Saturday, March 12, 2011

Ayat Ruqyah

AYAT RUQYAH SYARIAH

1) Al-Fatihah

1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

2. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kami

memohon pertolongan.

6. Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.

7. Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan)

orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.



2) Al-Baqarah 1-5

2. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang

sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang Yang (hendak) bertaqwa;

3. Iaitu orang-orang Yang beriman kepada perkara-perkara Yang ghaib, dan mendirikan

(mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki Yang

Kami berikan kepada mereka.

4. dan juga orang-orang Yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" Yang diturunkan kepadamu

(Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab Yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin

akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).

5. mereka itulah Yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang

Yang berjaya.



3) Al-Baqarah 102



102. mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir Yang dibacakan

oleh puak-puak Syaitan Dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak

mengamalkan sihir Yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah Yang

kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah Yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa

Yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka

berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya Dengan berkata:

"Sesungguhnya Kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah Engkau

menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari

mereka berdua: ilmu sihir Yang boleh menceraikan antara seorang suami Dengan isterinya,

padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) Dengan

sihir itu seseorang pun melainkan Dengan izin Allah. dan sebenarnya mereka mempelajari

perkara Yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. dan

Demi Sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui Bahawa sesiapa Yang

memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian Yang baik di akhirat. Demi Sesungguhnya

amat buruknya apa Yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.



4) Al-Baqarah 163-164



163. dan Tuhan kamu ialah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain

dari Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

164. Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan

(pada) kapal-kapal Yang belayar di laut Dengan membawa benda-benda Yang bermanfaat

kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan Yang Allah turunkan dari langit lalu Allah

hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta ia biakkan padanya dari

berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan Yang tunduk

(kepada Kuasa Allah) terapung-apung di antara langit Dengan bumi; Sesungguhnya (pada

semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya,

kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum Yang (mahu) menggunakan akal fikiran.



5) Al-Baqarah (255 - Ayatul Kursi)



255. Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang tetap hidup, Yang kekal

selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur.

Yang memiliki Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi. tiada sesiapa Yang dapat

memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan Dengan izinNya. Yang mengetahui apa Yang

ada di hadapan mereka dan apa Yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui

sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa Yang Allah kehendaki (memberitahu

kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan

tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. dan Dia lah Yang

Maha tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha besar (kekuasaanNya)



6) Al-Baqarah 285-286



285. Rasulullah telah beriman kepada apa Yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga

orang-orang Yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan

Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang

Dengan Yang lain Rasul-rasulnya". mereka berkata lagi: Kami dengar dan Kami taat (Kami

pohonkan) keampunanMu Wahai Tuhan kami, dan kepadamu jualah tempat kembali".

286. Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala

kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya.

(Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah

jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami

bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang

terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang

Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami,

dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk

mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir".



7) Ali-Imran 18-19



18. Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya Dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya

tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam)

Dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang Yang berilmu (mengakui dan

menegaskan juga Yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; Yang

Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

19. Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. dan orang-orang

(Yahudi dan Nasrani) Yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan

enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan Yang sah tentang

kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki Yang ada Dalam

kalangan mereka. dan (ingatlah), sesiapa Yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah,

maka Sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisabNya.



8) Al-'Araf 54-56



54. Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang menciptakan langit dan bumi Dalam enam masa

lalu ia bersemayam di atas Arasy; ia melindungi malam Dengan siang Yang mengiringinya

Dengan deras (silih berganti) dan (ia pula Yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintangbintang,

(Semuanya) tunduk kepada perintahNya. ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan

menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha suci Allah Yang mencipta dan

mentadbirkan sekalian alam.

55. berdoalah kepada Tuhan kamu Dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan.

Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang melampaui batas.

56. dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan Segala Yang

membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadanya Dengan perasaan bimbang (kalau-kalau

tidak diterima) dan juga Dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya

rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang Yang memperbaiki amalannya.



9) Al-'Araf 117-122



117. dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa: "Campakkanlah tongkatmu!" maka tiba-tiba tongkat

itu menelan apa Yang mereka pura-pura adakan (dengan sihir mereka).

118. maka sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa), dan batalah (sihir) Yang mereka telah

lakukan.

119. oleh itu, kalahlah Firaun dan ketua-ketua kaumnya di situ dan kembalilah mereka Dengan

keadaan Yang hina.

120. dan (Kemenangan Nabi Musa menjadikan) Ahli-ahli sihir itu Dengan sendirinya merebahkan

diri mereka sujud,

121. sambil berkata: "Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam.

122. "(Iaitu) Tuhan bagi Nabi Musa dan Nabi Harun".



10) Yunus 81-82



81. setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata:" apa Yang kamu

datangkan itu, itulah sihir; Sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan

mukjizat Yang dikurniakanNya kepadaku); Sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan

orang-orang Yang melakukan kerosakan.

82. "Dan Allah juga sentiasa menetapkan perkara Yang benar Dengan Kalimah-kalimah

perintahNya, Walaupun Yang demikian dibenci oleh orang-orang Yang melakukan dosa".

11) Toha 69



69. "Dan campakkanlah apa Yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan Segala (bendabenda

sihir) Yang mereka lakukan, kerana Sesungguhnya apa Yang mereka lakukan itu hanyalah

tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada".



12) Al-Mukminun 115-118



115. "Maka Adakah patut kamu menyangka Bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada

kepada ada) sahaja Dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? dan kamu (menyangka pula)

tidak akan dikembalikan kepada kami?"

116. maka (dengan Yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi

Yang tetap benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan Yang mempunyai Arasy Yang mulia.

117. dan sesiapa Yang menyembah Tuhan Yang lain bersama-sama Allah, Dengan tidak

berdasarkan sebarang keterangan mengenainya, maka Sesungguhnya hitungannya (dan balasan

amalnya Yang jahat itu) disediakan di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang Yang kafir tidak

akan berjaya.

118. dan berdoalah (Wahai Muhammad Dengan berkata): "Wahai Tuhanku, berikanlah ampun

dan kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik pemberi rahmat!"



13) As-Soffaat 1-10





1. Demi (hamba-hambaKu) Yang berbaris Dengan berderet-deret -

2. (hamba-hambaKu) Yang melarang (dari kejahatan) Dengan sesungguh-sungguhnya -

3. (hamba-hambaKu) Yang membaca kandungan Kitab Suci;

4. (Sumpah Demi sumpah) Sesungguhnya Tuhan kamu hanyalah satu -

5. Tuhan (yang mencipta serta mentadbirkan) langit dan bumi dan Segala Yang ada di antara

keduanya, dan Tuhan (yang mengatur) tempat-tempat terbit matahari.

6. Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit Yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi)

Dengan hiasan bintang-bintang.

7. dan (Kami pelihara urusan langit itu) Dengan serapi-rapi kawalan dari (masuk campur) tiap-tiap

Syaitan Yang derhaka;

8. (dengan itu) mereka tidak dapat memasang telinga mendengar (percakapan malaikat)

penduduk langit, dan mereka pula direjam (dengan api) dari Segala arah dan penjuru,

9. untuk mengusir mereka; dan mereka pula beroleh azab seksa Yang tidak putus-putus.

10. kecuali sesiapa di antara syaitan-syaitan itu Yang curi mendengar mana-mana percakapan

(malaikat), maka ia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api Yang menjulang lagi menembusi.





14) Al-Ahqaaf 29-32



29. dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu

(Wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya,

berkatalah (setengahnya kepada Yang lain): "Diamlah kamu Dengan sebulat-bulat ingatan untuk

mendengarnya!" kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya

(menyiarkan ajaran Al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran.

30. mereka berkata: "Wahai kaum kami! Sesungguhnya Kami telah mendengar Kitab (Al-Quran)

Yang diturunkan (oleh Allah) sesudah Nabi Musa, Yang menegaskan kebenaran Kitab-kitab suci

Yang terdahulu daripadanya, lagi, memandu kepada kebenaran (tauhid) dan ke jalan Yang lurus

(ugama Islam)

31. "Wahai kaum kami! Sahutlah (seruan) Rasul (Nabi Muhammad) Yang mengajak ke jalan Allah,

serta berimanlah kamu kepadaNya, supaya Allah mengampunkan sebahagian dari dosa-dosa

kamu, dan menyelamatkan kamu dari azab seksa Yang tidak terperi sakitnya.

32. "Dan sesiapa tidak menyahut (seruan) Rasul Yang mengajaknya ke jalan Allah, maka ia tidak

akan dapat melepaskan diri (dari balasan azab walau ke mana sahaja ia melarikan diri) di bumi,

dan ia tidak akan beroleh sesiapapun - Yang lain dari Allah - sebagai pelindung-pelindung Yang

membelanya; mereka (yang demikian sifatnya) adalah Dalam kesesatan Yang nyata".



15) Ar-Rahman 33-36



33. Wahai sekalian jin dan manusia! kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan

langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan kami), maka cubalah kamu

menembus keluar. kamu tidak akan menembus keluar melainkan Dengan satu kekuasaan (yang

mengatasi kekuasaan kami; Masakan dapat)!

34. maka Yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, Yang kamu hendak dustakan?

35. kamu (Wahai golongan Yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan

Dengan api Yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); Dengan Yang

demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu);

36. maka Yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, Yang kamu hendak dustakan?



16) Al-Hasyr 21-24



21. sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya Engkau melihat

Gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. dan (ingatlah), misal-misal

Perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.

22. Dia lah Allah, Yang tidak ada Tuhan melainkan dia; Yang mengetahui perkara Yang ghaib dan

Yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

23. Dia lah Allah, Yang tidak ada Tuhan melainkan dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang

Maha Suci; Yang Maha Selamat sejahtera (dari Segala kekurangan); Yang Maha melimpahkan

Keamanan; Yang Maha pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha kuat

(menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi Segala KebesaranNya. Maha suci Allah dari

Segala Yang mereka sekutukan dengannya.

24. Dia lah Allah, Yang menciptakan sekalian makhluk; Yang mengadakan (dari tiada kepada

ada); Yang membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut Yang dikehendakiNya); bagiNyalah

nama-nama Yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadanya Segala Yang ada

di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.



17) Al-Jin 1-9



1. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadaku, Bahawa sesungguhnya: satu

rombongan jin telah mendengar (Al-Quran Yang Aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan

hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: `Sesungguhnya Kami telah mendengar Al-Quran

(sebuah Kitab Suci) Yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!

2. `Kitab Yang memberi panduan ke jalan Yang betul, lalu Kami beriman kepadaNya, dan

Kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk Dengan Tuhan kami.

3. `Dan (ketahuilah Wahai kaum kami!) Bahawa sesungguhnya: tertinggilah kebesaran dan

keagungan Tuhan kita daripada beristeri atau beranak.



4. `Dan (dengan ajaran Al-Quran nyatalah) Bahawa sesungguhnya: (ketua) Yang kurang akal

pertimbangannya dari kalangan kita telah mengatakan terhadap Allah kata-kata Yang

melampaui kebenaran;

5. `Dan Bahawa Sesungguhnya (nyatalah kesalahan) kita menyangka Bahawa manusia dan jin

tidak sekali-kali akan berani mengatakan sesuatu Yang dusta terhadap Allah.

6. `Dan Bahawa Sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia,

menjaga dan melindungi dirinya Dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin,

kerana Dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.

7. `Dan Bahawa Sesungguhnya (tidaklah benar) manusia menyangka sebagaimana Yang kamu

sangka, Bahawa Allah tidak sekali-kali mengutuskan sebarang Rasul (atau tidak akan

membangkitkan manusia pada hari kiamat).

8. `Dan Bahawa Sesungguhnya Kami telah berusaha mencari berita langit, lalu Kami dapati langit

itu penuh Dengan pengawal-pengawal Yang sangat kuat kawalannya, dan (dengan rejamanrejaman)

api Yang menyala.

9. `Padahal Sesungguhnya Kami dahulu biasa menduduki tempat-tempat (perhentian) di langit

untuk mendengar (percakapan penduduknya); maka sekarang sesiapa Yang cuba Mendengar,

akan mendapati api Yang menyala Yang menunggu merejamnya.



18) Al-Ikhlas



1. Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;

2. "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;

3. "Ia tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan;

4. "Dan tidak ada sesiapapun Yang serupa denganNya".

19) Al-Falaq



1. Katakanlah (Wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan Yang menciptakan

sekalian makhluk,

2. "Dari bencana makhluk-makhluk Yang ia ciptakan;

3. "Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk;

4. "Dan dari kejahatan makhluk-makhluk Yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan

(dan ikatan-ikatan);

5. "Dan dari kejahatan orang Yang dengki apabila ia melakukan dengkinya".



20) An-Naas



1. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.

2. "Yang Menguasai sekalian manusia,

3. "Tuhan Yang berhak disembah oleh sekalian manusia,

4. "Dari kejahatan pembisik penghasut Yang timbul tenggelam, -

5. "Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke Dalam hati manusia, -

6. "(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".

No comments: