Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (an-nisa,4:59)
Thursday, July 16, 2009
Salam pertemuan
Kepada semua pembaca, lama sudah penulis menghilangkan diri, menyepi kerana ingin membetulkan iman, dan meraih ketenangan jiwa kerana dosa-dosa hati yang menebal dihati. Pahit, getir perjalanan hidup ini hanyalah secebis dari keperitan yang dialami oleh generasi awal islam yang begitu teguh memperjuangkan keimanan dan ketakwaan pada Allah swt.
Sedang kita asyik meneguk keindahan dunia yang penuh mempersonakan ini. Ramai yang terleka dan terpedaya sehingga ramai yang lebih mengkedepan dunia dari akhirat. Hatta dalam perihal nikah kahwin pun pekara ini sering berlaku. Kerana ingin Nampak mewah, gah, terkenal dan menampakkan dialah pasangan yang paling terkenal, segala macam cara digunakan untuk merialisasikan impian itu.
Tapi adakah semua itu bernilai di sisi Allah.
“Eh, apa kau ni, taksub sangat, kita hidup perlu seimbang dunia akhirat, baru betul”.
Mungkin inilah kata-kata yang biasa keluar dari mulut-mulut manusia apabila kita mempersoalkan apa yang dia lakukan dalam kehidupan ini. Dengan mudah kita menyakan “seimbang”,tetapi betulkah seimbang, atau hanya kata manis di mulut sahaja, hakikatnya tidak?
Kita tengok sahaja, bagaimana kita menjalankan kehidupan ini. Adakah benar seimbang dunia akhirat? Atau akhirat banyak kita ketepikan. Yang penting orang suka kita, tak kata kita kat belakang, puaskan hati orang, sampai sebenarnya, kita mengetepikan Allah yang menjadikan kita di muka bumi ini. Harta dicari, nama dicari dengan segala kaedah yang sungguh menjangkau kemampuan manusia biasa. Semata-mata ingin mendapatkan kepuasan hati yang sememangnya tidak akan pernah puas. Contoh mudah, orang zaman ini semua beranggapan, jika ada ijazah, masa depan cerah. Jika ada duit banyak, masa depan cerah. Jika ada rumah besar, masa depan cerah. Betulkah semua itu? Kenapa kita suka berangan-angan tinggi pada pekara yang tidak pasti sehingga mengetepikan sesuatu yang jauh lebih pasti iaitu MATI?.
Adakah, semua yang kita cari dan kumpul itu akan kita bawa bersama bila kita mati itu? Adakah ia yang akan jamin kita selamat dari azab Allah? Baru kini penulis faham, kenapa banyak ayat Allah menyatakan yang layak dapat syurga Allah adalah orang yang beriman dengan adanya hari kebangkitan. Ramai yang mengaku beriman adanya hari kebangkitan, tetapi berapa ramai yang beramal dengan imannya untuk hari kebangkitan?. Kita sering mengejar yang tak pasti, sedangkan yang pasti kita sering lupakan dan ketepikan. MATI BILA-BILA MASA SAHAJA MENJEMPUT, dah bersediakah kita?
Penulis sendiri banyak sisi kelemahan dan kekurangan, cuba untuk menasihatkan diri dan pembaca semua tentang ini agar kita sama-sama beringat. Berbuatlah sesuatu itu kerana Allah bukan kerana manusia. Contoh mudah, jika kita berbuat sesuatu itu kerana Allah, walaupun kita tak suka tugasan yang diamanahkan pada kita, tetapi kita tetap melaksanakan ia dengan bersungguh-sungguh. Seperti orang yang bekerja di bawah orang lain, walaupun setiap hari kena caci, atau dihina selagi mana masih pada landasan kewarasan manusia, dia tetap melaksanakan tugas dia dengan sebaiknya. Sebagaiman Salman Al-Farisi yang merupakan seorang Gabenor, dia mengangkat barang dagangan orang, sampai ketempat yang dituju tanpa rasa congkak pada pangkatnya. Seperti Khalid Al-walid walaupun, diturunkan jawatan daripada ketua perang kepada askar biasa, dia tetap melaksanakan tanggungjawabnya dengan penuh kesungguhan, tanpa mengharapkan imbalan manusia, tetapi yang diutamakan imbalan dan redha dari Allah.
“ Carilah Redha Allah walau dengan kebencian manusia itu jauh lebih baik dari redha Manusia dengan kemurkaan Allah”.
Thursday, September 11, 2008
CANTIKNYA PEREMPUAN ITU.......
CANTIKNYA PEREMPUAN ITU……
“Wah… cantiknya perempuan tu, mengancam…Wah kau tengok tu, ini yang dinamakan rezeki…..Huiyoooo….takde seurat benangpun kat badan dia……Peh… tak boleh tahan… meleleh air liur beb….”
Begitulah telatah seorang manusia yang terjegil biji matanya apabila melihat wanita yang bukan mahramnya. Lebih-lebih lagi sekiranya wanita tersebut cantik, seksi atau tidak berpakaian. Hati pemerhati itu akan berdebar-debar. Keinginannya melonjak, maka matanya tak berkedip memandang. Mereka kata “Ala… rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari, dah dia lalu depan kita, kita tengoklah, apa salahnya, kan Nabi kata pandangan pertama tak apa-apa…”
Memang Allah s.w.t ada menyatakan di dalam al-quran:
Dijadikan Indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingininya, yaitu wanita-wanita.(al-Imran, 3:14)
Ibnu Katsir didalam tafsirnya, menafsirkan ayat ini dengan menyatakan:
Allah memulainya dengan menyebut wanita, kerana fitnah yang ditimbulkan oleh wanita itu lebih berat, sebagaimana yang disebutkan dalam hadith shahih, bahawa Rasulullah saw. bersabda: “Aku tidak meninggalkan suatu fitnah yang lebih bebahaya bagi kaum laki-laki daripada wanita”[1]
Perkara ini bukan sahaja berlaku pada umat ini tetapi turut diberitahu berlaku kepada umat terdahulu, sebagaimana sabda Rasulullah saw:
Dunia ini cantik dan hijau. Sesungguhnya Allah menjadikan kamu kholifah dan Allah mengamati apa yang kamu lakukan, karena itu jauhilah godaan wanita dan dunia. Sesungguhnya fitnah pertama yang menimpa bani Israil adalah godaan kaum wanita. (HR. Ahmad)
“Eh! apa pulak, aku tengok gambar jer, takde benda pun, bukan orang betul pun, gambar apa salahnya, lagipun aku dapat jaga hati aku, tak tahulah engkau, tu sebab kau kata tak boleh tengok, nampak sangat iman kau lemah”
Jika penulis kata pada seseorang “Boleh pinjam gambar kau kejap?”. Jadi, penulis pun ambil gambar dia, lepas tu letak kat tanah dan pijak-pijak. Agak-agaknya, apa perasaan orang yang beri gambar itu?
“Eh, tak apa, itu gambar jer, bukan aku pun”, mungkin inilah jawapan orang yang tidak ada hati dan perasaan. Allah SWT yang mempunyai sifat Maha pencipta telah menciptakan manusia, dan memberi pelbagai nikmat yang tidak terperi banyaknya. Tetapi, nikmat terbesar yang Allah masukkan dalam penciptaan manusia adalah petunjuk yang membawa manusia menuju redhaNYA iaitu al-Quran dan sunnah. Allah tahu apa yang manusia lihat dan apa yang terkandung dalam hatinya, ini jelas telah Allah peringatkan dalam al-quran:
Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati. (al-Mukmin, 40:19)[2]
Ibnu Abbas menafsirkan ayat ini sebagai:
“Yaitu, seorang laki-laki yang masuk sebuah penghuni rumah yang didalamnya terdapat seorang wanita cantik, atau wanita itu sedang melewatinya. Jika mereka lengah, dia pun menoleh kepada wanita itu dan jika mereka mengawasinya, dia pun menahan pandangannya. Sungguh Allah Maha mengetahui hatinya yang berkeinginan, seandainya dia berhasil melihat auratnya. (HR.Ibnu Abi Hatim)
Kita boleh tengok situasi ini di zaman ini. Biasanya orang yang suka melihat wanita atau aurat wanita ini tidak berbuat begitu didepan khalayak ramai (kecuali dia gila atau dah short otaknya), sebab dia takut orang kata bukan-bukan. Tapi bila dia seorang atau dengan kawan-kawan yang sekepala dengannya, maka dia mula beraksi dengan ganasnya….Tangannya mula menekan punat komputer, matanya terbeliak, otaknya dah fikir bukan-bukan, maka hilanglah malunya, hilanglah pertimbangan akalnya.
Tidakkah mereka tahu Allah itu sentiasa melihat mereka, kerana Allah mengingatkan:
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir kepada mereka…. (Al-Baqarah, 2:186)
dan Allah tekankan lagi:
“Dan Demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa Yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya (Qaf, 50:16)
Atau tidak tahukah kita yang setiap perbuatan kita ini akan diadili di depan Allah kelak. Bahkan angota badan kita sendirilah yang akan menjadi saksi, sebagaimana firman Allah:
“Dan (ingatlah) hari dihimpun musuh-musuh Allah untuk dibawa ke neraka, lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanannya masing-masing(19) sehingga apabila mereka sampai ke neraka, (maka) pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan mereka menjadi saksi terhadap mereka, mengenai apa yang mereka telah kerjakan(20) dan (setelah berlaku yang demikian), berkatalah mereka kepada kulit-kulit badan mereka: “Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?” kulit-kulit badan mereka menjawab: “Allah Yang berkuasa menjadikan tiap-tiap sesuatu pandai berkata-kata - telah menjadikan Kami dapat berkata-kata; dan Dia lah Yang menciptakan kamu pada mulanya, dan kepadaNyalah kamu dikembalikan (untuk menerima balasan(21) “Dan semasa kamu berselindung (ketika melakukan dosa di dunia dahulu) bukanlah kerana kamu bimbangkan pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan kamu menjadi saksi terhadap perbuatan-perbuatan kamu Yang berdosa itu, akan tetapi kerana kamu menyangka Bahawa Allah tidak mengetahui kebanyakan dosa Yang kamu lakukan (secara bersembunyi itu).(22) (Fushshilat,41:19-22)
Ibnu Kathir menyatakan:
“Yaitu, amal perbuatan mereka, yang mereka lakukan dahulu dan kemudian, tidak ada satu huruf pun yang dapat disembunyikan dariNya . “Dan mereka berkata kepada kulit mereka: ‘Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?” Yakni, mereka mencaci maki anggota tubuh dan kulit-kulit mereka tatkala bersaksi terhadap mereka.”
Jadi, ke mana kita nak lari masa itu? Penulis ingin memberi satu analogi yang berlaku sekarang. (sesungguhnya Sifat Allah itu jauh dari persamaan dengan Makhluk), apabila sebuah filem telah siap, maka filem itu akan ditayang di pawagam. Tengah seronok-seronok tengok, tiba-tiba hero mati, agak-agaknya boleh tak kita ubah filem yang sudah siap itu?. Bagaimana pula dengan orang yang melihat video lucah, gambar lucah atau yang berkaitan dengannya. Bolehkah apa yang telah dilihatnya itu di ubah? Sebab itulah Allah ingatkan kita:
“Dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan Yang keji dan satu jalan Yang jahat (yang membawa kerosakan…) (al-Isra’, 17:32)
Allah disini melarang hambaNya berbuat zina dan mendekatinya serta melakukan faktor-faktor dan aspek yang mengantar kepada zina[3]…..renung-renungkan