Wednesday, February 4, 2009

Pernikahan: Ikatan Positif Yang Diberi Alasan Negatif

Pernikahan: Ikatan Positif Yang Diberi Alasan Negatif

http://an-nawawi.blogspot.com

Dunia kampus memang tidak pernah kering dengan suasana riuh rendahnya para pelajar. Ia adalah alam dunia remaja yang begitu mengasyikkan dalam melayari sebuah perjalanan menuju kedewasaan. Rata-ratanya meredah sebuah perjalanan menuju martabat dan makam kematangan. Kematangan dalam fizikal, berfikir, membuat keputusan dan membina sebuah jati diri seorang insan.

Dalam kehangatan keriuhan suasana tersebut, isu yang paling mendapat perhatian saban waktu adalah isu berpacaran atau berpasang-pasang-nya remaja lelaki dengan perempuan. Masing-masing sudah mula mengerti alam hati dan jiwa. Menerobos alam percintaan dan suka kepada jantina berbeza. Mula berimaginasi melayari naluri sayang di antara satu sama lain di antara insan dua jantina berbeza. Memiliki keinginan untuk bermanja, dimanja, dan memanjakan seseorang pasangan pilihan. Ingin bersama saban waktu dan ketika di setiap tempat. Mahu sentiasa makan bersama, belajar bersama, berjalan bersama, sehingga membuahkan perasaan tidur juga mahu bersama.

Itulah hakikatnya yang rata-ratanya dialami oleh warga remaja dalam menjalani kehidupan sebagai pelajar kampus di usia remaja. Di saat jutaan sel dan hormon dewasa di dalam badan mula aktif. Perasaan ingin berpasangan yang semakin membuak-buak. Kehangatan perasaan jiwa yang bukan semakin suam, tetapi terus membara dan membakar hati.

Ya... perasaan tersebut memang sukar untuk surut dan reda. Hati-hati mereka akan terus dibanjiri dengan seribu kekacauan dan gelojak jiwa ingin bercinta, menyintai dan dicintai. Kehangatan suasana pergaulan masa kini memang suatu faktor yang menjadikan semua itu sukar untuk dikawal. Menjadikan mereka mudah terperangkap dan hanyut.

Betapa dunia kita terdedah dengan pelbagai jenis media massa, media cetak, mahu pun dunia global yang hanya dengan pergerakan jari mampu meneroka seluruh pergolakan dunia. Saban hari pelbagai isu disebarkan yang benar-benar mengganggu ruang hati yang mengajak kepada perasaan yang pelbagai, termasuklah membangkitkan perasaan cinta dan ingin berpasangan. Ditambah lagi dengan realitinya dunia yang sememangnya begitu. Menjadikan hati-hati naluri manusia bergelar remaja begitu mudah dirangsang.

Maka, ianya suatu yang bukan lagi menghairankan manusia biasa seperti kita. Di mana setiap kita dianugerahi dengan sifat kasih sayang dan perasaan cinta. Perasaan ingin memiliki dan dimiliki. Terlalu banyak rangsangan dan faktor yang mengarahkan (meng-aktifkan) apa yang terpendam tersebut bertindak lebih awal. Seluruh pancaindera berfungsi sepenuhnya dengan menyerap kepelbagaian input tersebut. Maka, lubuk naluri dalaman kita dirangsang sama ada dengan dipaksa berfungsi awal atau pun terlaksana sendiri tanpa kawalan yang mengakibatkan jiwa-jiwa dalaman kita meletup-letup dan membuak-buak.

Asal mula memasang niat untuk membina keluarga. Ingin bersama di masa hadapan dalam sebuah perkahwinan yang indah. Namun, lantaran mahu mengenali hati budi terlebih dahulu, akhirnya jatuh ke lubuk maksiat tanpa disedari. Niat menyelami hati budi, akhirnya terlajak sehingga mengenali hati “body” masing-masing. Habis tubuh dari hujung kaki dan rambut diredah serta dirasa.

Begitulah betapa syaitan menipu manusia dengan senjata perasaan dan naluri cinta yang terkandung di dalam diri-diri manusia itu sendiri. Begitu ramainya remaja kampus kita yang hancur “body”-nya lantaran sebuah cinta. Hancur hatinya akibat mengikuti rasa. Masa hadapannya menjadi samar dan gelita. Perasaan menjadi hambar dan luluh akibat dari sebuah hubungan cinta nafsu semata.

Di dalam menghadapi sebuah suasana ini, penyelesaiannya tidak lain. Iaitu adalah dengan Islam itu sendiri. Dengan sebuah agama yang cukup-cukup sempurna dan tidak terkalahkan. Sebuah solusi yang begitu agung dan mulia. Sebuah agama yang agung, sudah pasti memiliki sebuah pilihan jalan yang cukup-cukup agung dan ulung.

Islam memberi pilihan dengan sebuah ikatan bernama “Pernikahan”.

Namun sayangnya... betapa ramainya para remaja masa kini yang memandang kalimah pernikahan sebagai sebuah perkara yang negatif. Pelbagai alasan yang diberi. Di antaranya:

1 – Belum sampai masanya. Kerana masih terlalu muda.

2 – Belum sampai waktunya, kerana masih di alam pengajian dan mahu menamatkan pelajaran sehingga meraih segulung ijazah terlebih dahulu.

3 – Belum ada duit untuk membina sebuah rumahtangga.

4 – Keluarga masing-masing tidak memberi laluan.

Inilah bentuk-bentuk alasan yang cukup sering kita perolehi dari mulut-mulut mereka. Betapa negatifnya mereka terhadap sebuah alternatif yang cukup-cukup baik lagi sempurna yang telah disediakan oleh agama Islam.

Lalu, mereka memandang positif pula begitu banyak perlakuan maksiat lainnya. Mereka memandang positif sebuah kebersamaan terhadap pasangan masing-masing di segenap waktu dan tempat tanpa sebarang ikatan yang diiktiraf.

Di dalam alasan “belum sampai masanya” tersebut jugalah mereka mengambil masa yang ada bagi melayari sebuah ikatan terlarang. Menghalalkan berpegangan tangan, menghalalkan bersenda-gurau, menghalalkan bermanja suara, menghalalkan duduk berduaan bertentangan mata. Fatwa mana yang mereka gunakan? Yang pasti bukan fatwa agama, melainkan fatwa jiwa yang dirujuk dari orang ketiga bernama Syaitan.

Begitulah remaja-remaja kita hanyut dengan fatwa jiwa masing-masing. Meninggalkan yang halal dengan mengambil yang haram. Memandang yang positif sebagai negatif dan memandang yang negatif menjadi positif.

Akibat sebuah alasan “belum sampai waktunya” itu jugalah, kebanyakan remaja-remaja kita terobek kesuciannya sebelum sampai waktunya. Melahirkan anak sebelum waktunya. Menamatkan pengajian dari kampus sebelum waktunya. Menamatkan zaman daranya sebelum waktunya. Menikmati tubuh jantina berbeza sebelum waktunya. Menikmati naluri seks juga sebelum waktunya. Akibatnya? Anda sendiri jawab...

Sedangkan Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menyediakan jalan yang begitu suci dan murni buat orang-orang yang beriman supaya mereka aman di dalam perjalanan kehidupan mereka. Tenang bersama sebuah kehalalan. Memberi jaminan kepada mereka yang menghargai sebuah pemberian. Pemberian Allah yang tiada tolok bandingnya. Iaitu sebuah syari’at yang bernama pernikahan.

Setiap insan yang matang sudah pasti mampu melakukannya. Janganlah beralasan dengan alasan bodoh lagi. Mahu mengumpul wang untuk tujuan karut marut sebuah hantaran perkahwinan. Mahu mengumpulkan perbelanjaan bagi tujuan bertukar (berbalas) dulang yang khurafat. Mahu meraih pekerjaan terlebih dahulu bagi membolehkan menyediakan cincin pertunangan dan pernikahan ribuan ringgit yang sebenarnya bertasyabbuh (menyerupai) dengan kaum kristian. Tidak lain, semua itu adalah karut-marut dalam sebuah pernikahan yang telah sedia suci. Selamilah perkahwinan yang dianjurkan oleh agama. Bagaimana Nabi kita memberi petunjuk. Lihatlah bagaimana para Sabahat-sahabat nabi melayari pernikahan mereka dengan cahaya agama. Sesungguhnya Islam sentiasa menyediakan ruang yang cukup-cukup mudah lagi positif.

Hanya mereka yang befikiran negatif, maka akhirnya kehidupan mereka turut menjadi negatif.

Maka, halalkanlah perhubungan anda bersama gadis mahu pun jejaka pilihan anda dengan ikatan yang halal. Jika takut mengatur rumahtangga di masa awal. Jalanilah dunia remaja anda dengan sentiasa bersama, berpasangan, belajar bersama, makan bersama, saling bertukar pandangan bersama, manja bersama di bawah ikatan pernikahan yang sah. Iaitu dengan tidak terburu-buru untuk menikmati seks di peringkat awal. Kawal perhubungan di dalam pernikahan anda dengn bijaksana. Percayalah bahawa ikatan pernikahan adalah jalan yang terbaik bagi mengelakkan perkara-perkara yang negatif. Ia adalah sebuah alternatif yang sangat positif anugerah dari Tuhan yang maha Mencipta dan maha Mengatur.

Jika anda telah memiliki minda yang positif, maka insyaAllah... anda layak menikmati hubungan di antara dua jantina dengan hasil yang juga cukup-cukup positif. Percayalah bahawa nikmat dan rezeki Allah sangat-sangat mencukupi untuk para hamba-hamba-Nya yang benar-benar beriman. Janganlah bersangka dengan sangkaan yang negatif kepada Allah dengan bertujuan mengambil yang haram dan meninggalkan yang halal.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya):

“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah an-Nuur, 24: 32)

Imam Ibnu Katsir rahimahullah memetik perkataan Ali bin Abi Tholib radhiyallahu ‘anhu ke dalam tafsirnya terhadap ayat ini bahawa:

“Allah memberi galakkan kepada manusia untuk bernikah. Allah memerintahkan nikah kepada orang-orang yang berstatus merdeka mahu pun hamba sahaya. Allah berjanji kepada mereka akan memberikan kecukupan atau kemampuan untuk menikah.” (Rujuk Tafsir Ibnu Katsir)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya):

“Wahai pemuda, sesiapa di antara kamu yang telah mampu mmengeluarkan belanja pernikahan, maka hendaklah dia menikah, kerana menikah itu akan menjaga pandangan dan memelihara kemaluan...” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Percayalah bahawa rata-rata remaja zaman ini secara umumnya mereka semua mampu mengeluarkan perbelanjaan tersebut jika ia dilaksnakan menurut cara yang syar’i dengan meninggalkan pelbagai karut-marut pernikahan yang diwarisi dari adat jahiliyyah. Masakan tidak mampu jika rata-rata mereka sudah mampu mengeluarkan belanja telefon bimbit ratusan ringgit setiap bulan bagi berhubungan dengan pasangan masing-masing. Mengeluarkan ratusan ringgit untuk sebuah perjalanan makan angin bersama. Mengeluarkan perbelanjaan setiap hari untuk makan bersama dan sebagainya. Fikir-fikirkanlah... Bahawa perbelanjaan pernikahan adalah lebih rendah dari semua itu. Malahan, mereka turut dibiayai pelbagai wang biasasiswa dan seumpamanya. Malah, tidak kurang ramai di antara mereka yang telah memiliki perniagaan sendiri. Salurkanlah duit ke jalan yang betul dan bukan dibelanjakan untuk tujuan yang haram. Hiduplah dengan jalan yang diberkati dan penuh pahala saban waktu.

Daripada Ibnu Mas’oud radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:

“Carilah kecukupan rezeki dengan bernikah, kerana Allah berfirman, “Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya.” (Rujuk Tafsir Ibnu Katsir dan ath-Thabari)

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya):

“Ada tiga golongan yang Allah berjanji akan menolong mereka,

1 – Orang yang bernikah dengan tujuan menjaga kesucian dirinya,

2 - Hamba sahaya yang ingin memerdekakan dirinya,

3 – Orang yang berperang di jalan Allah.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi. Lihat Shahihul Jami’, no. 3050)

Malahan, Imam Ibnu Katsir juga turut menjelaskan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah menikahkan seorang lelaki yang tidak memiliki apa-apa melainkan kain yang dipakainya. Sehinggakan dia tidak mampu walaupun membeli cincin dari besi. Walau pun demikian, beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menikahkannya dengan seorang wanita dan menjadikan mas kahwinnya berupa al-Qur’an kepada isterinya, kerana hanya itu yang dia miliki. Kita semua sedia maklum bahawa kasih sayang Allah dan kebaikan-Nya adalah memberi mereka berdua kurniaan rezeki yang dapat mencukupkan hidup mereka. (Rujuk Tafsir Ibnu Katsir)

Sebagai menutup tulisan ini, pastikanlah pasangan anda adalah seorang individu yang bertanggungjawab dan bersedia meraih kematangan dengan cara yang diiktiraf. Iaitu bertanggungjawab terhadap diri anda dan agama dengan mengambil setiap jalan penyelesaian dengan agama. Yang lebih penting, sentiasa berusaha dan bersedia memperbaiki diri dan kelemahan masing-masing.

Jauhuilah individu yang membelakangkan agama untuk menjadi pasangan anda. Fahamilah bahawa pasangan yang mangajak untuk bersama-sama dalam pelbagai perkara tanpa mendahulukan ikatan pernikahan, bahawa dia sebenarnya adalah individu yang tidak bertangunggjawab. Yang mungkin hanya akan merosakkan anda di masa hadapan.

Wallahu a’lam...

Saturday, January 24, 2009

Infak, infak, infak.......

Infak, infak, infak.....

Mudah sungguh kita meminta orang mengeluarkan infak. “ Ingat yer, nanti keluarkan infak tau”, duit dah dapat nanti, jumpa orang yang akan mengutip infak. Kalau tak, anda akan di denda”... “ Aduh macam mana ni, duit tak banyak, dahlah hutang, nak bagi pada keluarga lagi, belanja harian pun tak cukup,huhuhu”... “Eh anda tak yakin ke pada janji Allah, Siapa yang menolong agama Allah, maka dia akan ditolong?.... Beginilah polimik yang biasa berlaku. Mari kita mengkaji secara ilmiah perihal infak ini.

Dari Abu Hurairah r.a, katanya Nabi saw bersabda: “ Sesungguhnya Allah berfirman kepadaku: Berinfaklah kamu, aku akan berinfak kepadamu.” Sabda Rasulullah saw, “Sabda Rasulullah saw, “ Pemberian Allah selalu cukup, dan tidak pernah berkurang walaupun mengalir siang dan malam. Adakah terfikir olehmu, sudah berapa banyakkah yang dinafkahkan Allah sejak diciptakannya langit dan bumi? Sesungguhnya apa yang di dalam tangan Allah tidak pernah berkurang kerananya. ‘ArasyNya di atas air, sedangkan di tanganNya yang lain maut yang selalu naik turun.(HR Muslim, 948,Cetakan Kilang Book Center)

Kita perhatikan yang manakah yang utama dalam infak ini:

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah saw. bersabda: “Dinar(uang atau harta) yang anda nafkahkan untuk membela agama Allah (fi sabilillah), atau yang anda nafkahkan untuk kesejahteraan (memerdekakan ) budak, atau yang anda sedekahkan untuk kesejahteraan orang-orang miskin, dan yang anda nafkahkan untuk keluarga anda, maka yang paling besar pahalanya ialah yang anda nafkahkan untuk keluarga anda” [HR Muslim, 949]

Jadi bagaimanakah kita ingin menafkahkan kepada orang lain, jika keluarga kita lebih memerlukan harta kita pada masa itu?. Kita sanggup mengetepikan keluarga atas dasar dakwah kononnya, sedangkan benarkah duit itu digunakan untuk dakwah yang benar-benar menegakkan quran dan sunnah, atau sekadar menisbatkan diri pada Ahli Sunnah Wa Jamaah, tapi sebenarnya “ Indah kabar dari rupa”.

Pernah seorang anak datang kepada Rasulullah saw:

“ Wahai Rasulullah, saya memiliki harta dan anak, akan tetapi ayahku ingin menghbiskan harta aku.” Rasulullah menjawab : “ Kamu dan harta kamu adalah milik ayah kamu”. [HR Ibnu Majah dan dinilai sahih oleh Albani dalam Sahih sunan Ibnu Majah-hadith no : 229` (kitab al-Tijarah, Bab bahagian ayah terhadap harta anaknya) ] ( dinukil dari buku , Wahai ibu wahai ayah, Hafiz Firdaus Abdullah, ms. 72)

Kita perhatikan hadith diatas, itu sekiranya harta itu milik kita, tapi kalau harta itu milik bapak kita, boleh kita senang-senang belanja sewenang-wenangnya?. fikirkanlah..

Bukanlah penulis ingin menolak syariat bersedekah tetapi di dalam bersedekah banyak pekara yang perlu diperhatikan. Bersedekah adalah sangat dituntut:

“ Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah saw. bersabda: “ Setiap pagi dua malaikat turun mendampingi seorang hamba. Yang satu berdoa: “ Wahai Allah! Berilah ganti bagi dermawan yang menyedekahkan hartanya.’ Dan yang satu lagi berkata: Wahai Allah! Musnahkanlah harta si bakhil!(HR Muslim.963)

Perhatikanlah orang yang mampu untuk berinfak, tapi bakhil pulak nak berinfak, maka dia dilaknat Allah. Tetapi jangn pulak kita katakan orang yang tidak berinfak itu bakhil dengan sewenng-wenangnya, bukannya kita tahu hati manusia.Ingatlah, kita perlu tahu bahwa setiap amalan itu bermula dengan niat.

Dari Amirul Mukminin, Abu Hafsh, Umar bin Khatab r.a berkata: Aku mendengar Rasul saw bersabda, “ Sesungguhnya diterima amal perbuatan itu tergantung pada niatnya, dan sesungguhnya setiap orang akan mendapatkan apa yang ia niatkan.......(HR Bukhari)

Maka, adakah sesuatu ifak yang dikeluarkan itu atas dasar terpaksa, atau dipaksa?.... Bahkan ada juga sesetengah orang yang menjengkilkan mata melihat orang lain bersedekah tidak sebagaimana yang dia sedekahkan, atau yang dia harapkan. Tidakkah kita pernah terbaca atau terdengar hadith ini, atau mungkin disebabkan kita ni dah terlalu banyak ilmu sampai tidak mahu lagi mentelaah hadith-hadith baginda? Kita perhatikan:

Dari Abu Mas’ud r.a., Katanya: “ Kami diperintahkan Rasulullah saw. supaya bersedekah, sedangkan kami hanya sebagai pekerja kasar, atau kuli. Namun Abu ‘Uqil bersedekah setengah gantang. Kemudian yang lain-lain mengikutnya dengan menyedekahkan apa sahaja, namun lebih banyak dari itu. Melihat kenyataan itu, orang-orang munafik berkata: Sesungguhnya Allah Maha Kaya. Dia memerlukan sedekah ini dan itu. Dan mereka melakukan ini semua hanya kerana riya semata-mata.” Kerana ucapan mereka itu maka turunlah ayat . “( Orang-orang munafik, iaitu) mereka yang mencela orang-orang mukmin yang memberikan sedekah dengan sukarela, dan mecela orang-orang yang tidak memeperoleh (sesuatu untuk disedekahkan ) selain hasil jerih payah mereka. Maka orang-orang munafik itu menghina mereka. Allah akan membalas penghinaan mereka dengan siksa yang pedih” (at-taubah:79) [ HR Muslim, 975)

Maka syariat manakah yang diambil dan diamalkan oleh golongan yang menisbatkan diri mereka sebagai Ahli Sunnah wal Jamaah KONONNYA, TETAPI SEBENARNYA?. Atau tidakkah pernah terjumpa hadith ini?:

Dari Asma’ binti Abu Bakar r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: “ Bersedekahlah kamu dan janganlah menghitung-hitung, kerana Allah akan menghitung-hitung pula pemberianNya kepadamu, dan janganlah kikir, kerana Allah akan kikir pula kepadamu.” (HR Muslim, 986)

Tapi biasalah, kitakan dah khatam semua kitab-kitab mukhtabar. Sebab tu kita boleh tetapkan berapa jumlah duit orang perlu di infak, kalau tidak infak, maka kena denda... pandainya kita...bila orang tidak memberi pula, kita kata macam-macam, tapi kalau memberi tidak banyak, mulalah kita pandang remeh pada orang itu, sehingga orang itu terpaksa berhutang dengan hati yang tidak rela untuk berinfak. Macam hutang pada orang,maka cara nak selesaikan adalah hutang pada orang lain. Selidiki dan fahamilah hadith ini:

Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: “ Hai wanita muslimat! Janganlah kamu remehkan pemberian tetanggamu, walaupun hanya berupa kuku kambing.” (HR MUslim, 988)

Penulis bukan membincangkan bab zakat disini, kerana sedia diketahui dan telah ditetapkan oleh para ulama nilai zakat. Penulis cuma menekankan perihal infak (sedekah), dan bukan pula hutang. Fikir dan nilailah dengan landasan Quran dan Sunnah.(17: 81)...............penulis nasihatkan, banyakkanlah menimba ilmu....

Friday, January 16, 2009

Palestina menjerit lagi....

Palestine
Wah bukan main orang berarak, berdemonstrasi, bertakbir, bakar bendera, Injak-injak bendera Israel, buat kain rentang, tanda tangan bantahan dan macam-macam lagilah.. “Mesti orang Yahudi kat Israel takut kan”....Eeeeeeeeeeeeee gerunnya.... atau mungkin digelakkan sahaja.. “ Lah itu jer, isk isk isk”. Entahlah, penulis bukan kaya sangat nak beli kain buat sepanduk, nak beli bendera untuk bakar, nak beli kayu untuk jadi penggantung bendera. Atau nak beli kain putih 2, 3, 4, 5 gulung untuk buat sebagai kain tempat tanda tangan, conteng sebagai meluahkan kebencian pada israel... Kan ke bagus kain putih tu di hantar atau diagih-agihkan pada penduduk palestin boleh juga diorang guna buat baju sekolah anak-anak. Takpun daripada membazir beli bendera buat sepanduk dan yang sewaktu dengannya lebih baik duit tu disalur terus kepada yang berwajib untuk salur pada palestine. Dapat juga diorang beli barang makanan. Entahlah siapalah penulis untuk berkata-kata, setakat budak hingusan, bukan ustaz pun. kerja pun belum...biarlah kita tengok fatwa ni, nilailah baik-baik..
Fatwa al-Albani tentang Palestina
Diantara faktor pendorong kami untuk mengulas masalah ini adalah banyaknya suara sumbang akhir-akhir ini yang mengangkat masalah ini dengan tujuan untuk memojokkan Imam ahli Hadith besar abad ini, Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani.
Perhatikan bersamaku ucapan sebahagian mereka: “ Sebahagian pakar menganggap fatwa al-Albani adalah logika yahudi, bukan logika Islam, kerana fatwa ini sangat menguntungkan orang-orang yang berambisi menguasai palestina. Mereka menilai Fatwa al-Albani ini menyalahi sunnah, dan pada tingkat gila. Bahkan Dr. Ali al-Fuqoyyir , anggota Dewan perwakilan Rakyat Yordania menilai bahawa fatwa ini keluar dari setan.” (rujuk : Membongkar Kebohongan Buku Mantab Kiai NU.,hlm.244)

sebahagian lagi menyatakan : “ Barangkali saja Syaikh al-Albani saat berfatwa tentang Palestina, sedang tidak membawa buku aqidah salaf!!” dan kata-kata sejenisnya yang bernada melecehkan!!
Oleh kerana itu, kami terasa terpanggil untuk menjelaskan duduk permasalahan fatwa beliau yang sebenarnya dalam beberapa point berikut (Lihat As-Salafiyyun wa Qodhiyyatu Falestina hal 14-37. Lihat pula Silsilah Ahadits ash-Shohihah no 2857, al-Fashlul Mubin fi Masalatil Hijrah wa Mufaraqotil Musyirikin, Husain al-Awaisyah, Madha Yanqimuna Minas Syaikh, Muhammad Ibrohim Syaqroh hlm 21-24 dan majalah Al-Asholah edisi 7/Th.11, Rabiu Tsani 1414H):
1. Hijrah dan jihad terus berlanjutan hingga hari kiamat.
2. Fatwa tersebut tidak diperuntukkan kepada negeri atau bangsa tertentu.
3. Nabi Muhammad sebagai Nabi yang mulia, beliau hijrah dari kota yang mulia , yaitu Makkah.
4. Hijrah hukumnya wajib ketika seorang muslim tidak mendapatkan ketetapan dalam tinggalnya yang penuh dengan ujian agama, dan tidak mampu untuk menampakkan hukum-hukum syar’i yang di bebankan Allah kepadanya, bahkan dia khawatir terhadap cobaan yang menimpa dirinya sehingga menjadikannya murtad dari agama. Inila inti fatwa Syaikh al-Albani yang seringkali disembunyikan!!
5. Apabila seorang muslim menjumpai tempat terdekat dari tempat tinggalnya untuk menjaga dirinya, agamanya dan keluarganya, maka hendaklah dia berhijrah ketempat tersebut tanpa harus keluar negerinya, kerana hal itu lebih mudah baginya untuk kembalim ke kampung halaman bila fitnah telah selesai.
6. Hijrah sebagaimana disyariatkan dari negara ke negara lainnya, demikian juga dari kota ke kota yang lainnya atau desa ke desa yang lainnya yang masih dalam negeri. Hal ini juga banyak dilalaikan oleh para pendengki tersebut tersebut , sehingga mereka berucap diatas mimbar dan menulis di akhbar-akhbar bahawa Syaikh al-Albani memerintah penduduk Palestina untuk keluar darinya! Demikian tanpa perincian dan penjelasan!!!!
7. Tujuan Hijrah adalah untuk mempersiapkan kekuatan untuk melawan musuh-musuh Islam dan mengembalikan hukum Islam seperti sebelumnya.
8. Semua ini apabila ada kemampuaman.Apabila seorang muslim tidak mendapati tanah untuk menjaga diri dan agamanya kecuali tanah tempat tinggalnya tersebut , atau ada halangan-halangan yang menyebabkan dia tidak bisa berhijrah, atau menimbang bahawa tempat yang akan dia hijrah ke sana sama sahaja, atau dia yakin bahawa keberadaannya di tempatnya lebih aman untuk agama , diri dan keluarganya, atau tidak ada tempat hijrah kecuali ke negeri kafir juga, atau keberadaanya untuk tetap di tempat tinggalnya lebih membawa maslahat yang lebih besar, baik maslahat untuk ummat atau untuk mendakwahi musuh dan dia tidak khawatir terhadap agama dan dirinya , maka dalam keadaan seperti ini hendaknya dia tetap tinggal di tempat tinggalnya, semoga dia mendapat pahala hijrah.
Demikian juga dalam permasalahan Palestin secara khusus, Syaikh al-Albani menyatakan : “Apakah di Palestina ada sebuah desa atau kota yang bisa dijadikan tempat untuk tinggal dan menjaga agama dan aman dari fitnah nereka?! Kalau memang ada, maka hendaknya mereka berhijrah ke sana dan tidak keluar dari Palstian, kerana hijrah dalam negeri adalah mampu dan memenuhi tujuan.”
Demikianlah perincian Syaikh al-Albani, lantas apakah setelah itu kemudian dikatakan bahawa beliau berfawa untuk mengosongkan Palestina atau untuk menguntungkan Yahudi?!! DIAMLAH WAHAI PARA PENCELA DAN PENDENGKI, sesungguhnya kami berlindung kepada Allah dari KEJAHILAN DAN KEZHOLIMAN KALIAN!!!!!!.
9. Hendaknya seorang muslim meyakini bahawa menjaga agama dan akidah lebih utama daripada menjaga jiwa dan tanah.
10. Anggaplah Syaikh al-Albani keliru dalam fatwanya ini, apakah kemudian harus dicaci maki dan divonis dengan sebarangan kata?!! Bukankah beliau telah berijtihad dengan Ilmu, hujah dan kaidah?!! Lantas seperti inikah balasan yang beliau terima?!!
11. Syaikh Zuhair Syawisy menyatakan dalam tulisannya yang dimuatkan dalam majalah al-Furqon, edisi 115, hlm.19 bahwa Syaikh al-Albani telah bersiap-siap untuk melawan Yahudi, hampir sahaja beliau sampai ke Palestina, tetapi ada larangan pemerintah untuk para mujahidin.
“ Syaikh al-Albani sampai ke Palestina pada tahun 1948 dan beliau sholat di masjid Aqaho dan kembali sebagai pembimbing pasukan Saudi yang tersesat di jalan. Lihat kisah selengkapnya dalam bukunya berjudul “ Rihlatii Ila Nejed (perjalananku ke Nejed)”
Mudah-mudahan, keterangan singkat di atas cukup untuk membungkam mulut-mulut durhaka dan tulisan-tulisan hina yang menuding dengan sembarangan kata!!! ( Syaikh al-Albani menyatakan: “ Sesungguhnya apa yang ditulis oleh saudara yang mulia Muhammad bin Ibrahim Syaqroh dalam risalah ini berupa fatwa dan ucapanku adalah kesimpulan apa yang saya yakini dalam masalah ini. Barangsiapa yan menukil dariku selain kesimpulan ini, maka dia telah keliru atu pengikut hawa nafsu.”) Wallahu a’lam.
(Disunting dari Majalah al-Furqan, Edisi 11 tahun ketujuh/Jumada Tsani 1429[Jun-Julai 2008] hlm. 18-19 )

Zikir dan Doa

Zikir dan Doa
Para Sahabat pernah menceritakan sebagai berikut:
“ Pernah kami duduk di hadapan pintu rumah Abdullah bin Mas’ud sebelum waktu solat pagi(subuh). Apabila beliau keluar, kami pun turut berjalan kaki bersamanya menuju ke masjid. Lalu datanglah Abu Musa al-Asy’arie menemui kami seraya berkata: “ Adakah Abu Abdir-Rahman(Ibnu Mas’ud) telah keluar menemui kamu?. Kami menjawab: Tidak. Beliau pun duduk bersama kami sehingga Abdullah bin Mas’ud keluar. Ketika beliau keluar, kami pun semuanya berdiri dan pergi menemuinya. Abu Musa pun berkata kepadanya: “ Wahai Abu Abdur-Rahman! Sesungguhnya saya telah melihat didalam masjid sebentar tadi perkara yang saya tidak sukai. Saya tidak melihatnya, alhamdulillah kecuali suatu yang baik. Beliau bertanya: “Apakah perkara itu? Abu Musa pun berkata: “Jika engkau panjang umur, engkau akan saksikan sendiri.” Abu Musa pun meneruskan ucapannya: “ Saya telah melihat didalam masjid suatu kaum yang bermajlis, mereka sedang duduk menunggu waktu solat. Di setiap suatu kelompok ada seorang mengetuai mereka dan di tangan mereka batu-batu kecil (tasbih). Lelaki itu menyeru kepada kumpulannya: Berakbirlah kamu dengan sebanyak seratus kali takbir. Lalu merekapun bertakbir. Kemudian dia menyeru lagi: “ Bertahlillah (ucapkanlah lailaha ilallah), maka merekapun bertahlil. Seterusnya dia menyeru: “ Bertasbihlah (ucapkanlah Subhanallah), maka mereka bertasbih. Ibnu Mas’ud pun bertanya kepada Abu Musa: “Apakah yang engkau katakan kepada mereka ? Abu Musa menjawab: “ Saya tidak berkata sesuatupun kepada mereka kerana saya menunggu pendapatmu dan tindakanmu.” Ibnu Mas’ud berkata : “ Adakah engkau tidak menyuruh mereka supaya menghitung sahaja kejahatan-kejahatan mereka dan engkau menjaminkan mereka bahawa kebaikan-kebaikan mereka tidak akan dipersia-siakan.” Kemudian Ibnu Mas’ud dan kami pun pergi sehingga tiba di tempat perkumpulan mereka itu. Maka Ibnu Mas’ud pun berdiri dihadapan mereka seraya berkata: “ Apakah yang kamu lakukan ini?! Mereka berkata: “ Wahai Abu Abdur-Rahman! hanya batu-batu kecil yang kami gunakan untuk bertakbir, bertahlil dan bertabih”. Berkata Abdullah bin Mas’ud: “ Maka hitungkanlah kejahatan-kejahatan kamu!Sesungguhnya saya menjamin kebaikan-kebaikan kamu tidak akan dipersia-siakan sedikitpun. Celakakah kamu wahai umat Muhammad! Alangkah cepatnya kamu celaka! Demi jiwaku ditanganNya! Sesungguhnya kamu ini berada diatas agama yang lebih baik daripada agama Muhammad?! Ataupun kamu ini adalah orang-orang yang membuka pintu kesesatan”. Mereka berkata : “Demi Allah wahai Abu Abdul-Rahman! Kami tidak menginginkan kecuali kebaikan .”Ibnu Mas’ud menjawab: “ Berapa ramai orang yang menginginkan kebaikan, namun dia tidak memperolehinya. Sesungguhnya Rasulullah saw pernah menceritakan kepada kami bahawa ada suatu kaum yang membaca al-Quran, tetapi tidak melebihi kerongkongan mereka”. Demi Allah! Saya tidak mengetahui mereka itu. Kemungkinan kebanyakan mereka adalah di kalangan kamu.” Kemudian Ibnu Mas’ud pun beredar meninggalkan mereka. Amru bin Salamah berkata: “ Kami telah melihat kebanyakan orang yang berada di majlis tersebut , mencela kami pada hari Nahrawan. Mereka bergabung bersama-sama puak Khawarij.” (Hadith Sahih Riwayat al-Darimi Kitabul-Mukaddimah: Bab: Fi karahiyati akhzi ar-ra’yi, 1/79(no.204)
Athar di atas secara jelas menunjukkan bagaimana sahabat Nabi saw yang mulia- Abdullah bin Mas’ud mengingkari perbuatan mereka yang mengadakan perkumpulan dan melakukan zikir secara beramai-ramai. Ibnu Mas’ud tidak sesekali mengingkari zikir yang diucapkan oleh mereka, kerana ia telah di maklumi pensyariatannya. Tetapi apa yang beliau ingkari ialah tatacara perlaksanaan itu.
(Disunting dari kitab Membela Sunnah Nabawiyah, Abdul Wahab bin Bustami).
Syeikh Nasiruddin al-Albani berkata:
“ Sesungguhnya hadith ini memberi pengajaran kepada golongan tarekat dan kumpulan zikir yang menyalahin sunnah. Jika ada orang yang mengingkari perbuatan mereka (zikir berjemaah), mereka akan berkata bahawa orang yang mengingkari perbuatan mereka itu telah mengingkari perbuatan harus berzikir. Sedangkan mengingkari perbuatan berzikir itu kufur. Sebenarnya apa yang diingkari ialah cara melakukan amalan zikir itu, seperti melakukannya secara beramai-ramai. Perbuatan sebegini tidak pernah di syariatkan pada zaman Nabi saw. Jika perkara ini adalah sunnah, mengapa Ibnu Mas’ud menentang perbuatan mereka yang berzikir secara berkumpulan itu?

Menurut Ibnu Waddhah, Abu Uthman al-Nahdi pernah berkata:
“ Seorang pekerja telah menulis sepucuk surat kepada ‘Umar al-Khattab menceritakan bahawa terdapat suatu kumpulan yang berkumpul di suatu tempat sambil mendoakan kaum muslimin dan pemimpinnya. Lalu Umar al-Khattab membalas semula surat itu sambil memerintahkan mereka agar menemuinya. Kemudian beliau memerintahkan dibawakan cemati kepadanya. Apabila kumpulan itu masuk menemuinya, lalu beliau menyebat mereka dengan cemati itu. Aku (pekerja tersebut) berkata: “ Kami bukanlah orang-orang yang saya maksudkan, mereka adalah orang-orang yang datang dari arah timur.” (Rujuk: Al-bida’wa al-Nahu anha, no.39)
Kisah ini menunjukkan tindakan ‘Umar al-Khattab yang bertindak menyebat kumpulan yang melakukan doa berjemaah itu sebagai tanda pengingkaran terhadap perbuatan itu kerana amalan itu tidak pernah dilakukan di zaman Nabi s.a.w.
(Disunting dari Kitab Amalan Berzikir antara Sunnah dan Rekaan Manusia, Mohd Khairil Anwar bi Abdul Latif).

Thursday, January 15, 2009

Pegangan (i’tiqad) terakhir Abu al-Hasan al-Asyaari.

Pegangan (i’tiqad) terakhir Abu al-Hasan al-Asyaari.

Imam al-Hasan al-Asyaari yang dikatakan sebagai pelopor kepada pegangan Madzhab Asyairah adalah tidak sebagaimana yang diperkatakan oleh kebanyakan orang berkenaan i’tiqad beliau. Ia ada Abu al-Hasan al-Asyaari dan disahkan oleh beberapa orang tokoh. Tokoh-tokoh ini telah disenaraikan oleh ‘Abd al-Malik bin Isa bin Darbas al-Shafi’i(605H) dalam tulisan kecilnya yang bertajuk al-Risalah. Tokoh-tokoh tersebut ialah:

1. al-Baihaqi, Abu Bakar Ahmad bin al-Husain

2. Abu al-‘Abbas al-Tariqi

3. Abu ‘Uthman al_sobuni

4. Abu Ali al-Farisi al-Maqra

5. Nasir al-Maqdisi

6. Ibnu ‘Asakir

7. Abu al-Ma’ali al-Syafie

8. Abu Muhammad al-Baghdadi

Sekiranya kitab al-Ibanah ‘an Usul al-Diyanah bukanlah merupakan kitab karangan Abu al_hasan al-Asya’ari sebagaimana yang dikatakan oleh orang-orang yang menyembunyikan ilmu(kebenaran), ia tidak menjejaskan i’tiqad beliau yang muktamad dalam hal aqidah. Pegangan beliau boleh juga di lihat dalam kitab-kitabnya yang lain khasnya dalam Maqalat al-Islamiin wa Ikhtilaf al-Mussollin.

Dalam bab Pendapat Ashab al-Hadith dan Ahl al-Sunnah(jld. 1, ms.345-350) Abu al-Hasan al-Asyaari telah menyenaraikan asas-asas aqidah Ahl al-Sunnah, seperti:

Pertama:

Sesungguhnya Allah beristiwa Di Atas ArasyNya sebagaimana firmanNya: al-Rahman(Allah) yang Beristiwa Di Atas Arasy (surah ToHa 20:5)

Kedua

Dan Sesungguhnya bagiNya (Allah) Dua Tangan tanpa dipersoalkan bagaiman ciri-ciri dan bentuk (kaifiyat) TanganNYa tersebut sebagaiman firmanNya:Yang telah Ku-ciptakan dengan kedua TanganKu (Saad 38:75) dan sebagaimana firmanNYa: Tetapi kedua-dua Tangan Allah terbuka( al-Maidah 5:64)

Ketiga

Dan Sesungguhnya bagiNya (Allah) Dua Mata tanpa dipersoalkan bagaiman ciri-ciri dan bentuk (kaifiyat) MataNya tersebut sebagaimana firmanNya: Yang berlayar dengan pengawasan Mata Kami..(al-Qamar 54:14)

Keempat

Dan sesungguhnya bagi-Nya (Allah) Wajah sebagaiman firmanNya: Dan tetap kekal Wajah TuhanMu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. (al-Rahman 55:27)

Setelah menukilkan asas-asas ‘aqidah Ahl al-Sunnah seperti di atas, Abu al-Hasan Al-Asyari berkata:

Dan mereka (Ahl al-Sunnah) menetapkan Allah bersifat Mendengar dan Melihat dan tidaklah mereka menafikan yang sedemikian daripada Allah sebagaimana yang dinafikan oleh golongan al-Mu’tazilah.

Setelah mengemukakan beberapa lagi asas-asas ‘aqidah Ahl al-Sunnah, Abu al-Hasan al-Asya’ari akhirnya berkata pada ms.350 (371 bagi edisi terj):

Maka demikianlah, semua ini merupakan apa yang di perintahkan (oleh Ahl al-Sunnah) dan ia diamalkan oleh mereka dan dijadikan pendapat oleh mereka. Dan bagi setiap apa yang kami sebutkan daripada perkataan mereka (Ahl al-Sunnah) (maka) begitulah perkataan kami dan merupakan mazhab kami. Dan tiadalah yang memberi kami taufiq melainkan Allah dan Dia-lah sebaik-baik al-Wakil dan kepadaNya kami memohon pertolongan dan kepadaNya kami bertawakal dan kepadaNya tempat kembali.

Demikianlah sebenarnya pegangan (i’tiqad) Abu al-Hasan al-Asya’ari yang beliau tegaskan dengan sejelas-jelasnya.Dengan nukilan ini maka tertutuplah segala syubhat dan tohmahan yang dilontarkan ke atas ‘aqidah terakhir Abu al-Hasan al-Asyari dan kitabnya al-Ibanah fi Usul al-Diyanah.

(Dinukil dari Pembongkaran Jenayah Ilmiah buku Salafi Wahabiyah, ms 203-207, Hafiz Firdaus Abdullah)

Asyairah

Asyairah ...

Dalam keadaan ikhtilaf yang berpanjangan dan serangan-serangan yang dilancarkan terhadap aqidah islamiyah yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam yang bermacam-macam ketika itu muncul juga madzhab Asyariah yang telah menyerang kemurnian aqidah Islam. Madzhab ini adalah hasil percampuran atau gabungan dari berbagai macam pecahan madzhab seperti Mutazilah, Kilabiyah dan lain-lain.

Imam al-Asyary adalah seorang murid Abu Ali Muhammad bin Abdul Wahab al-Juba’i seorang tokoh Mutazilah. Ia(Asyary) belajar darinya dalam masa yang cukup panjang kira-kira 40 tahun, ia menimba ilmu dari paham Mutazilah kemudian berpindah guru kepada Abu Muhammad Abdullah bin Sa’id Al-Kilab seorang yang menyatakan bahawa Allah memiliki sifat-sifat khabariyah, menentang dan memusuhi Mutazilah sebagaimana terkenal di kalangan para ulama. Sehingga Abul Hasan Al-Asyary mendirikan tariqatnya di atas dua aturan dari Ibnu Kilab dalam masalah sifat, Al-Qadar dan Af’alur Rabb( perbuatan-perbuatan Allah) dan ia banyak meninggalkan permasalahan Muatzilah. Akan tetapi Syaikh Islam Ibnu Taimiyah menyatakan tentang Abul Hasan Al-Asyary : “ Dia tetap tidak dapat melapaskan diri dari madzhab Mutazilah kerana tumbuh dari sana di samping itu sangat sedikit pemahamannya terhadap Al-Quran dan Sunnah.” Maka dia mulai bertukar fikiran dan berhujah denganya dan menyatakan bahawa madzhabnya adalah madzhab Ahlus Sunnah wal jama’ah.

Perlu diketahui pula bahawa jalan atau thariqah imam Al-Asyary rahimahullah bukanlah madzhab Asyairah. Diantara keduanya ada perbezaan yang jauh. Thariqahnya(Imam Al-Asyary) lebih baik dari madzhab Asyairah, hal ini dapat diketahui oleh orang yang mengebal kedua madzhab itu.Yang dimaksudkan Asyairah adalah orang-orang belakang mereka yang menisbatkan diri mereka kepada Imam Al-Asyary serta jumlah mereka hanya Allah yang tahu. Sehingga Madzhab ini banyak memiliki imam dan pendukung dan banyak pula yang membangun serta menyebar kan madzhab ini keseluruh alam seperti Abul Hasan Al-Bahili, Abul Ishaq Al-Isfara’ini, Abu Bakar Al-Baqilani, Ibnu Farik, Asy-Syirazi, Al-Jumaini.Al-Ghazali, As-Sihristani, Al-Baihaqi.Al-Hakim.Ibnu Asakir, Fakhrurrazi dan lain-lain yang tidak terhitung lagi. Mereka memenuhi dunia dengan karangan mereka yang sanggup menguasai akal orang-orang banyak kerana mereka mengaku bahawa mereka bermadzhab Ahlus Sunnah wal jamaah. Kitab-kitab tersebut menguasai perputaran ilmu di timurdan barat serta di setiap negeri kaum muslimin. Tempat tumbuhnya berawal di Iraq sekitar tahun 380 H. Kemudian berpindah ke Syam, Khurasan dan lain-lain.

Ketika Shalahudin menjadi Sultan ia bekerjasama dengan Qadlinya iaitu Shadruddin Abdul Malik bin Isa bin Dirbas untuk menyebarkan Madzhab ini serta mengajak manusia kepadanya seperti yang dikatakan oleh Al-Ghazali : “Dia (Shalahudin) berkeyakinan bahawa orang yang menyimpang dari madzhab iniadalah kafir walupun sejengkal dan berpisah dari madzhab ini walau sedikit maka ia sesat dan merugi”. Shalahudin dan Qadlinya tersebut di besarkan dalam lingkungan madzhab ini, bahkan Shalahudin telah menghafal kitab Al-Aqidah yang ditulis oleh Abul Ma’ali Mas’ud bin Muahammad An-Naisaburi pada masa kecilnya.

Seorang yang bernama Muhammad bin Abdillah At-Taumurt datang dari Maghribi ke Iraq dan mempelajari madzhab Asyariah dari Al-Ghazali dan lain-lain. Ketika kembali ia berdiam beberapa waktu di negerinya untuk memberikan pelajaran dan pemahaman kepada mereka menetapkan aqidah meraka berdasakan aqidah madzhab ini.Pendapat ini diterima oleh orang-orang di negerinya. Setelah kematiannya ia diganti oleh Abdul Mukmin bin Ali Al-Qaisi yang menamakan dirinya amirul mukminin. Dia menguasai Al-Magribi dengan paksa serta menamakan kelompoknya dengan al-Muwahidin (orang-orang yang bertauhid).Akhirnya mereka menghalalkna darah orang yang menentang aqidah Ibnu Taumurt. Mereka menjadikannya sebagai Imam Mahdi yang maksum. Sehingga dengan demikian mereka menumpahkan darah manusia tak terhitung jumlahnya hingga tiada tersisa madzhab yang menentangnya kecuali sebahagian kecil iaitu mazhab salaf. Mereka menyerang madzhab kecil iaitu madzhab salaf dari segala arah dan menuduh mereka dengan Musyabbihin, Mujassimin dan Mumatsilin.

Kesimpulan aqidah Asyairah tentang sifat Allah adalah mereka hanya mengimani tujuh sifat Allah yang mereka namakan dengan sifat ma’ani iaitu:

1.Al-Ilmu

2. Al-Hayyah

3. Al-Qudrah

4. Al-Iradah

5. As-Sama

6. Al-Bashar

7. Al-Kalam

Kemudian mereka menamba sifat yang tujuh ini menjadi dengan sifat yang diberi nama sifat ma’nawiyah iaitu sifat yang dibentuk dari yang tujuh tadi iaitu bahwa Allah:

8. Mengetahui

9. Hidup

10. Menguasai

11. Menghendaki

12. Mendengar

13. Melihat

14. Berbicara

Mereka menetapkan sifat-sifat tersebut berdasarkaan kaedah ilmu kalam yang rosak. Mereka menamakannya dengan hal maknawi sebagai pekara yang pasti tetapi tidak ada dan tidak diketahui. Hal ini adalah perkara mustahil menurut akal. Kerana tidak ada pekara yang wujud dan pekara yang tidak ada. Segala sesuatu hanya ada atau tidak ada.

Kemudian mereka menambah sifat ini dengan enam sifat lainya iaitu:

15: Wujud

16.Qidam

17. Baqa

18.Mukhalafatul lil-hawadiths

19. Qiyamuhu bi nafsih

20. Wahdaniyah

Sehingga mereka meyakini bahawa Allah memiliki 20 Sifat. Mereka menamakan Al-Wujud sebagai sifat nafsiyah dan selebihnya tidak ada tempat untuk mengadakan perbicaraan lagi. Pernyataan bahawa sifat Allah hanya 20 saja bertentangan dengan Al-Quran dan As-Sunnah serta Ijma (Fatawa Daima,3/124)

Adapun tujuan menyebutkan contoh-contoh dari aqidah Asyairah ini kerana di hormati di dunia Islam. Juga sebagai petunjuk tentang kebathilan yang ada pada Asyairah yang kebelakangan ini melarang untuk mensifati Allah dengan :ridha, marah, cinta, benci, tertawa, senag, heran, turun ke langit dunia, datang pada hari kiamat untuk memutuskan permasahalahan hamba-hambaNya, beristiwa di atas ArasyNya yang tinggi di atas makhlukNya, mempunyai tangan, jari, kaki, tumit, wajah dan lain-lain. (Thabat Aqidah Islamiyah, Abdullah Al-Ghunaiman, hal 27-36, lihat pula Al-Milal wan-Nihal,43)