Wednesday, April 28, 2010

Kenali diri anda.

Kenali diri anda.

Anda yang mana satu?

Rasulullah S.A.W bersabda:

1. “Orang yang buruk antara kamu adalah yang tidak bernikah dan sehina-hina mayat antara kamu adalah yang tidak bernikah” (Hadith riwayat Bukhari)

2. “Aku melihat neraka dan aku sama sekali tidak pernah melihat pemandangan seperti ini. Dan aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita, mereka bertanya: Mengapa wahai Rasulullah? Kerana kekufuran mereka, jawab baginda. Ada yang bertanya: Apakah mereka kufur kepada Allah? Baginda menjawab: Mereka mengkufuri suami dan mengkufuri kebaikannya. Seandainya engkau berbuat baik kepadanya selamanya (sepanjang hayat) kemudian dia melihat sesuatu yang tidak ia senangi, maka ia akan berkata: Aku tidak melihat kebaikan sedikitpun darimu”. (Hadith riwayat Bukhari)


3. Barangsiapa menikahi wanita kerana kemuliaannya, Allah tidak akan menambah padanya kecuali kehinaan, barangsiapa yang menikahi wanita kerana hartanya, maka Allah tidak akan menambah kecuali kefakiran Barangsiapa yang menikahi wanita kerana keturunannya, maka Allah tidak akan menambah kecuali kerendahan. Dan barangsiapa menikahi wanita kerana tidak menginginkan kecuali ingin menundukkan pandangannya dan menjaga kemaluannya atau kerana ingin menyambung silaturrahim, maka Allah akan memberkatinya kerana wanita itu dan Allah memberkati wanita itu kerana lelaki yang menikahinya itu. ( Hadith Riwayat at-Tirmizi dan tabrani)

4. Sesiapa waniata yang menambahkan rambutnya (pakai rambut palsu) yang bukan bahagian dari kepalanya, maka itu adalah kepalsuan (haram) yang ditambahkannya ke dalam rambutnya.” (Hadith Mutaffaq ‘Alaihi)


5. Ada dua kelompok penghuni neraka yang belum aku melihatnya, iaitu satu kaum yang bersamanya cabuk orang-orang dan wanita-wanita berpakaian tetapi telanjang, genit, kepalanya seperti pundak unta yang miring, mereka tidak akan masuk syurga, tidak juga mencium bau syurga, sesungguhnya bau syurga terhidu dari jarak ini dan itu”. (Hadith Riwayat Muslim)

6. “Mana-mana perempuan yang memakai minyak wangi, kemudian dia keluar ke khalayak ramai menemui kaum dengan maksud mereka dapat mencium bau wanginya, maka perempuan tersebut adalah penzina”. (Hadith Riwayat Abu Daud dan an-Nasaai).
7. Andaikata ditikam ke kepala salah seorang antara kamu dengan jarum besi, yang demikian itu lebih baik daripada dia menyentuh wanita yang tidak dihalalkan menyentuh baginya.” (Hadith Riwayat Tabrani)

8. “ Apabila umatku melakukan 15 pekara, akan diturunkan kepadanya bala (malapetaka) antaranya: Mengambil penyanyi perempuan dan memainkan alat muzik”. (Hadith riwayat at-Tirmizi)

9. Barangsiapa yang sengaja duduk memerhatikan seorang penyanyi perempuan atau tarian penari perempuan dan mendengar nyanyiannya, pasti Allah akan menuangkan cairan timah panas ke dalam telingannya pada hari kiamat”. (Hadith Riwayat Ibnu as-Sakir)

10. …….Maka kami berangkat hingga sampai ke sebuah tempat seperti tungku yang besar, dari dalamnya terdengar suara jeritan dan tangisan. Maka kami melonggokkan pandanagn kami ke dalamnya, ternyata di dalamnya terdapat banyak orang laki-laki dan perempuan semuanya telanjang. Sementara luapan api memanggang mereka dari bawah, apabila api itu dating menyembur mereka, mereka menjerit-jerit kepanasan. Aku bertanya: siapakah mereka?.......... Adapun berkenaan banyak lelaki dan perempuan yang berada di sebuah tempat mirip tungku api, sesungguhnya mereka adalah penzina laki-laki dan perempuan…… (Hadith Riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)

11. “ Orang yang berzina dengan isteri tetangganya, pada hari kiamat nanti Allah tidak mahu memandangnya (dengan pandangan rahmat) dan tidak mahu mensucikan (dosa-dosa)nya, bahkan Allah berfirman kepadanya: Masuklah kamu ke dalam neraka bersama dengan orang-orang –orang yang memasukinya!” (Hadith Riwayat. Al-Kharaithi dan Ad-Dailami)

Anda yang mana satu? Renunglah dan sama-samalah kita meraih rahmat Allah dengan memohon ampun dariNYA…


1 comment:

Edward Ott said...

those are some of the best hadiths. thanks for sharing.