Friday, February 13, 2009

Pemimpin kita ni dah tak betul, tak berhukum dengan Hukum Allah

Pemimpin kita ni dah tak betul, tak berhukum dengan Hukum Allah

“Apa nak jadi ni, pemimpin kita zaman sekarang ni memang dah sesat, hukum Allah tak ditegakkan, kita tak boleh taat pada orang yang tak berhukum dengan hukum Allah, kita mesti memberontak, kita buat demonstrasi, kita kecam tindakan pemimpin yang ta betul ni, kita kecam, TAKBIR!!!!!!”

Inilah realiti masyarakat zaman sekarang, jauh lebih pakar dari para sahabat, dan Rasulullah sendiri, masing-masing pakai serban, kupiah,pakai tudung labuh, tapi..................TAKBIR!!!!!!!

Rasulullah saw. bersabda:

“ Akan ada selepas peninggalanku nanti pemimpin yang kamu mengenalinya dan mengingkari kejahatannya, maka sesiapa yang mengingkari kejahatannya(bermakna) dia telah berlepas diri dan sesiapa yang membenci kejahatannya dia telah selamat, akan tetapi orang yang meredhai kejahatannya akan mengikuti kejahatannya, Apakah tidak kita perangi mereka dengan pedang (wahai Rasulullah) ? Baginda menjawab: Jangan! Selagi mereka mendirikan solat di kalangan kamu”.(HR. MUSLIM, 6/23)

Ali bin Abi Talib rh menyatakan:

“Tidak akan mampu memperbaiki keadaan manusia kecuali penguasa, samaada penguasa yang baik atau yang jahat. Orang-orang bertanya kepadanya: Wahai Amirul Mukmini! Jika penguasa itu baik, ini wajar ditaati, tetapi bagaiman dengan penguasa yang jahat? Ali berkat: Sesungguhnya Allah menjaga keamanan sesuatu daerah melalui perantaraan penguasa walaupun ia jahat....( Diriwayatkan oleh al-Baihaki dengan sanad yang sahih sampai kepada Ali bin Abi Talib. Lihat Asy-Syu’ab)

Penulis tanyaan kepada pembaca sekelian, pemimpin kita ni jahat ke? Ada dia letak FRU jika kita nak solat jemaah, agar kita tak boleh solat? Ada dia tembak orang yang solat? Ada dia kata sapa menganut islam maka dia dipancung? Ada? .......Ke pemimpin kita tak solat? ........Ada?

Orang-orang yang pakai serban dan tudung labuh yang bukan main lancang mengkafir dan menentang pemimpin di mimbar-mimbar dan di pertemuan-pertemuan memang pakar-pakar hadith. Habis Sahih Bukhari dan Muslim dia dah hafal, siap boleh tulis “on the sport” lagi, cakap jer, apa hadith, muka surat, perawi-perawi semua dia hafal. Sebab tulah dia berani lantang mengkafir dan memberontak pada pemimpin.

Rasulullah saw. bersabda:

Barangsiapa melepaskan ketaatan dari pemimpin dia akan berjumpa dengan Allah pada Hari kiamat tanpa punya hujah(alasan)” (HR> Muslim. Kitabul Imarah, syarah Nawawi 12/20)

Tiap-tiap orang yang berkhianat akan diberi bendera pada hari kiamat, lalu diktaka padanya bahawa inilah penghianatan si Fulan (terhadap Pemimpin)” (HR. MUSLIM DAN TURMUZI)

Mari kita baca apa kata orang yang benar-benar layak berkata. Al-Hafiz Ibnu Hajar rh berkata:

“ Dalam hadith ini ada kewajipan untuk taat kepada penguasa atau pemimpin yang telah diangkat, dan dilarang memberontak kepadanya walaupun dia zalim serta sewenang-wenangnya dalam melaksanakan ketetapan hukum, kerana kefasikan pemimpin bukan sesuatu yang membolehkan untuk memberontak kepadanya” (Lihat: Fathul Bari jld.13, hlm.68)

Sebentar-sebentar, penulis nak tanya, kenal ke Ibnu Hajar ni, ke tak kenal? Ialah orang-orang yang pakai serban dan pakai tudung labuh yang menghentam pemimpin tu kan jauh lebih pakar dari Ibnu Hajar yang sekadar Ahli Hadith, mereka kan pakar takwil, tak payah guna hadith, akal kan ada.....

Takpelah , kita tengok pula apa kata Ibnu Abi Hatim rh:

“ Ayahku telah menceritakan kepadaku, Amr bin Ali as-Sairafi telah menceritakan bahawa Abdu Rabbuh bin Bariq al-Hanafi telah menceritakan bahawa Simak bin Walid al-Hanafi berjumpa dengan Ibnu Abbas di Madinah, beliau berkata kepadanya: Bagaimana menghadapi sikap penguasa yang telah menzalimi kita, mencela kita dan merampas sedekah kita, bukankah kita harus mencegah mereka? Ibnu Abbas menjawab: Jangan! Biarkanlah mereka Wahai Hanafi! Lalu beliau menambah: Wahai Hanafi al-Jamaah, al-Jamaah (peliharalah persatuan dibawah pemimpin) sebab hancurnya umat dahulu kerana perpecahan, apakah kamu tidak mendengar firman Allah: Dan berpeganglah kamu semua kepada (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai berai” (Tafsir Ibnu Hatim2/455, tahqiq Dr. Hikmat Basyir Sayuti)

Penulis tanya kan lagi, agak-agaklah pemimpin kita zaman sekarang dah zalim dengan kita ye,mencela kita dan merampas sedekah kita ye. Isk isk isk...... teruknya pemimpin kita sekarang ni....

Takpelah kita tengok lagi apa sabda Rasulullah:

“Dengarlah dan taatlah penguasa diwaktu susah dan senang, diwaktu lapang dan sempit, walaupun mereka mementingkan diri sendiri dan memakan hartamu serta memukul punggungmu, kecuali apabila memerintahkan untuk berbuat maksiat” (HR Ibn Hibban dalam Sahihna.10/426. Sanadnya hasan)

Penulis tanyakan lagi, ada pemimpin kita suruh kita ramai-ramai minum arak? .....berzina?.....berjudi?... ada?. Memanglah tempat-tempatnya ada, jadi terpulang kitalah nak pergi atau tak. contoh mudahlah penulis bagikan. Sekarang penulis bekalkan setiap seorang sebilah pisau, “ Nah, ambil!”.... agak-agak nak buat apa pisau tu?...... fikirlah sendiri.... ke tak boleh nak fikir?... Jangan guna untuk bunuh orang, gunalah untuk potong sayur kat dapur...

Disini penulis sertakan suatu hadith yang rasanya, orang-orang yang pakai serban dna tudung labuh yang selalu menghina dan mengutuk pemimpin dah hafal. Nabi Muhammad saw, bersabda:

“ Disuatu saat nanti akan muncul seorang sultan. Sesiapa sahaja yang hendak menghinanya, bererti dia telah menikam agama Islam dan tiada pintu taubat baginya kecuali dia mahu memperbaikinya, tetapi dia tidak berdaya memperbaikinya sampai hari kiamat (As-Sunnah.2/490-492.Ibnu Abi Asim)

Sultan (penguasa/pemimpin) adalah naungan Allah yang ada di bumi, barang siapa menghormatinya, Allah akan menghormatinya, dan barangsiapa yang menghinakannya, maka Allah akan menghinakan dirinya” (Hadith ini diriwayatkan dalam berbagai-bagai hadith dari Rasulullah dan diriwayatkan oleh Abu Bakar, Umar,Ibnu Umar, Abu Bakrah, Anas dan Abu Hurairah. Berkata Ibnu Abi Zamanain: “ Ini adalah perkataan Ahli Sunnah” (Lihat: Usulus-Sunnah. Hlm 105-106. Ibnu Abi. Cetakan al-Khanji, Mesir.Lihat: al-Maqasidul Hasanah, Juz Raf’u Asy-Syukuki fi Mafkhiri al-Muluk 2/492.As-Sakhawi. Lihat: As-Sunnah, Fasal ketujuh berkenaan larangan mencela umara (pemimpin). Ibnu Abi Asim)

Penulis katakan lagi, dah berani sangat ke nak menentang apa yang Rasulullah, sahabat, tabiin, dan tabi tabiin katakan?...

Takpelah mari kita tengok lagi apa sabda Rasulullah saw:

Sesungguhnya akan berlaku selepas peninggalanku sikap pemimpin yang merampas harta kamu dan berbagai-bagai pekara yang kamu ingkari. Para sahabat bertanya: Apakah yang engkau perintahkan pada kami wahai Rasulullah? Baginda bersabda: “ Tunaikanlah kewajipan kamu dan berdoalah kepada Allah untuk mendapatkan hakmu” (HR Bukhari13/5. Muslim 3/1472)

Imam Nawawi berkata tentang hadith ini:

“ Dalam hadith ini terdapat suatu perintah supaya mendengar dan taat, walaupun Si penguasa zalim dan kejam. Hak untuk ditaati tetap wajib dijunjung, dan tidak boleh memberontak kepadanya. Bahkan semestinya tetap bertakarrub dan berdoa kepada Allah untuk menghilangkan kejahatanya dan menolak keburukannya” (Syarah Muslim12/232. an-Nawawi)

Imam Nawawi tu, penakut kot, tak berani nak menentang, pengampu pemimpin.Orang-orang yang pakai serban, kupiah dan tudung labuh ni lebih pakar dari imam Nawawi. “PEMBERANI”....TAKBIR!!!!

Penulis tanya lagi, pemimpin kita ni lebih zalim dari FIRAUN? Tapi Firaun yang zalim macam tu pun , siap mengaku tuhan lagi, Allah suruh apa pada Nabi Musa dan Harun:

“ Pergilah kamu berdua menemui Firaun kerana Ia adalah Seorang TAGHUT. Berbahaslah kamu berdua kepadanya dengan bahasa yang lemah lembut, mudah-mudahan dia boleh ingat dan takut (Surah Taha,20:44)

Wahai orang yang berakal, tak pernahkah kamu membaca ayat quran ITU?... sampai berani mencaci maki, mengkafirkan, menyebar aib, mengutuk dan yang sewaktu dengannyalah...Bukankah Allah menegah perbuatan menyebarkan keaiban orang lain kerana perbuatan itu amat keji dan terkutuk. Firman Allah:

Sesungguhnya orang-orang yang gemar menyebar perbuatan yang amat keji di kalangan orang-orang berima, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui” (An-Nur, 24:19)

Imam al-Husin bi Ali al-Barbahari berkata:

“ Apabila kamu melihat seseorang mendoakan kecelakaan penguasanya, maka ketahuilah bahawa dia adalah penyembah hawa nafsu. Dan apabila kamu mendengar seseorang berdoa untuk kebaikan penguasanya, maka ketahuilah bahawa dia adalah pengikut sunnah, insyaAllah (Syarah As-Sunnah. Hlm 60.Al-Barbahari)

Rasulullah saw bersabda:

“ Sesiapa yang memanggil seseorang denag perkataan kafir atau berkata: Engkau musuh Allah sedangkan dia tidak berhak dengan tuduhan tersebut, maka perkataan tersebut akan kembali kepada Si penuduh” (HR. Bukhari(3246) al-Manaqid. Muslim(93) al-Imam. Ahmad (20492))

“Orang mukmin bukanlah orang yang suka mencela dan melakna, bukan pula orang yang bercakap keji dan menjijikkan” (HR Imam Ahmad 2/416 dan Bukhari.)

“ Memaki hamun seseorang muslim itu adalah fasik dan membunuhnya adalah kufur” (HR Bukhari 1/32 No.46 al-Imam. Muslim 1/81 No.97 al-Imam. Tirmizi 1983 dan 1906 al-Bir wa as-Silah. dan Nasaaii 7/121-122. Dari Jalur Zubaid al-Yami dari Abu Wail dari Ibnu Masoud)

Fikirkanlah.........jangan sampai kita terkena ayat ini:

Dan Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia Yang mempunyai hati (Tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan Yang mempunyai mata (Tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan Yang mempunyai telinga (Tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang Yang lalai.(al-Araf.7:179)

No comments: