Sunday, December 30, 2012

review kuliah ustaz Abu Ihsan (29 Disember 2012, Sabtu, Mediu, Tingkat 8, 9.30-10.30 malam)

             Hidup ini adalah mainan sahaja, bila sampai waktunya nyawa kita akan ditarik,
sama ada suul khotimah atau khoirul khotimah. samaada baik atau buruknya
pengakhiran kita bukanlah boleh dilihat orang melalui kasat mata ( mata kasar)
tetapi hanya dialami oleh orang yang meninggal dunia, iaitu apabila dia melihat
malaikat yang mencabut nyawanya. Ada manusia yang meninggal lalu disambut oleh
Malaikat maut yang Putih bersih dan wangi itu tandanya mati dalam keadaan khoirul
khotimah.

               Ada yang meninggal dan Malaikat yang menjemputnya adalah malaikat yang Hitam
Legam, dan busuk. maka ertinya dia mati dalam suul khotimah.
Cara mati tidak menentukan samaada dia meninggal baik atau tidak, kerana kita
tidak tahu. Ada orang yang meninggal di atas tilam yang empuk nampak tenang jer,
tetapi ada yang meninggal di bunuh di medan jihad. Ada yang meninggal dimakan
binatang, tenggelam didalam laut, hancur terbakar, jadi abu dan macam-macam lagi.
Walaupun jasadnya hnacur, atau hilang, tetapi dia tetap akan disoal oleh mungkar
dan nangkir di alam barzah. Kita pun tertanya-tanya, macam mana dia nak disoaal,
jasadnya hancur, dimakan binatang buas, jasadnya tidak ditanam. Kita perlu ingat,
alam barzah alam yang lain tidak sama dengan alam dunia, walaupun jasadnya di
alam dunia, tetapi dialam barzah jasad dan rohnya akan disatukan kembali untuk
menjawab soalan mungkar dan nangkir dan akan meneruskan kehidupan dialam
barzah sampai hari kiamat dengan jasad dan roh.
Maka setiap insan haruslah bertaubat sebelum nyawa dikerongkongan, iaitu kita
sudah dapat melihat para malaikat, kerana pada ketika itu, taubat tidak diterima
lagi.
       Ada pelbagai cara malaikat mencabut nyawa manusia, yang paling ringan untuk
orang beriman adalah sebagaimana kulit kambing disiat-siat hidup-hidup. Untuk
orang kafir pula ia lebih teruk. Setiap orang berbeza-beza.
pada orang yang beriman, maka dia akn minta supaya jenazahnya dipercepatkan
dikebumikan, tetapi untuk orang yang dilaknat, dia akan kata " Kemana kamu nak
bawak aku"
Apabila telah masuk ke alam barzakh maka malaikat mungkar dan nangkir akan
tanya lima soalan,
1. siapa tuhan kamu,
2. siapa Nabi kamu,
3. apa kiblat kamu
4.siapa imam kamu
5.siapa saudara kamu.
maka kita akan menjawabnya dengan keadaan jasad dan roh bersatu. Jika dapat
jawab, selamatlah, akan ada seorang teman yang sedap mata memandangnya akan
menemani kita, udara dari syurga akan dialurkan ke kubur kita, kubur akan
diluaskan seluas mata memandang,dan pelbagai nikmat lagi.
akan tetapi pada siapa yang tidak dapat menjawabnya, maka akan ada teman yang
busuk dan hitam legam, iaitu amal kita akan menemani. kubur akan disempitkan,
bahang api neraka akan dialurkan, bahkan tulang-tulang rusuk akan di himpit
sampai berlaga, maka manusia akan disiksa dengan beberapa cara.
1. dipukul sampai putus seluruh uratnya, dan disembuhkan kembali,kemudian
dipukul lagi sampai hari kiamat.
2. dipenuhi kubunya dengan ular dan kala jengking. ular sangat panjang dan
mempunyai 7 kepala.
3. ada yang di cobik-cobik perut dan mulutnya dengan besi panas kerana dia di dunia
suka membuka dan mencobik-cobik aib orang.
dan banyak lagi.

maka asbab berbezanya azab dan nikmat ini, pada yang mendapat nikmat, dia akan
berdoa agar Allah percepatkan hari kiamat, kerana dia telah nampak nikmat yang
bakal dia terima, tetapi bagi yang diazab, dia akan mohon supaya kiamat dilewatkan,
kerana dia tahu akan azab yang jauh lebih perit yang akan dia alami.
maka fikirkanlah, jika kiamat 500 tahun lagi maka 500 tahun lagilah yang menerima
azab akan diseksa, jika terima nikmat maka 500 tahun lagilah dia akan terima
nikmat di syurga.
" Ada yang meramal hari kiamat, ada yang kata 12.12. ada yang kata 21.12, dan
macam macam ramalan lagi. itu semua karut. pada siapa yang mempercayainya,
maka mengucaplah dua kalimah syahadah semula ", kerana mempercayai ramalan
kiamat boleh menyebabkan seseorang itu terpesong akidahnya sehingga
menyebabkannya jatuh kafir"
kerana Rasul dikalangan kalangan manusia, iaitu sebaik-baik manusia iaitu Nabi
Muhammad Salallahualaihiwassam dan Semulia-mulia malaikat iaitu Rasul di
kalangan malaikat yakni Jibril alaihissalam pun tidak mengetahui, inikan manusia
biasa.

        Kiamat itu masih belum terjadi kerana tanda-tanda besar kiamat masih belum  muncul lagi.antaranya,
Munculnya Asap dari timur, munculnya dajal, turunnya Nabi Isa Alaissalam, munculnya yakjud dan makjud dan banyak lagi.Kiamat itu akan berlaku pada 1 hari sahaja iaitu hari jumaat. maka setelah jumaat itu takda lagi hari sabtu dan tiada lagi bumi ini, ia akan digantikan oleh bumi yang lain, langit yang lain, matahari yang lain.
Semua manusia dikumpulkan, untuk dihisap, dan inilah hari yang tiada akhirnya, iaitu hari kiamat. didalam al-quran perbagai nama lagi mewakili hari kiamat. 
Semua manusia tidak akan berganjak dari tempat dia berdiri selagi mana tidak disoal dengan 4 soalan.
1. Umurmu, kemana kamu habiskan
2. Masa mudamu mana habiskan
"maka pada anda yang masih muda maka gunalah masa muda ini dengan sebaiknya untuk menimba ilmu, beribadah pada Allah, dan berada diatas jalan sunnah, kerana orang muda yang hatinya terpaut pada masjid, maka akan mendapat lindungan Allah dihari yang tiada perlindungan.
Maka pasti ada soalan dari yang sudah tua, " Kami muda-muda dahulu tidak solat, selalu bermaksiat, berdosa, maka macam mana nak jawab tu nanti ustaz"?. Maka jawab ustaz, bertaubatlah dengan taubat Nasuha, moga keburukan itu digantikan dengan kebaikan, berusahalah bersungguh-sungguh untuk mendapatkan redha Allah.
3.Harta kamu, dari mana kamu dapat dan kemana kamu habiskan?
5. Ilmu kamu.
Setelah soalan-soalan ini dapat dijawab makan barulah akan berganjak seseorang itu untuk penghisapan seterusnya.
Ingatlah setiap manusia akan melalui titian sirat. ia sebuah laluan yang merintangi jurang neraka dibawahnya ada cangkuk-cangkuk yang akan mencangkuk siapa yang melaluinya, tergantung amalan, ada yang melauinya sepantas kilat, ada yang berlari, ada yang berjalan, ada yang merangkak. Siapa yang dicangkuk oleh cangkuk dari neraka itu maka dia akan masuk keneraka, siapa yang selamat, maka selamatlah dia.
hanya orang kafir sahaja tidak sempat melalui titian sirat kerana sejak diawal titian lagi dia sudah dihumban keneraka. Diakatakan, kedalaman neraka itu jika dibaling batu, memakan masa 70 tahun untuk sampai kedasarnya.
Ketika melalui titian sirat itu ada dua lagi cangkuk di kanan dan kirinya, iaitu cangkuk amanah dan cangkuk silaturahim, siapa yang tidak menjaga amanah dan silaturahim maka akan ditarik oleh cangkuk ini yang akan menjerumuskannya keneraka,
Setibanya di pintu syurga, orang yang pertama sekali yang akan membuka pintu syurga adalah Nabi Muhammad Salallahualaihiwassalam. maka dengan Syafaat Rasulullah Salallahualaihiwassalam, umatnya dapat masuk syurga iaitu pada mereka yang berselawat  padanya, maka perbanyakkanlah selawat.
Tetapi ingat di depan pintu syuga nanti akan ada manusia yang akan ditahan,
1. Orang yang tidak selesai urusannya didunia, maka akan diselesaikan di pintu syurga, bahkan ada ahli syurga yang masih tak selesai urusannya dengan ahli neraka, maka jangan berani-berani menyatakan jumpa diakhirat, selesaikanlah urusan didunia agar tidak ditangguh masuk syurga.
2. Orang yang masih ada hutang, hatta orang yang matii syahid, tetapi dia masih ada hutang, maka disebabkan hutang, dia perlu selesaikan hutangnya dahulu sebelum masuk syurga.
Maka apabila telah selangkah masuk kesyurga maka itulah waktunya seorang mukmin itu beristirehat. Kata imam Ahmad apabila ditanya, " bilakah seorang mukmin itu berehat?"  Imam Ahmad menjawab, " Ketika Pertama Kali Kami Menjejak Syurga".
Nikmat disyurga tidak dapat dibayangkan, hatta angan-angan atau gambaran, ia tak sampai diakal kita.

( Tulisan ini hanya sekadar catatan memori sahaja sepanjang mengikuti kuliah untuk detail, boleh tanya pada ikhwah yang merakam.-Abu Urwah Nasarudin)


No comments: