Friday, April 17, 2009

Orang-orang yang berbuat dosa berhujah dengan takdir

Orang-orang yang berbuat dosa berhujah dengan takdir

Segala sesuatu itu telah ditetapkan oleh Allah dan segala sesuatu itu ciptaan Allah, lalu apakah keimanan yang demikian ini lantas mengharuskan adanya dalih atau alasan bagi orang-orang yang bermaksud atas kemaksiatan mereka? Atau tidak mengharusan hal itu. Sebagaimana kalau seandainya kita tangkap seorang yang bermaksiat kepada Allah, lalu kita katakan kepadanya kenapa kamu bermaksiat? Lalu ia menjawab: “ ini semata-mata dari ketetapan Allah dantakdirNya belaka.”Apakah hal ini benar? Jawapannya, bahawa hal itu benar iaitu pernyataan orang yang bermaksiat, bahawa ia berbuat itu merupakan ketetapan Allah atasnya adalah benar, namun apabila ia berkata dengan pernyataan itu untuk beralasan atas kemaksiatan yang dia telah lakukan, maka kita katakan alasannya ini bathil, dan sama sekali kamu tidak memiliki hujah dengan takdir Allah atas kemaksiatan yang kamu lakukan kepada Allah. Hal ini berdasarkan firman Allah :

ãAqà)uy tûïÏ%©!$# (#qä.uŽõ°r& öqs9 uä!$x© ª!$# !$tB $oYò2uŽõ°r& Iwur $tRät!$t/#uä Ÿwur $uZøB§ym `ÏB &äóÓx« 4 šÏ9ºxŸ2 z>¤x. šúïÏ%©!$# `ÏB óOÎgÏ=ö7s% 4Ó®Lym (#qè%#sŒ $uZyù't/ 3 ö@è% ö@yd Nà2yZÏã ô`ÏiB 5Où=Ïæ çnqã_Ì÷çGsù !$uZs9 ( bÎ) šcqãèÎ7­Gs? žwÎ) £`©à9$# ÷bÎ)ur óOçFRr& žwÎ) tbqß¹ãøƒrB ÇÊÍÑÈ

orang-orang musyrik akan mengatakan: "Kalau Allah menghendaki tentulah Kami dan datuk nenek Kami tidak mempersekutukanNya (dengan sesuatu Yang lain), dan tidak pula Kami haramkan sesuatu apa pun". Demikianlah juga orang-orang Yang dahulu sebelum mereka telah mendustakan (Rasul-rasul) sehingga mereka merasai azab seksa kami. katakanlah: Adakah kamu mempunyai (sesuatu keterangan Yang berdasarkan) ilmu supaya dapat kamu tunjukkan kepada Kami? tiadalah kamu menurut melainkan sangkaan semata-mata, dan kamu pula tidak lain hanyalah berdusta".(al-An-aam:148)

Dalam ayat tersebut Allah tidak menetapkan hujah mereka itu sebagai hujah yang sah, hal ini terbukti bahawa Allah menghukum mereka dengan menyiksanya. Kalau seandainya mereka memiliki hujjah yang sah tentang perbuatan mereka,tentu Allah tidak menyeksa mereka dengan azabNya.

Namun demikian ada juga yang menyatakan lain daripada apa yang telah kami jelaskan, iaitu akan berkatalah seseorang, bukankah Allah telah berfirman:

ôìÎ7¨?$# !$tB zÓÇrré& y7øs9Î) `ÏB šÎi/¢ ( Iw tm»s9Î) žwÎ) uqèd ( óÚÌôãr&ur Ç`tã tûüÏ.ÎŽô³ßJø9$# ÇÊÉÏÈ öqs9ur uä!$x© ª!$# !$tB (#qä.uŽõ°r& 3 $tBur y7»oYù=yèy_ öNÎgøŠn=tæ $ZàŠÏÿym ( !$tBur |MRr& NÍköŽn=tã 9@Ï.uqÎ/ ÇÊÉÐÈ

Ikutlah apa Yang telah diwahyukan kepadamu dari Tuhanmu, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, dan berpalinglah dari orang-orang musyrik.

dan kalau Allah menghendaki, nescaya mereka tidak mempersekutukanNya; dan Kami tidak menjadikan Engkau (Wahai Muhammad) penjaga dan pengawal mereka, dan Engkau pula bukanlah wakil Yang menguruskan hal-hal mereka (kerana semuanya itu terserah kepada Allah semata-mata). (al-An-aam: 106-107)

lalu, bagaimana kalian menyatakan bahawa sesungguhnya Allah membatalkan hujahnya orang-orang yang menyatakan:

“ Kalau Allah menghendaki nescaya kami dan bapak-bapak kami tidak mempersekutukanNya” dan Allah berkata kepada RasulNya: “ Kalau Allah menghendaki nescaya mereka tidak mempersekutukanNya”?

Jawapannya adalah, di sana terdapat perbezaan antara maksud yang terdapat di dalam dua ayat tersebut. Adapun ayat 106-107 dari surah Al-An’aam tersebut di atasa adalah sebagai penghibur bagi Rasulullah di mana Allah menerangkan bagi mereka bahawa syirik mereka itu terjadi atas kehendak Allah, untuk mententramkan diri Rasulullah dan agar beliau mengetahui bahawa kalau hal itu menjadi kehendak Allah maka ia harus terjadi, dan demikian beliaupun merasa redha dengan kehendak Allah tersebut.

Sedangkan ayat 148 dari surah Al-An’aam itu, sesungguhnya Allah membatalkan hujah mereka hanya kerana mereka itu ingin berhujah dengan takdir atas kesyirikan dan kemaksiatan mereka. Maka kalaulah seanadainya mereka berhujah dengan takdir itu untuk menerima dan pasrah terhadapnya dengan tetapnya keselamatan pemahaman dan sikap padanya, sungguh kami menerima hal itu dari mereka. Sebagaimana seandainya mereka berbuat kesyirikan lantas menyatakan: “ Hal ini terjadi kerana kehendak Allah namun kami memohon ampunan kepadaNya dan kami bertaubat kepadaNya dari perbuatan kami.” Tentu kita katakan, kalian adalah orang-orang yang benar. Namun orang yang menyatakan ketika kita melarang mereka dari perbuatan syirik, lalu mereka katakan : “ Kalau Allah menghendaki nescaya kami dan bapak-bapak kami tidak mempersekutukanNya dan kami tidak akan mengharamkan sesuatu apapun”, maka hal ini tidak bisa diterima secara mutlak. Ini adalah jawapan pertama.

Kedua: Telah menunjukkan atas kebathilan hujah mereka dengan takdir firman Allah:

* !$¯RÎ) !$uZøym÷rr& y7øs9Î) !$yJx. !$uZøym÷rr& 4n<Î) 8yqçR z`¿ÍhÎ;¨Z9$#ur .`ÏB ¾ÍnÏ÷èt/ 4 !$uZøŠym÷rr&ur #n<Î) zOŠÏdºtö/Î) Ÿ@ŠÏè»yJóÎ)ur t,»ysóÎ)ur z>qà)÷ètƒur ÅÞ$t6óF{$#ur 4Ó|¤ŠÏãur z>qƒr&ur }§çRqãƒur tbrã»ydur z`»uKøn=ßur 4 $oY÷s?#uäur yмãr#yŠ #Yqç/y ÇÊÏÌÈ

Sungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadamu (Wahai Muhammad), sebagaimana Kami telah memberikan wahyu kepada Nabi Nuh, dan Nabi-nabi Yang diutus kemudian daripadanya; dan Kami juga telah memberikan wahyu kepada Nabi Ibrahim, dan Nabi Ismail, dan Nabi Ishak, dan Nabi Yaakub, serta Nabi-nabi keturunannya, dan Nabi Isa, dan Nabi Ayub, dan Nabi Yunus, dan Nabi Harun, dan Nabi Sulaiman; dan juga Kami telah memberikan kepada Nabi Daud: Kitab Zabur.(an-Nisa :163)

Wxß tûïÎŽÅe³t6B tûïÍÉYãBur žxy¥Ï9 tbqä3tƒ Ĩ$¨Z=Ï9 n?tã «!$# 8p¤fãm y÷èt/ È@ß9$# 4 tb%x.ur ª!$# #¹ƒÍtã $VJŠÅ3ym ÇÊÏÎÈ

Rasul-rasul (yang Kami telah utuskan itu semuanya) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang Yang beriman), dan pembawa amaran (kepada orang-orang Yang kafir dan Yang berbuat maksiat), supaya tidak ada bagi manusia sesuatu hujah (atau sebarang alasan untuk berdalih pada hari kiamat kelak) terhadap Allah sesudah mengutuskan Rasul-rasul itu. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.(an-Nisa:165)

Sesuatu yang menunjukkan permasalahan ini dari ayat di atas adalah, bahawa takdir itu seandainya bisa menjadi hujjah, maka tentulah keberadaannya tidak akan berubah meskipun telah diutusnya para rasul. Sebab takdir itu sentiasa tegak sampai setelah diutusnya para rasul sekalipun. Namun ketika ternyata diutusnya para rasul itu sebagai alasan yang membatalkan hujah-hujah orang-orang yang bermaksiat kepada Allah. Maka jelaslah bahawa takdir itu bukanlah hujah bagi mereka yang sah, maka semestinya ia tidak berubah keberadaanya sebagai hujjah dengan diutusnya para rasul, sebab pengutusan para rasul itu tidak membatalkan takdir, atau dengan kata lain bahawa takdir itu tidak dibatalkan dengan diutusnya para rasul.

Ketiga: Dan dari dalil-dalil yang menunjukkan kebathilan berhujah dengan takdir adalah dikatakan kepada siapa sahaja yang berhujah dengan takdir itu, sesungguhnya sekarang ini dihadapannya terdapat dua jalan; jalan kebajikan dan jalan kejelekan. Lalu, dia sebelum lalu jalan kejelekan, apakah dia tahu bahawa Allah telah mentakdirkan kepadanya jalan kejelekan itu? Tentulah tidak diragukan lagi dia tidak mengetahui. Kalau dia ternyata tidak mengetahui, mengapa dia tidak menetapkan dugaannya bahawa Allah telah menetapkan kepadanya jalan kebajikan? Hal ini sebab manusia tidak mengetahui apa yang ditakdirkan Allah baginya kecuali telah terjadi sesuatu itu. Sebab ketentuan Allah itu, sebagaimana yang telah dikatakan oleh para ulama, ia adalah sebuah rahsia yang tertutup dengan pintu yang kuat, yang tidak diketahui setelah terjadi, dan setelah menyaksikannya baru kita menyatakan kepada orang yang bermaksiat: “ Kamu ini mendahulukan berbuat maksiat dan tidak mahu berfikir sebelumnya, dan ketika kamu hendak bermaksiat kamu tidak mengetahui bahawa Allah telah menetapkan takdir itu kepadamu. Kalaulah demikian, kenapa kamu tidak menduga Allah telah menetapkan bagimu kebajikan sehingga kamupun akan menempuh jalan kebajikan itu?

Keempat: Kita katakan kepadanya, kamu sendiri itu, dalam persoalan dunia, apakah kamu memilih kebaikan atau kejelekan? Maka pasti dia menyatakan: “ Aku memilih kebaikan.” Kita katakan lagi kepadanya, mengapa kamu tidak memilih kebaikan pula untuk akhiratmu?

Dan yang semisal lagi, ketika kita katakan kepadanya, sekarang misalnya kamu hendak pergi ke bandar, lalu disana ada dua jalan, jalan kekiri yang tidak berturap yang berbelok-belok dan besimpang-simpang, terdapat juga banyak marabahaya, sedangkan jalan ke kanan adalah jalan yang berturap, yang aman lagi tenang, maka kearah mana kamu akan pergi? Dengan yakin pasti dia akan menyatakan yang kekanan. Lalu kita katakan kepadanya, kenapa dalam hal dunia kamu pergi ke kanan yang menjanjikan kabaikan dan keselamatan, lalu kamu tida pergi ke kiri yang terdapat banyak potongan-potongan jalan yang tidak berturap itu, lalu kamu katakan bahawa hal ini telah ditakdirkan Allah buatku? Dia akan berkata: “ Aku tidak tahu takdir buatku yang mana, namun dengan kesedaran jiwaku, aku memilih jalan yang baik buatku.” Maka kita katakan kepadanya, “ Mengapa kamu tidak memilih jalan akhirat yang terbaik buatmu?

Contoh yang lainnya, ketika kita tangkap seseorang lalu kita pukul dia dengan pukulan yang keras, dan diapun mengerang kesakitan, namun kita katakan kepadanya : “Ini adalah takdir Allah dan ketetapanNya yang telah ditetapkan buatmu.” Demikian kita lakukan berulang kali. Apakah orang itu mahu menerima alasan kita itu? Dengan yakin, dia pasti tidak mahu menerimanya, meskipun ketika dia bermaksiat kepada Allah dan ketetepanNya sebagaimana yang kita katakan kepadanya, namun ketika kita lakukan kepadanya sebuah kemaksiatan, dia tidak menerima apabila kita katakan ia takdir Allah. Bukankah yang demikian adalah alasan belaka ke atasnya?

Oleh sebab itu, disebutkan bahawa Amirul Mukminin Umar Khatab ketika didatangkan kepadanya seorang pencuri, beliau memerintahkan untuk memotong tangannya, pencuri itu pun berkata: “ Sebentar wahai Amirul Mukminin, demi Allah aku ini tidak mencuri melainkan telah ditakdirkan Allah dan ditetapkanNya.” Dia adalah benar, namun yang berada di depannya adalah Umar bin Khatab, maka beliaupun berkata kepadanya: “ Dan kami ini pun tidak akan memotong tanganmu melainkan dengan takdir Allah dan ketetapanNya pula.” Maka beliaupun memerintahkan agar dipotong tangan pencuri itu atas dasar takdir Allah. Di sini Umar bin Khatab beralan dengan alasan yang dipakai oleh pencuri itu kepadanya.

Kalau ada seseorang yang menyatakan, sesungguhnya kita memiliki hadith yang didalamnya Nabi menetapkan bolehnya beralasan dengan takdir, iaitu bahwasanya Adam a.s bercengkerama dengan Musa, maka Musa a.s berkata: “ Kamu itu bapak kami, kamu telah kecewakan kami, kamu keluarkan dirimu dan kami dari syurga!” Maka Adam a.s menyatakan kepadanya : “ Apakah kamu mencercaku atas sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah atasku sebelum Dia menciptakanku? Maka Nabi s.a.w bersabda: “ Adam pun membantah Musa, Adampun membantah Musa!” maksudnya, Adampun mengalahkan Musa dengan sebuah alasan. Meskipun Adam a.s beralasan dengan takdir Allah, bukanlah menunjukkan hadith ini menunjukkan bolehnya beralasan dengan takdir.

Maka jawapan kita adalah, bahawa itu bukanlah beralasan dengan takdir dan ketetapan Allah atas perbuatan hamba dan kemaksiatannya, namun ia adalah merupakan alasan dengan takdir atas musibah yang merupakan hasil perbuatannya. Maka hal ini masuk dalam perbahasan beralasan dengan takdir atas musibah-musibah yang menimpa, bukan atas dasar keaiban, oleh sebab itu Musa a.s berkata: “ Kamu telah mengecewakan kami, dan kamu keluarkan diri kamu dan kami dari syurga.” Dan dia tidak menyatakan, kamu telah bermaksiat kepada Allah, maka kamu pun dikeluarkan dari syurga.”

Jadi Adam a.s beralasan dengan takdir atas keluarnya dari syurga yang termasuk dalam ketegori musibah, sedangkan dengan takdir atas musibah-musibah adalah tidak mengapa dan boleh.

Bagaimana pendapatmu, seandainya kamu sedang bepergian lalu kamu ditimpa sebuah kejadian, kemudian seseorang berkata kepadamu: “ Mengapa kamu bepergian? Kalaulah kamu tetap dirumahmu, tentulah kamu tidak terkena apa-apa.” Lalu bagaimana kamu akan menjawab pernyataan itu? Jawapannya adalah, takdir Allah dan ketetapannya. Aku keluar bepergian bukan untuk menemui kejadian ini, bahkan aku pergi untuk memperoleh kebaikan, namun ternyata aku menemukan kejadian ini dan menimpaku.” Demikian Adam a.s, apakah dia bermaksiat kepada Allah agar dia dikeluarkan dari syurga? Jawapannya pasti tidak. Jadi musibah yang menimpa itu tiada lain hanya sekadar takdir dan ketetapan Allah belaka, sehingga dia beralasan dengan takdir adalah alasan yang benar dan sah, maka itu Nabi s.a.w bersabda. “Adam membantah Musa, Adam membantah Musa!”

Permisalan yang lain, apa yang kalian katakan kepada seorang laki-laki yang terlanjur melakukan dosa lalu diapun menyesal atas dosanya itu dan diapun bertaubat darinya. Kemudian datanglah datanglah laki-laki lain dari kawannya, dan berkata kepadanya: “ Wahai saudaraku, bagaimana dosa ini boleh terjadi kepadamu?” dia pun menjawab : “ Ini adalah semata-mata takdir Allah dan ketetapanNya.” Apakah benar alasan orang itu tadi atau salahkah dia? Jawapannya dan alasannya adalah benar, sebab dia menyesali lalu bertaubat dari dosanya.Dia beralasan dengan takdir bukan dalam rangka untuk membenarkan dosa dan maksiatnya, namun dalam rangka penyesalan dan merenungi diri.

Yang menjadi penguat bagi pekara diatas adalh sesuatu yang sama bahawasanya Nabi s.a.w pada suatu saat mendatangi Ali bin Abi Talib dan Fatimah binti Muhammad, maka beliau mendapati bahawa keduanya dalam keadaan tidur, Kemudian seolah-olah Nabi s.a.w sedikit mencela kedua-duanya, mengapa keduanya tidak bangun? Lalu Ali berkata : “Wahai Rasulullah, sesungguhnya jiwa-jiwa kami ini berada di tangan Allah, kalau Allah menghendaki maka Dia menahannya, dan jika Dia menghendaki maka di kembalikannya kepada jasad-jasad kami. Maka Nabi s.a.w pun keluar sambil menepuk-nepuk pehanya seraya bersabda:

4 tb%x.ur ß`»|¡RM}$# uŽsYò2r& &äóÓx« Zwyy` ÇÎÍÈ

“dan sememangnya manusia itu, sejenis makhluk Yang banyak sekali bantahannya.”(al-Kahfi: 54)

Disini adakah Rasulullah s.a.w menerima alasan Ali? Tidak, bahkan baginda menerangkan bahawa itu adalah bentuk bantah membantah. Sebab Rasulullah s.a.w tahu bahawa jiwa-jiwa itu berada di tangan Allah, namun beliau hendak menjelaskan bahawa manusia itu hendaklah sentiasa berwaspada dan mengawasi dengan kesedarannya sehingga dia akan bersemangat bangun malam dan melaksanakan solat pada waktunya.

Yang penting dalam perbahasan ini adalah telah jelas bagi kita bahawa berhujah dengan takdir atas musibah-musibah itu boleh, demikian pula berhujah dengan takdir atas kemaksiatan dan dosa dalam rangka basa-basi untuk memposisikan diri di kalangan manusia dan untuk meluluskan perbuatannya sehingga dapat dilakukan lagi di kemudian hari adalah tidak boleh dan bathil.

(nukilan kitab tarbiah jibril oleh Syaikh Uthaimin)

Sunday, April 12, 2009

Mengapa Allah SWT menakdirkan hidayah dan kesesatan? Mengapa tidak hidayah sahaja?

Mengapa Allah SWT menakdirkan hidayah dan kesesatan? Mengapa tidak hidayah sahaja?

Seringkali kita merasakan diri kitalah yang paling teruk takdir hidupnya, paling malang dalam dunia, paling bemasalah, paling susah, paling hina, paling tidak berdaya... sehingga mungkin kita terlepas dari landasan sehingga menyalahkan takdir. Penulis ingin kita bersama-sama menelusuri kisah di bawah ini sehingga akhir agar kita sama-sama dapat merungkai segala persoalan dihati yang selama ini mungkin membelenggu kita...

Pernah suatu ketika seorang murid menghadap gurunya lalu berkata: “Wahai guru, kamu seringkali menyampaikan kepadaku tentang masalah yang sangat menarik hatiku. Sehingga ingin sekali aku menanyakan kepada guru: “Mengapa Allah SWT menakdirkan hidayah dan kesesatan? Mengapa tidak hidayah sahaja? Mengapa Allah SWT mentakdirkan kepada suatu kaum berupa kebahagiaan, sedangkan kaum yang lainnya ditakdirkan sengsara? Mengapa tidak kebahagiaan sahaja? Mengapa ada syurga dan neraka, bukan hanya syurga? Apa dosa yang ditaqdirkan untuk tersesat dan kesengsaraan?”

Jawab si guru: “ Sesungguhnya pembahasan masalah ini erat sekali kaitannya antara khaliq dan makhluk. Yang pertama kita mulakan dengan masalah yang berkaitan dengan makhluk. Masalah ini sesungguhnya erat sekali hubungannya dengan kita sendiri dan lebih dekat dengan indera kita. Menurut hemat saya, manusia itu mempunyai akal. Dengan akal manusia dapat membezakan antara yang baik dan yang buruk. Dengan akal itu juga timbulnya taklif (pembebanan hukum), bererti seseorang yang berakal adalah mukallaf (yang dibebani hukum). Oleh kerana itu, tidak ada taklif bagi anak kecil dan orang gila.”

“ Di sisi lain, manusia itu mempunyai kebebasan. Ini tidak boleh disangkal oleh orang yang berakal. Dia berdiri, duduk, bahkan pergi dan datang kerana kebebasannya. Dia boleh berbuat taat kalau mahu, dan boleh juga bebas melakukan kemaksiatan jika mahu. Dengan demikian, dia tidak boleh berdalih kerana takdir”

“Jika dia tetap berdalih pada takdir, sementara potensi dirinya diketepikan, cuba kita pukul sahaja dia atau disakiti, atau kita lecehkan harga dirinya, maka bagaimana reaksinya? Atau kita katakan sahaja kepadanya, bahawa aku melakukan ini kerana takdir. Aku tidak boleh menolak terhadap sesuatu yang telah ditentukan kepadaku sebagaimana kamu katakan itu. Mengapa kamu membela dirimu dalam berbuat maksiat kepada Allah dengan alasan takdir, sementara yang lain tidak kamu bela? Jika dia tidak memaafkan kita, hujahnya jelas kalah.”

“ Jika kita menyuruh kepada orang supaya orang itu taat, sedang dia menjawab: “ Ya, aku akan taat jika Allah berkenan memberi petunjuk.” Maka katakan sahaja kepadanya: “ Sesungguhnya masalah petunjuk itu identik dengan rezeki. Allah SWT Maha Pemberi rezeki sebagaimana Allah Maha pemberi petunjuk. Jika kamu menunggu petunjuk dari Allah tanpa ada usaha sama sekali, maka cuba kamu menunggu rezeki tanpa ada ikhtiar, atau duduk sahaja dirumahmu, tutuplah pintumu sehingga rezeki yang kamu tunggu itu datang sendiri kepadamu!”

“ Orang itu pasti akan menolak. Dia akan menyatakan: “Tentu sahaja kita harus berusaha dan berikhtiar mencari rezeki!” Dengan pengakuan itu, hujahnya itu lemah dan dapat dikalahkan.”

Kita katakan lagi kepadanya: “Kamu bersandar kepada takdir dan menyatakan bahawa segala sesuatu itu berlaku berdasrkan titah qadha dan qadar. Ini memang boleh dibenarkan. Namun, cubalah api ini kamu pegang dengan tanganmu, maka jika ditakdirkan membakar, tentu api itu akan tetap membakar.” Jika dia menolak, maka kalah juga hujahnya.

Katakan pula kepadanya: “ Sesungguhnya, secara refleksioner manusia menghindari sesuatu yang tidak disukai. Misalnya akan terlanggar kereta, maka dia akan segera mengangkat tangannya, meskipun kedua tangannya itu tidak mampu untuk menghalangny. Begitu juga orang yang akan tenggelam, dia akan melambai-lambaikan tangannya agar selamat dari tenggelam, meskipun dengan lambaian tangannya itu tidak akan menjamin keselamatannya.”

Jika demikian, mengapa orang yang berakal tidak berusaha menghindarkan dirinya dari kesengsaraan di akhirat dengan kemampuan dan kebebasan yang telah diberikan kepadanya?

Guru berkata: “ Sesungguhnya Allah SWT Maha Bijaksana. Iaitu meletakkan sesuatu secara tepat. Kebijaksanaan Allah SWT ini meliputi adanya ketentuan iman dan kufur, petunjuk dan kesesatan, kebahagiaan dan kesengsaraan dan syurga mahupun neraka.”

“ Akal manusia memang terlalu lemah untuk dapat menyingkap kebijkasaan Allah SWT di dunia ini. Namun, di akhirat kelak dia akan nampak jelas semua kebijaksanaan AllahSWT itu di matanya. Itulah kelemahan manusia. Dia memang diciptakan dari tanah. Bagaiman mungkin mampu menemui kebijaksanaan Raja Yang Maha Kuasa?”

“Wahai guru, bukankah jawapan ini lemah?” sanggah murid.

Si guru menyangkal: “ Tidak begitu, anakku. Sekarang aku akan memberikan contoh kepadamu, supaya masalah ini akan menjadi lebih jelas. Kamu adalah seorang murid di peringkat menengah. Dalam peringkat ini kamu telah memperolehi pelajaran psikologi dan olahraga. Ketika gurumu menerangkan kepadamu teori kimia dan kamu dapat memahami dengan baik. Lantas apakah gurumu atau kamu sendiri dapat menerangkan kepada anak kecil sehingga dia pun dapat memahami sepertimu?”

“ Tentu sahaja tida,” kata si murid.

Kata gurunya: “ Mengapa tidak?”

“Kerana daya fikirannya belum mampu untuk menjangkau pelajaran seperti itu,” demikian kata muridnya.

Lalu si guru berkata: “ Jika anak kecil itu sekarang ini belum mampu menangkap teori olahraga ataupun kimia, maka sebentar lagi tidak tertutup kemungkinan dia akan mampu memahaminya setelah dia memasuki jenjang pendidikan menengah seperti kamu.” Jawapan guru ini dibenarkan oleh muridnya.

Lanjut, guru berkata: “ Tidak tertutup juga kemungkinan gurumu, semakin dia bertambah usia dan semakin aktif pula mendalami ilmu itu, tentu akan lebih menguasai secara mendalam lagi?” Murid pun membenarkan penyataan si guru.

Kata si guru: “ Kalau begitu, dengarkan baik-baik kataku ini!

“ Jika akal seseorang untuk menerima ilmu itu berbeza antara anak kecil, remaja dan orang tua, bererti alangkah jauh tingkat perbezaan akal manusia dengan kebijaksanaan Allah yang Maha Perkasa, Maha Mengatur dan Maha Mengetahui?”

Si murid akhirnya megucapkan terima kasih kepada gurunya yang telah menghilangkan kebimbangan hatinya.( dipetik dari buku 50 pesan Rasulullah S.A.W kepada kaum wanita, Syeikh Majdi Fathi Ibrahim, Jahabersa,2000, ms 92-98)

-Renungkan, fahamkan dan hadamkan di dalam hati dan sampaikan pada yang lain agar akidah dan iman kita benar-benar murni seperti tiga generasi terbaik ummat-

Monday, April 6, 2009

Rialiti Insan

Rialiti Insan

Hidup ni bagaikan roda yang sentiasa berpusing dan takkkan berhenti kecuali ketika angin dalam roda telah habis.. .. Pada ketika roda itu mula meluncur, ia gah di jalan raya. bunganya banyak, warnanya hitam pekat, takde cacat cela. Ia merentas, macam-macam jenis jalan. kerana pemandunya seorang yang sukakan cabaran... pusingannya bertambah laju dan laju.... pemandu merasakan dia seperti pelumba di litar lumba yang disaksikan ribuan penonton. Tapi, pemandu telupa, tayarnya dah makin nipis, angin tayarnya dah makin kurang.... tapi pemandu gagah jugak nak memandu laju...

Tiba di suatu jalan yang penuh berbatu batu, pemandu meredah tanpa menghiraukan tayar yang dah makin tipis dan angin yang dah makin kurang.......... tidak diperhatikan tayarnya... tiba-tiba tayar terlanggar batu besar yang tajam....... tayar berbunyi “POP”... ia pecah..... kenderaan berhenti... pemandu mula bingung... disini tidak ada kedai, bahkan duit pun tidak bawa untuk mengantikan tayar...

Pemandu jenis yang keras, maka diredahnya terus jalan itu, tetapi untuk pulang kerumah dahulu.... tayar yang dah pecah dilanyak semahunya.... tetapi dengan perlahan lahan... terik matahari membakar kulit dan mengeluarkan keringat, tidak lagi dihiraukan.... janji perjalanannya sampai... tayar yang telah pecah itu terus meredah jalan yang berbatu, pasir, air, dan bermacam lagi yang ada di jalan..... pelahan jer pusingannya, tidak sepeti mula-mula ia di beli..

Kalau mulanya, pemandu gah di jalan, tetapi kini, lemah memikirkan, akan sampaikah dia kerumah?.... perjalanan diteruskan dengan tayar yang semakin lama semakin hancur.... tayar yang dah hancur itu, makin teruk..... tetapi sampai juga pemandu kerumah.... dicapainya duit, dan terus mencari kedai...

Sekali lagi tayar yang telah rosak teruk itu di lanyak, meneruskan perjalanan.... maka sampailah ia ke kedai.... tayar dibuka dan diganti yang lain..... satu tayar baru di pasang pada rim,maka barulah dapat kenderaan kembali beraksi... meredah jalan yang berbagai rupa bentuk, meredah kepanasan jalan yang menyengat.... dan kitaranya terus begitu... takkan pernah berubah.....kerana sifat tayar yang pasti akan nipis dan pecah....dalam putaran merentas jalan yang beribu bahkan berjuta kilometer....

Begitulah iman di dalam hati... kadang ia kuat, kadang ia lemah... pada ketika ia mula-mula keluar dari kedai iman( ketika mendapat hidayah) ia kuat, gah dan sanggup meredah apa jua cabaran... tetapi manusia yang membawa iman ini, kadang terlupa dan terleka untuk terus memperbaharui imannya.... mata itu cerminan hati... mata tidak dijaga, maka hati akan sengsara... iman mula terhakis... terhakis..... terhakis.... dan terus terhakis..... tetapi disebabkan manusia jenis keras, dia merasakan imannya kuat lagi, tetapi sebenarnya dia salah..... ketika sampai pada dugaan yang mengoncang iman...... iman mengeletar kesakitan..... badan rasa sangat lemah... dan iman pun pergi meninggalkan hati...... tika itu.... baru manusia merintih....kerana tidak menjaga iman.... menangis...merayu...mengadu... untuk dapatkan kembali iman....tetapi iman bukannya murah.....

Ia sangat mahal..... tersangat mahal.......terlampau mahal.... sebab itu ramai orang yang tidak mampu mendapatkan iman... harga iman adalah meninggalkan maksiat, meninggalkan apa yang disukai oleh nafsu syahwat... meninggalkan kesenangan-kesenangan dunia yang memperdaya.. dan meninggalkan kehendak yang tidak syar’ie... maka, pada manusia yang ingin memperoleh iman perlu pulang ke pangkal jalan agar dapat mengambil “duit” (taubat) sebelum dapat membeli semula iman yang sangat mahal itu... kepanasan dan keterikan arus dunia yang penuh dengan fitnah dan kehinaan ini terpaksa diredah dahulu sebelum dapat mengambil “duit” yang betul-betul cukup untuk mendapatkan iman yang betul kuat untuk teruskan perjalanan...Kerana ramai yang mengambil “duit” tapi duit itu tidak cukup maka ia pun tetap mendapat iman, tetapi iman yang dia dapat itu sangat nipis, dan mudah meninggalkannya.... “Duit” (taubat) itu perlu benar-benar tepat, lengkap dan lebih baik jika ia banyak... agar iman yang hendak di letak di dalam hati itu akan benar-benar dapat mengawal dan menjaga tubuh badan terutama pintunya (mata) daripada dirosakkan oleh suasana sekeliling yang penuh dugaan..

Maka kerana itulah, kita manusia sering diingatkan sentiasa membawa duit (taubat dengan istigfar) setiapa hari agar, dapat terus memperbaharui iman, ketika ia mula menipis... Allah itu Maha Pengampun dan Pemurah... Allah yang memberi kita iman, tetapi dengan kemurahanNYA, DIA memberi kita duit (istigfar) yang boleh sentiasa dibawa kemana-mana.... Sungguh dari Allah kita datang, dan kepadaNya kita akan kembali.... sesungguhnya Allah itu sangat cemburu dengan hamba-hambanya yang berbuat dosa... maka kerana itu ALLAH berikan rasa penyesalan dalam hati hamba-hambaNYA... agar hambanya dapat cepat-cepat mengambil “Duit” (taubat) daripadaNYA.... kerana ALLAH nak bagi IMAN yang LEBIH KUAT kepada hambaNYA....dan meninggikan martabat hambaNYA agar mendapat hadiah redha dan syuga dariNYA.....

nasa-peace.blogspot.com 1 April 2009, 17:15 PM

Monday, March 2, 2009

BOIKOT ANTARA UTAMA DAN TIDAK

Oleh : Muhammad Asrie bin Sobri

Perang Saraf

Kita menyaksikan pada hari Jumaat, 9 Januari 2009 bersamaan 13 Muharram 1430 Hijrah Nabawiah, demontrasi nesar-besaran di serta ceruk dunia Islam menentang pencerobohan dan penjarahan Bani Israel ke atas Gaza.

Sebenarnya, sebelum serangan atas Gaza ini dilancarkan, setiap hari dan detik rakyat Palestin keseluruhannya sentiasa diserang oleh tentera-tentera Yahudi bahkan Yahudi juga setiap detik dan masa menyerang setiap urat saraf yang berada di otak kaum muslimin.

Bagi yang mengkaji sejarah, mereka tentu tahu bahawa serangan Yahudi yang pertama dilancarkan setelah kewafatan Rasulullah s.a.w adalah pada akhir pemerintahan Saidina Usman bin Affan r.a, Khalifah ketiga umat Islam. Yahudi telah menghantar ejen perisik pertamanya, Abdullah bin Saba’ al-Yamani, seorang Yahudi Yemen ke Madinah al-Munawwarah kemudian merantau ke Syam dan Mesir menyebarkan dakyah palsu sehingga berjaya mempengaruhi umat Islam yang masih baharu dengan agama ini lalu membawa peristiwa pembunuhan Saidina Usman bin Affan r.a.

Selepas itu Yahudi berjaya membuahkan hasil serangan pertamanya berupa perpecahan Umat Islam dan pembentukan pemikiran Tasyayyu’ (Syiah) yang melampau dalam memuja Ahli Bait Ali r.a. Virus Yahudi yang disemai dalam Islam ini berjaya membawa kejatuhan Palestin di tangan kaum Nasrani semasa peperangan Salib apabila Kerajaan Syiah Fatimiah Mesir membenarkan Nasrani menakluk Palestin demi menjatuhkan lawannya Khilafah Abbasiah di Iraq.

Pada kurun ke-7 Hijrah, Syiah sekali lagi berjaya diperalatkan Yahudi apabila mereke membantu tentera Mongol menjatuhkan Khilafah Abbasiah di Baghdad. Semenjak itu, Syiah menjari saluran utama Yahudi membawa masuk segala macam pemikiran dan sistem yang sangat bertentangan dengan inti pati akidah Islam tetapi berjaya dibawa masuk dengan berselindung di bawah nama Islam.

Pada kurun ke-19 Masehi di penghujung Kerajaan Usmaniah, Yahudi melalui gerakan Freemansori berjaya mempengaruhi Sultan Mahmud yang menjadi pemerintah Usmaniah menukar sistem Islam kepada sistem sekular. Namun, apabila Sultan Abdul Hamid II selepas itu menolak sistem sekular itu dan menerima pakai semula Syariah Islamiah, Yahudi melancarkan pula roketnya dalam bentuk manusia bernama Mustafa Kamal yang meruntuhkan sama sekali empayar Islam Usmaniah. Di bumi Arab pula, Yahudi memasukkan racun Nasionalisme dalam pemimpin-pemimpin dan tokoh-tokoh Arab sehingga negara-negara Arab berpecah.

Tidak cukup dengan racun Nasionalisme, dibawa pula racun Liberalisme sehingga terbentuknya ajaran Islam Liberal walaupun namanya belum muncul di tangan beberapa Ulama Universiti al-Azhar al-Syarif seperti Rifaah Tahtawi, Muhammad Abduh, Taha Husein, dan Saad Zaghlul. Para Ulama ini menjaja bahawa bertudung bukan daripada Islam, akidah Islam berpaksi pada akal, segala nas naqli sama ada al-Qur’an atau alp-Sunnah hendaklah merujuk kepada akal. Secara tidak langsung pemikiran Muktazilah yang telah lama terkambus muncul semula. Taha Husein menjaja ke merata tempat bahawa al-Qur’an adalah makhluk bahkan jauh lebih dahsyat daripada Muktazilah, dia mendakwa alp-Qur’an adalah ciptaan Muhammad s.a.w. Kini segala ucapan dan buah fikiran Abu Lahab dan Abu Jahal diterbitkan semula di atas lidah seorang yang bergelar Ulama al-Azhar!!!.

Kemudian, racun demokrasi disuntik ke dalam pemimpin-pemimpin Islam, maka undang-undang Syariah ditukar dengan undang-undang Perancis. Segala peraturan dan undang-undang negara mestilah mendapat persetujuan manusia sebeluim dilaksanakan walaupun telah ada nas yang jelas daripada al-Qur’an dan al-Sunnah memerintahkannya.

Memboikot Barangan Yahudi dan Nasrani

Maka demikianlah gambaran ringkas bentuk serangan yang dinamakan al-Ghazwul Fikri atau Perang Saraf yang dilancarkan Yahudi sebelum mereka melancarkan serangan bersenjata seperti yang kita lihat pada hari ini.

Daripada gambaran ringkas ini, saya berharap kita sudah boleh meneka apakah kaitannya dengan tajuk boikot.

Ya, ramai daripada kita pada hari ini menyeru untuk memboikot barangan Yahudi dan Amerika Syarikat. Namun, malangnya mereka terlalu dangkal untuk memilih barangan apakah yang paling utama untuk diboikot.

Saya tidak menafikan perlunya kita memboikoit barangan mereka, menjatuhkan ekonomi mereka, menyekat kemajuan mereka dan menghentikan keganasan mereka. Namun, ada perkara utama yang perlu kita lakukan untuk memboikot produk mereka, iaitulah memboikot sistem yang mereka cipta dan pemikiran sesat yang mereka masukkan ke dalam otak-otak kita.

Mari kita fahami firman Allah Taala berikut :

وَلَنْ تَرْضَى عَنْكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَى وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُمْ بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ

Maksudnya : “orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar”. dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu”. [al-Baqarah : 120]

Allah s.w.t memberitahu kepada kita bahawa tujuan dan kehendak utama kaum Yahudi dan Nasrani daripada kaum muslimin adalah memesongkan akidah mereka, menjadikan kaum muslimin pengikut cara hidup mereka.

Allah s.w.t pada akhir ayat menjanjikan ancaman bahawa jika kita mengikut juga mereka dalam hawa nafsu mereka, reda dengan maksiat mereka, maka Allah s.w.t berikrar tidak akan menolong kita dan tidak akan menjaga kita.

Dapat difahami daripada ayat ini, Yahudi dan Nasrani bertujuan menjadikan kita pengikut agama mereka, apabila kita mengikut agama mereka kita akan kehilangan pertolongan Allah yang kita peroleh sebelum ini, maka mafhum daripada ayat ini, jika kita hendak mendapatkan pertolongan Allah s.w.t hendaklah kita meninggalkan jejak langkah agama Yahudi dan Nasrani serta kembali berpegang dengan ajaran Islam yang murni.

Oleh itu, memang satu-satunya jalan untuk memenangi pertempuran Gaza dan seterusnya membebaskan seluruh bumi Palestin adalah dengan memboikot Yahudi dan Nasrani itu sendiri, bukan sekadar barangan mereka, tetapi sistem dan akidah mereka.

Apa guna kita memboikot sebiji pisang Israeli kemudian kita membeli sebiji pisang yang dihasilkan kaum muslimin tetapi menggunakan sistem jual beli Yahudi? Apa guna kita memboikot kereta buatan Amerika Syarikat tetapi kita membeli sebuah Proton dengan pinjaman Riba? Apa guna kita memboikot mata wang dolar U.S tetapi meniagakan Ringgit Malaysia dengan sistem Kapitalis atau Sosialis ciptaan Yahudi dan Nasrani?

Adakah kita boleh berbangga apabila kita keluar di jalan-jalan membantah Israeli tetapi ketika proses itu, berlaku percampuran lelaki dan wanita ajnabi (bukan mahram), wanita berteriak-teriak meninggikan suara sedangkan semua itu dilarang dalam Islam dan gaya agama Yahudi dan Nasrani?

Janganlah jadi jahil, apabila kita sakit jantung maka hendaklah makan ubat sakit jantung bukan sekadar menyapu minyak angin di dada…Inilah ibaratnya jika kita hanya memboikot produk tetapi sistemnya kita ambil. Boikotlah sistem dan produknya sekali. Ingatlah Allah s.w.t tidak pernah mengharamkan kita membeli barangan buatan Yahudi dan Nasrani selama ianya tidak diharamkan dalam syariat kita tetapi Allah mengharankan kita mengambil sistem jual beli Yahudi dan Nasrani, Allah tidak melarang kita jika ada kemaslahatan yang jelas kepada Umat Islam untuk mengadakan gencatan senjata atau perjanjian damai dengan Yahudi dan Nasrani tetapi Allah melarang kita mempercayai mereka, menjadikan mereka teman rapat, penasihat dan pemimpin, apatah lagi mengambil sistem pentadbiran mereka.

Boikotlah Barangan Ini!!

Oleh itu, saya menyeru semua kaum muslimin untuk memboikot barangan berikuit :

1- Sistem Demokrasi

2- Pemikiran Liberal dan Islam Liberal

3- Ajaran Syiah

4- Ajaran Tasawuf Falsafah

5- Pemikiran Feminisme

6- Sistem Kapitalis

7- Sistem Sosialis

8- Common Law of British

9- Undang-undang Sekular

10- Pemikiran Sekular

11- Pemikiran Aqlaniah (Muktazilah Baharu)

12- Nasionalisme

13- Budaya-budaya Barat keseluruhannya

Jika kita berjaya memboikot barang-barang ini, insya-Allah, jika kita berbelanja sebulan satu billion ringgit pun untuk membeli barangan Amerika dan Yahudi, mereka sama sekali tidak akan untung dan kita sama sekali tidak akan lemah dan rugi.

Selagi kita terus menggunakan sistem mereka ini, walaupun semua barangan dalam dunia ini adalah produk kaum muslimin 100%, sama sekali Yahudi dan Nasrani tidak rugi dan sama sekali kita tidak akan untung. Wallahua’lam.