Wednesday, February 4, 2009

Oh Mak oh Bapak dunia dah terbalik....

Oh mak oh bapak dunia dah terbalik.............

Macam pernah dengar bait kata ini. Oh waktu zaman giler-giler penulis pun layan jugak lagu2 yang tah apa-apa ni. Nikan lirik lagu XPDC .Tapi Alhamdulillah, Allah telah bagi petunjuk, rupanya muzik itu haram. Tapi memang benar dunia dah terbalik....Bukan sahaja dah tebalik, dah tekeluar semua yang tersimpan. Anak –anak dara atau pun teruna dah tidak ada rasa malu-malu lagi untuk berdua-duaan. Sedangkan dahulu, Agama dan Malu menyelamatkan mereka.

“ Wei, dunia dah modern lah, relaks lah, kita bukan buat apa-apa pun, cuit-cuit jer, usik sikit-sikit jer.........alah, tak luak pun kalau terlajak pun, bukan sakit pun”... “ nak nikah mahal lah brother, kahwin dulu baru nikah, baru boleh dapat diskaun 100 peratus”.... “ Ambil madunya, sepah kita campaklah, banyak lagi bunga kat luar sana, bersedia untuk bagi madu, TAKNAK? huh RUGI....” ... “ Mudakan cuma sekali jer, waktu nilah ‘ KITA ENJOY’... “ pandai buat pandai coverlah... teknologi kan ada, gunalah”...

Biasa dengarkan kata-kata macam ni?. Penulis dah bosan dah, sakit hati tak terkata, itulah selemah-lemah iman.Nak marah, tak termampu, nak ditegur tak terlarat, cuma hati jer yang memendam rasa geram yang tidak terhingga. Penulis nak bagitahu pada mak bapak zaman sekarang, janganlah mudah percaya pada anak sangat, nampak macam baik jer, pijak semut pun tak mati. Tapi kat belakang, terutama kat U, kalah syaitan sampai syaitan pun berlepas diri dari dia. “ Fuh, budak ni dah terlampau advance ni, bisik sikit jer, dia lebih-lebih pulak, jom kawan-kawan kita tengok drama ni ramai-ramai”, kata setan yang selalu hasut manusia.

Wahai mak bapak, betul ada anak-anak yang baik dan tetap menjaga diri. Mereka datang U untuk belajar, nak balas jasa mak bapak, nak bantu keluarga keluar dari kancah kemiskinan. Tapi kadang-kadang dalam 10 orang, cuma dua orang jer yang selamat sampai tamat pengajian. “ Selamat dari apa?”.. selamat dari godaan jantina yang lain. Kalau tak tergoda pun, mungkin dia menggoda, maka bermulalah suatu kisah.

Mula-mula duduk rapat-rapat,

Konon jiwa rasa selamat,

tapi lupa terlupa pada si mamat,

suka peluk erat-erat,

waktu tu, nafsu dah tersekat-sekat,

dah tak takut Allah dan Malaikat,

Apa nak kita buat, kita buat,

kita tengok siapa hebat,

tahu-tahu perut dah bulat,

baru rasa nak bertaubat,

tapi nafsu lebih kuat,

maka bukan taubat, tapi tahu buat,

anak dibuang sampai berulat,

asal nafsu tambah hebat,

biar kita rasa kuat,

untuk lawan Allah dan Malaikat

Tapi biasanya mak bapak zaman sekarang akan beralasan, “ biarlah kenal-kenal dulu, dah betul-betul kenal nanti, dah minat, kumpul duit, nikahlah”, jangan tergesa-gesa”. Mak bapak zaman sekarang memang bijak-bijak belaka, membiarkan anak mereka berzina tanpa sedar,kita perhatikan hadith ini:


Rasulullah bersabda: mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia(HR Bukhari dan Muslim,rujuk Riyadusolihin bab larangan melihat wanita)

dah banyak sangat amalan mak bapak kot, sehingga sanggup sama-sama tanggung dosa anak-anak.

Penulis katakan :Nak salah kan sapa?....... Wahai mak bapak, ketahuilah, anak-anakmu banyak yang dah tidak ada dara dan teruna lagi.. Apa tidaknya, mana-mana yang nak menjaga iman dan maruah diri, disekat-sekat. Letak hantaran tinggi-tinggi.. macam nak jual anak. Jiwa dah tertahan, maka cara mudah, kahwin dulu, nikah kemudian dapat diskaun 100 peratus, baru padan muka. Mulalah anak yang disalahkan, “mencoreng arang dimuka, anak tak kenang jasa, anak tak guna, anak derhaka, anak sial, jangan kau mengaku anak aku”... anak pun tambah sakit hati, “ Ahh lantaklah, dulu nak jaga diri, tak kasi, padan muka, tahu pulak malu”... Nah sejuta ambil, telan, ambil duit ni, rendam satu malam, minum... nak duit sangat kan. Makanlah duit tu. Duit kan boleh beli semuanya......” . Itupun kalau ada duit, tapi hadith dah menyatakan:

Sabda Rasulullah saw bermaksud: "Hindarilah zina sebab ia menimbulkan enam kesan buruk, tiga di dunia dan tiga di akhirat. Yang di dunia, zina akan menghilangkan kegembiraan, menyebabkan fakir dan mengurangi umur sedangkan keburukan di akhirat nanti, zina menyebabkan pelakunya diazab, dihisab secara ketat dan kekal di neraka." (Hadis riwayat Baihaqi)

Hadith dah sebut menyebabkan fakir, mana nak dapat duit? Rasulullah dah ingatkan awal-awal, kita ni jer, terlebih pandai dari Rasulullah. Tanggunglah sendiri....

Penulis katakan, sudahlah, mak bapak, hentikan semua ini, janganlah disekat-sekat anak yang hendak menjaga diri dan iman. Bila anak nak nikah, bukan bermakna anak tu tidak berfikir panjang, susah hidup lepas nikah, apa mak bapak dah tahu takdir anak tu bagaimana ker?.....cukuplah apa yang dah berlaku sekarang ini. Hentikan semua ini. Berapa ramai lagi yang nak jadi mangsa, kerana nak ikut cita-cita mak bapak yang nak buat majlis ala Siti Norhaliza dengan datuk K, nak buat majlis macam mawi dan ikin?. Buatlah seadanya. Islam itu mudah... tak pernah menyusahkan hamba-hambaNya.. Baginda sendiri nikah dengan Zainab cuma sembelih seekor kambing. “ Eh itu zaman dulu, dulu lain sekarang lain” .... Baginda ajar kita supaya buat ikut kemampuan, bukan berhutang sana-sini untuk nampak mewah.

“ Lah, buat apa belajar agama? , pakai tudung labuh, pakai kupiah? tak tahu mana salah, jagalah diri, apalah”.... Inilah alasan mak bapak pada anak-anak yang meluahkan hasrat mereka untuk menikah. Penulis katakan, jomlah wahai mak bapak zaman sekarang duduk sebulan dekat U, tengok macam mana kehidupan U. Budak-budak U kan educated, pandai buat pandai simpan. Ketahuilah, syaitan yang datang goda anak-anak mak bapak yang jenis pakai kupiah dan tudung labuh ni, bukan calang-calang. Leftenan, Sarjan, Bapak setan yang turun. Cegahlah selagi mampu, jangan nanti anak-anak dah terlajak, mula nak mengamuk, mana nak letak muka, ohh... lupa, tutup dengan duitlah, kan?

Fikirkanlah, wahai mak bapak zaman sekarang.................

(sama-samalah kita mohon pada Allah agar kita selamat dari fitnah besar ini)

No comments: