Monday, February 7, 2011

Akhlak para salaf ketika berhadapan dengan pemerintah yang zalim

Abdullah Ibnu Mubarak pernah berkata: Lihatlah dari mana kamu mengambil ilmu. Penekanan ana bab ketaatan kepada pemimpin ini berlandaskan banyak hadith dan ayat al-quran khi. Ia adalah termasuk dalam bab akidah. bukan bab fiqh ya...ng boleh kita tengok pecahan hukum kepada halal haram, dan makruh.

Amirul Mukminin Ali Bin Abi Talib r.a berkata;

"Tidak akan mampu memperbaiki keadaan manusia kecuali penguasa, samaada penguasa yang baik atupun yang jahat. Orang-orang bertanya kepadanya:Wahai amirul mukminin !Jika penguasa itu baik ini wajar ditaati, tetapi bagaimana dengan penguasa yang jahat? Ali berkata: Sesungguhnya Allah menjaga keamanan sesuatu daerah melalui penguasa walaupun jahat (diriwayatkan oleh baihaqi dengan sanad yang sohih sampai kepada Ali bin Abi Talib. Lihat Asy-Syu'ab)

Rasulullah saw bersabda:

Tiga golongan yang tidak diajak bicara oleh Allah pada Hari kiamatak dilihatnya dan tidak diakuainya, bahkan bagi mereka siksa yang sangat pedih iaitu:

Pertama: Seseorang yang mempunyai air melimpah di tengah padang pasir dan tidak mahu memberi minuman kepada seorang ibnu sabil yang kehausan.

Kedua: Seseorang yang menjual jualannya kepada orang lain setelah waktu asar, kemudian bersumpah dengan nama Allah dan menyatakan dia akan mengambilnya dengan harga sekian. Lalu dia pembeli percaya sahaja, padahal kenyataanya tidaklah demikian.

Ketiga: Seseorang membuat janji setia kepada pemimpin kerana tujuan duniawi semata, bila diberi sesuatu dia menepati janji setianya, tetapi jika tidak diberi , maka diapun ingkar(mengkhianati) pada janji setianya (kerana tidak puas hati) (HR Bukhari dan Muslim)

Rasulullah saw bersabda:

Barangsiapa melepaskan ketaatan dari pemimpin, dia akan berjumpa dengan Allah pada hari kiamat tanpa punya hujah (alasan) (HR Muslim. Kitabul Imarah Syarah Nawawi)

Tiap-tiap orang yang berkhianat akan diberi bendera ...pada hari kiamat, lalu dikatakan padanya bahawa inilah pengkhianat si Fulan (terhadap pemimpin) (HR Muslim dan Turmizi)

Berkata al-Hafiz Ibnu Hajar r.h:
" Dalam hadith ini ada kewajipan untuk taat kepada penguasa atau pemimpin yang telah diangkat, dan di larang memberontak kepadanya walaupun dia zalim serta sewenang-wenangnya dalam melaksanakan ketetapan hukum, kerana kefasikan pemimpin bukan sesuatu yang membolehkan untuk memberontak kepadanya. (Lihat Fathul Bari Jilid 13 halaman 68)

Berkata Ibnu Abi Hatim r.h:
" Ayahku telah menceritakan kepadaku, Amr bin Ali as-Sairafi telah menceritakan bahwa Abdu Rabbuh bin Bariq al-Hanafi telah menceritakan bahawa Simak bin Al-Walid al-Hanafi berjumpa Ibnu Abbas di Madinah, beliau b...erkata kepadanya: Bagaimana mengahadapi sikap penguasa yang telah menzalimi kita, mencela kita dan merampas sadaqah kita , bukankah kita harus mencegah mereka? Ibnu Abbas menjawab: Jangan! Biarkan mereka wahai Hanafi! lalu beliau menambah: Wahai Hanafi ! Al-Jamaah,al-jamaah (peliharalah anpersatuan di bawah pemimpin) sebab hancurnya umat dahulu kerana perpecahan, apakah kamu tidak mendengar Firman Allah: Dan berpegang teguhlah kamu semua kepada Tali Allah dan janganlah kamu bercerai berai.( Lihat tafsir Ibnu Hatim 2/455).

"Dan janganlah kamu mengerupai orang-orang yang bercerai berai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka. (3:105).

Rasulullah bersabda:

Dengarlah dan taatilah penguasa diwaktu susah dan senang, diwaktu lapang dan sempit, walaupun mereka mementingkan diri sendiri dan memakan hartamu dan memukul punggungmu, kecuali apabila memerintah untuk berbuat maksiat. (HR, Ibnu Hibban, sanadnya Sahih)

Dari Huzaifah al-Yaman r.h:

"Setelah Allah mempunyai khalifah di muka bumi dan dia memukul punggungmu serta mengambil harta bendamu, maka kamu (diperintahkan agar) tetap taat.

Nabi saw bersabda: "Di suatu saat nanti akan muncul seorang sultan (penguasa/pemimpin). Sesiapa sahaj yang hendak menghinakannya, bererti dia telah menikam agama Islam dan tiada pintu taubat baginya kecuali dia mahu memperbaikinya, tetapi dia berdaya memperbaikinya sampai hari kiamat. (as-sunnah.2/490-492 Ibnu abi asim)

"Dari as-Sahmi berkata: Aku mendatangi Abu Ummah, lantas dia ...berkata: Janganlah kamu mencela/mengutuk/menghina al-Hajjaj, kerana dia adalah penguasamu dan bukan penguasaku. (Perkataan beliau: Dia bukan penguasaku, kerana Abu Ummah tinggal di Syam sedangkan al-Hajjaj Gabenor di wilayah Iraq) Riwayat Bukhari-al-tarikhul Kabir

Dari Abu Darda rh:
" Sesungguhnya awal kemunafikan seseorang adalah ketika dia mencela pemimpinnya" (Lihat:At-Tamhid..Ibnu Abdil Barr)

No comments: