Wednesday, December 24, 2008

Stratergi menangani pengelewengan akidah Umat

Stratergi menangani pengelewengan akidah Umat

Petikan Khutbah Jumaat 19 Disember 2008, Masjid Felda Palong Sembilan.

Sidang Jumaat yang di rahmati Allah

Mari sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah S.W.T dengan menunaikan segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya, mudah-mudahan kita semua setiasa memperoleh kebahagiaan hidup didunia dan diakhirat.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Kita bersyukur kepada Allah kerana dapat meneruskan kehidupan dengan aman dan damai dibumi Allah ini, serta dapat melaksanakan ibadah kepadanya dengan sempurna. Sesungguhnya, kejayaan yang sebenar akan diperolehi manusia mentaati ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w melalui kitab al-quran dan hadith baginda s.a.w:

Sabda Rasulullah s.a.w: Aku tinggalkan kepada kamu dua pekara , yang kamu tidak akan sesat selagi mana kamu berpegang dengan kedua-duanya iaitu Kitaballah (al-quran) dan sunnah nabinya. (Riwayat Imam Malik)

Sidang Jemaah yang di rahmati sekelian,

Akidah adalah satu pegangan dihati tentang kepercayaan agama yang mereka anuti.Akidah yang sebenar ialah akidah Islamiah iaitu akidah yang dituntut oleh Allah s.w.t sebagaimana firmaNya dalam surah al-Imran ayat 85:

“ Dan sesiapa yang mencari agama selain Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan ia pada hari akhirat kelak dari golongan orang-orang yang rugi”

Asas untuk akidah Islamiah ialah percaya kepada Allah, percaya kepada adanya Malaikat, percaya kepada kitab-kitab Allah, percaya kepada rasul-rasul Allah, percaya kepada Hari Akhirat, dan percaya kepada Qadha dan Qadar.

Asas keimanan ini telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabda baginda:

“ Iman itu ialah mempercayai kepada Allah, MalaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, dan hari akhirat, dan percaya kepada takdir samaada baik ataupun buruk”

Oleh sebab itu, memperkasakan akidah atau keimanan kepada Allah taala merupakan tanggungjawab setiap muslim. Iman yang teguh dapat menghindarkan diri dari kesesatan, didalam surah al-an am ayat 153, Allah s.w.t berfirman:

“ Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu(Agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutinya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan( yang lain) yang mencerai beraikan kamu dari jalan Allah, dengan demikian Itulah Allah s.w.t perintahkan kamu supaya kamu bertakwa.”

Sidang Jemaah yang dimuliakan,

Kita sedar bahawa segala rupa bentuk kepercayaan dan keyakinan yang tergelincir daripada asas-asas keimanan tersebut adalah merupakan petanda yang mana ianya menyeleweng daripada akidah Islam yang sebenar. Sebagai umat Islam, kita hendaklah sentiasa berhati-hati dan berwasada kepada berbagai bentuk ajaran-ajaran yang mengarah kita kepada kesesatan. Sememangnya, penekanan Islam dalam soal akidah atau keimanan adalah bertujuan untuk memelihara kesucian ajaran Islam serta untuk menyelamatkan umat islam daripada terpengaruh degan rupa dan gaya. tidak kurang juga yang bertopengkan amalan perubatan melalui amalan-amalan khurafat serta membuat janji-janji palsu membohongi pengikiut melalui ajaran tarikat yang menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar.Terdapat juga fahaman secara halus yang cuba menarik minat masyarakat supaya menerima nilai-nilai yang dianggap positif, sedangkan ianya nyata bertentangan dengan hukum syara. Contohnya, bila masyarakat menganggap sesuatu itu baik, maka ianya dikatakan baik biarpun dilarang oleh islam. Fahaman seperti ini adalah bertentangan dengan asas keimanan dan akidah Islamiah.

Sidang jemaah yang dirahmati Allah,

Dalam usaha untuk mencari dan mengejar kehidupan yang bahagia didunia dan diakhirat, terdapat mereka yang mengambil jalan pintas untuk mencapai matlamat tersebut.Mereka ini sering terperangkap dengan tipu muslihat yang dipasang oleh musuh-musuh Islam seperti aktiviti seperti mengamalkan zikir-zikir tertentu dari amalan-amalan tasawuf yang menyeleweng, perbomohan, penghapusan dosa dan sebagainya yang jelas merosakkan akidah.

Diantara bentuk penyelewengan dari segi akidah ialah:

1. Mengadakan pengajian-pengajian secara sulit, dengan dipimpin oleh guru atau mursyid yang tidak mempunyai ilmu agama.

2. Menerima dakwaan guru yang kononnya mempunyai kelebihan boleh berada dimana-mana tempat dalam satu masa.

3. Menggunakan tawasul iaitu berdoa dengan menyebut nama guru-guru tertentu untuk menyembuhakan penyakit dan sebagainya.

4. Berbaiat atau melakukan janji sumpah taat setia un tuk mengikut segala arahan guru dan merahsiakannya daripada pengetahuan ramai walaupun bertentangan dengan ajaran Islam, dan mereka juga percaya siapa yang melanggar ajaran tersebut akan ditimpa bala.

5. Mempunyai pengawal-pengawal daripada golongan jin, mempunyai bala tentera ghoib dan mengetahui pergerakan orang-orang yang mengintip aktivitinya.

Manakala penyelewengan syariah pula antaranya ialah:

1. Kesalahan yang dilakukan oleh pengikut kumpulan hendaklah dibayar dam dengan membayar wang atau harta lain kepada gurunya.

2. Mengadakan upacara mandi bunga, untuk membuang sial sehingga terjebak dengan perbuatan merogol dan sebagainya.

3. Sentiasa melakukan solat secara “Jama”

4. Meninggalkan solat jemaah tanpa uzur ( sekadar niat tanpa perlaksanaan)

5. Meyakini apa-apa jua yang diajar oleh guru wajib diikuti dan tidak boleh dipertikaikan.

Manakala penyelewengan dari sudut akhlak pula antaranya:

1. Mengugut ahli agar jangan dehaka kepada guru.

2. Taksub yang melampau kepada guru.

3. Mewajibkan ahli agar tidak bercampur gaul dengan masyarakat.

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah.

Ciri-ciri ajaran yang menyeleweng daripada ajaran islam yang sebenar sebagaimana yang dinyataka diatas, sikiranya ajaran tersebut diamalkan boleh menyebabkan berlakunya perbuatan-perbuatan seperti fitnah memfitnah, tuduh menuduh, tipu menipu dan akhirnya boleh membawa kepada pergaduhan serta perpecahan dalam masyarakat.

No comments: