2an sebelum bernikah dan tidak membenarkan percintaan. Maka utamakanlah mak bapak.