Thursday, January 15, 2009

Pegangan (i’tiqad) terakhir Abu al-Hasan al-Asyaari.

Pegangan (i’tiqad) terakhir Abu al-Hasan al-Asyaari.

Imam al-Hasan al-Asyaari yang dikatakan sebagai pelopor kepada pegangan Madzhab Asyairah adalah tidak sebagaimana yang diperkatakan oleh kebanyakan orang berkenaan i’tiqad beliau. Ia ada Abu al-Hasan al-Asyaari dan disahkan oleh beberapa orang tokoh. Tokoh-tokoh ini telah disenaraikan oleh ‘Abd al-Malik bin Isa bin Darbas al-Shafi’i(605H) dalam tulisan kecilnya yang bertajuk al-Risalah. Tokoh-tokoh tersebut ialah:

1. al-Baihaqi, Abu Bakar Ahmad bin al-Husain

2. Abu al-‘Abbas al-Tariqi

3. Abu ‘Uthman al_sobuni

4. Abu Ali al-Farisi al-Maqra

5. Nasir al-Maqdisi

6. Ibnu ‘Asakir

7. Abu al-Ma’ali al-Syafie

8. Abu Muhammad al-Baghdadi

Sekiranya kitab al-Ibanah ‘an Usul al-Diyanah bukanlah merupakan kitab karangan Abu al_hasan al-Asya’ari sebagaimana yang dikatakan oleh orang-orang yang menyembunyikan ilmu(kebenaran), ia tidak menjejaskan i’tiqad beliau yang muktamad dalam hal aqidah. Pegangan beliau boleh juga di lihat dalam kitab-kitabnya yang lain khasnya dalam Maqalat al-Islamiin wa Ikhtilaf al-Mussollin.

Dalam bab Pendapat Ashab al-Hadith dan Ahl al-Sunnah(jld. 1, ms.345-350) Abu al-Hasan al-Asyaari telah menyenaraikan asas-asas aqidah Ahl al-Sunnah, seperti:

Pertama:

Sesungguhnya Allah beristiwa Di Atas ArasyNya sebagaimana firmanNya: al-Rahman(Allah) yang Beristiwa Di Atas Arasy (surah ToHa 20:5)

Kedua

Dan Sesungguhnya bagiNya (Allah) Dua Tangan tanpa dipersoalkan bagaiman ciri-ciri dan bentuk (kaifiyat) TanganNYa tersebut sebagaiman firmanNya:Yang telah Ku-ciptakan dengan kedua TanganKu (Saad 38:75) dan sebagaimana firmanNYa: Tetapi kedua-dua Tangan Allah terbuka( al-Maidah 5:64)

Ketiga

Dan Sesungguhnya bagiNya (Allah) Dua Mata tanpa dipersoalkan bagaiman ciri-ciri dan bentuk (kaifiyat) MataNya tersebut sebagaimana firmanNya: Yang berlayar dengan pengawasan Mata Kami..(al-Qamar 54:14)

Keempat

Dan sesungguhnya bagi-Nya (Allah) Wajah sebagaiman firmanNya: Dan tetap kekal Wajah TuhanMu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. (al-Rahman 55:27)

Setelah menukilkan asas-asas ‘aqidah Ahl al-Sunnah seperti di atas, Abu al-Hasan Al-Asyari berkata:

Dan mereka (Ahl al-Sunnah) menetapkan Allah bersifat Mendengar dan Melihat dan tidaklah mereka menafikan yang sedemikian daripada Allah sebagaimana yang dinafikan oleh golongan al-Mu’tazilah.

Setelah mengemukakan beberapa lagi asas-asas ‘aqidah Ahl al-Sunnah, Abu al-Hasan al-Asya’ari akhirnya berkata pada ms.350 (371 bagi edisi terj):

Maka demikianlah, semua ini merupakan apa yang di perintahkan (oleh Ahl al-Sunnah) dan ia diamalkan oleh mereka dan dijadikan pendapat oleh mereka. Dan bagi setiap apa yang kami sebutkan daripada perkataan mereka (Ahl al-Sunnah) (maka) begitulah perkataan kami dan merupakan mazhab kami. Dan tiadalah yang memberi kami taufiq melainkan Allah dan Dia-lah sebaik-baik al-Wakil dan kepadaNya kami memohon pertolongan dan kepadaNya kami bertawakal dan kepadaNya tempat kembali.

Demikianlah sebenarnya pegangan (i’tiqad) Abu al-Hasan al-Asya’ari yang beliau tegaskan dengan sejelas-jelasnya.Dengan nukilan ini maka tertutuplah segala syubhat dan tohmahan yang dilontarkan ke atas ‘aqidah terakhir Abu al-Hasan al-Asyari dan kitabnya al-Ibanah fi Usul al-Diyanah.

(Dinukil dari Pembongkaran Jenayah Ilmiah buku Salafi Wahabiyah, ms 203-207, Hafiz Firdaus Abdullah)

Asyairah

Asyairah ...

Dalam keadaan ikhtilaf yang berpanjangan dan serangan-serangan yang dilancarkan terhadap aqidah islamiyah yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam yang bermacam-macam ketika itu muncul juga madzhab Asyariah yang telah menyerang kemurnian aqidah Islam. Madzhab ini adalah hasil percampuran atau gabungan dari berbagai macam pecahan madzhab seperti Mutazilah, Kilabiyah dan lain-lain.

Imam al-Asyary adalah seorang murid Abu Ali Muhammad bin Abdul Wahab al-Juba’i seorang tokoh Mutazilah. Ia(Asyary) belajar darinya dalam masa yang cukup panjang kira-kira 40 tahun, ia menimba ilmu dari paham Mutazilah kemudian berpindah guru kepada Abu Muhammad Abdullah bin Sa’id Al-Kilab seorang yang menyatakan bahawa Allah memiliki sifat-sifat khabariyah, menentang dan memusuhi Mutazilah sebagaimana terkenal di kalangan para ulama. Sehingga Abul Hasan Al-Asyary mendirikan tariqatnya di atas dua aturan dari Ibnu Kilab dalam masalah sifat, Al-Qadar dan Af’alur Rabb( perbuatan-perbuatan Allah) dan ia banyak meninggalkan permasalahan Muatzilah. Akan tetapi Syaikh Islam Ibnu Taimiyah menyatakan tentang Abul Hasan Al-Asyary : “ Dia tetap tidak dapat melapaskan diri dari madzhab Mutazilah kerana tumbuh dari sana di samping itu sangat sedikit pemahamannya terhadap Al-Quran dan Sunnah.” Maka dia mulai bertukar fikiran dan berhujah denganya dan menyatakan bahawa madzhabnya adalah madzhab Ahlus Sunnah wal jama’ah.

Perlu diketahui pula bahawa jalan atau thariqah imam Al-Asyary rahimahullah bukanlah madzhab Asyairah. Diantara keduanya ada perbezaan yang jauh. Thariqahnya(Imam Al-Asyary) lebih baik dari madzhab Asyairah, hal ini dapat diketahui oleh orang yang mengebal kedua madzhab itu.Yang dimaksudkan Asyairah adalah orang-orang belakang mereka yang menisbatkan diri mereka kepada Imam Al-Asyary serta jumlah mereka hanya Allah yang tahu. Sehingga Madzhab ini banyak memiliki imam dan pendukung dan banyak pula yang membangun serta menyebar kan madzhab ini keseluruh alam seperti Abul Hasan Al-Bahili, Abul Ishaq Al-Isfara’ini, Abu Bakar Al-Baqilani, Ibnu Farik, Asy-Syirazi, Al-Jumaini.Al-Ghazali, As-Sihristani, Al-Baihaqi.Al-Hakim.Ibnu Asakir, Fakhrurrazi dan lain-lain yang tidak terhitung lagi. Mereka memenuhi dunia dengan karangan mereka yang sanggup menguasai akal orang-orang banyak kerana mereka mengaku bahawa mereka bermadzhab Ahlus Sunnah wal jamaah. Kitab-kitab tersebut menguasai perputaran ilmu di timurdan barat serta di setiap negeri kaum muslimin. Tempat tumbuhnya berawal di Iraq sekitar tahun 380 H. Kemudian berpindah ke Syam, Khurasan dan lain-lain.

Ketika Shalahudin menjadi Sultan ia bekerjasama dengan Qadlinya iaitu Shadruddin Abdul Malik bin Isa bin Dirbas untuk menyebarkan Madzhab ini serta mengajak manusia kepadanya seperti yang dikatakan oleh Al-Ghazali : “Dia (Shalahudin) berkeyakinan bahawa orang yang menyimpang dari madzhab iniadalah kafir walupun sejengkal dan berpisah dari madzhab ini walau sedikit maka ia sesat dan merugi”. Shalahudin dan Qadlinya tersebut di besarkan dalam lingkungan madzhab ini, bahkan Shalahudin telah menghafal kitab Al-Aqidah yang ditulis oleh Abul Ma’ali Mas’ud bin Muahammad An-Naisaburi pada masa kecilnya.

Seorang yang bernama Muhammad bin Abdillah At-Taumurt datang dari Maghribi ke Iraq dan mempelajari madzhab Asyariah dari Al-Ghazali dan lain-lain. Ketika kembali ia berdiam beberapa waktu di negerinya untuk memberikan pelajaran dan pemahaman kepada mereka menetapkan aqidah meraka berdasakan aqidah madzhab ini.Pendapat ini diterima oleh orang-orang di negerinya. Setelah kematiannya ia diganti oleh Abdul Mukmin bin Ali Al-Qaisi yang menamakan dirinya amirul mukminin. Dia menguasai Al-Magribi dengan paksa serta menamakan kelompoknya dengan al-Muwahidin (orang-orang yang bertauhid).Akhirnya mereka menghalalkna darah orang yang menentang aqidah Ibnu Taumurt. Mereka menjadikannya sebagai Imam Mahdi yang maksum. Sehingga dengan demikian mereka menumpahkan darah manusia tak terhitung jumlahnya hingga tiada tersisa madzhab yang menentangnya kecuali sebahagian kecil iaitu mazhab salaf. Mereka menyerang madzhab kecil iaitu madzhab salaf dari segala arah dan menuduh mereka dengan Musyabbihin, Mujassimin dan Mumatsilin.

Kesimpulan aqidah Asyairah tentang sifat Allah adalah mereka hanya mengimani tujuh sifat Allah yang mereka namakan dengan sifat ma’ani iaitu:

1.Al-Ilmu

2. Al-Hayyah

3. Al-Qudrah

4. Al-Iradah

5. As-Sama

6. Al-Bashar

7. Al-Kalam

Kemudian mereka menamba sifat yang tujuh ini menjadi dengan sifat yang diberi nama sifat ma’nawiyah iaitu sifat yang dibentuk dari yang tujuh tadi iaitu bahwa Allah:

8. Mengetahui

9. Hidup

10. Menguasai

11. Menghendaki

12. Mendengar

13. Melihat

14. Berbicara

Mereka menetapkan sifat-sifat tersebut berdasarkaan kaedah ilmu kalam yang rosak. Mereka menamakannya dengan hal maknawi sebagai pekara yang pasti tetapi tidak ada dan tidak diketahui. Hal ini adalah perkara mustahil menurut akal. Kerana tidak ada pekara yang wujud dan pekara yang tidak ada. Segala sesuatu hanya ada atau tidak ada.

Kemudian mereka menambah sifat ini dengan enam sifat lainya iaitu:

15: Wujud

16.Qidam

17. Baqa

18.Mukhalafatul lil-hawadiths

19. Qiyamuhu bi nafsih

20. Wahdaniyah

Sehingga mereka meyakini bahawa Allah memiliki 20 Sifat. Mereka menamakan Al-Wujud sebagai sifat nafsiyah dan selebihnya tidak ada tempat untuk mengadakan perbicaraan lagi. Pernyataan bahawa sifat Allah hanya 20 saja bertentangan dengan Al-Quran dan As-Sunnah serta Ijma (Fatawa Daima,3/124)

Adapun tujuan menyebutkan contoh-contoh dari aqidah Asyairah ini kerana di hormati di dunia Islam. Juga sebagai petunjuk tentang kebathilan yang ada pada Asyairah yang kebelakangan ini melarang untuk mensifati Allah dengan :ridha, marah, cinta, benci, tertawa, senag, heran, turun ke langit dunia, datang pada hari kiamat untuk memutuskan permasahalahan hamba-hambaNya, beristiwa di atas ArasyNya yang tinggi di atas makhlukNya, mempunyai tangan, jari, kaki, tumit, wajah dan lain-lain. (Thabat Aqidah Islamiyah, Abdullah Al-Ghunaiman, hal 27-36, lihat pula Al-Milal wan-Nihal,43)

Allah Dimana-mana? atau Allah tidak bertempat? atau Allah di atas Arsy?

Allah Dimana-mana? atau Allah tidak bertempat? atau Allah di atas Arsy?

Aaaaarrrghh..... pening-pening mana yang betul ni? Dulu kata Allah dimana-mana, pastu ada pulak kata Allah tidak bertempat, pastu ni yang terbaru Allah diatas Arys...Aduhai macam-macam ada, ni kalah Astro ni.
Inilah realiti masyarakat Malaysia yang dibebani pemikirannya dengan pe lbagai pemahaman dan pemikiran yang masing-masing menisbatkan aliran mereka sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah. Masing-masing utarakan hujah, yang jadi mangsa masyarakat. Apa kata kita tengok apa pandangan para Ulama mukhtabar tentang persoalan ini.
1. Imam al-Auza’ie rahimahullah, Imam ahli Syam beliau menegaskan:
“ Kami dan para Tabi’in semuanya menetapkan dengan kesepakatan qaul kami bahawa: Sesungguhnya Allah diatas ArasyNya dan kami beriman dengan apa yang telah dinyatakan oleh Sunnah berkenaan sifat-sifat Allah Ta’ala”.(Fathul Bari.Jld.Hlm.406.Ibn Hajar al-Asqalani. Dar Ihya at-Turath al-Arabi.Beirut)
2. Imam Abu Hasan al-Asy’ari menegaskan al-Quran bukan makhluk yang diturunkan oleh Allah yang berada di langit. Beliau menjelaskan:
“ Allah mempunyai sifat, mempunyai tangan, bersemayam diatas ‘ArsyNya dan mempunyai muka. Al-Quran itu Kalamullah bukan Makhluk dan al-Quran diturunkan dari langit” (Iktiqad Aimmatul Hadith hal 50-51.Ismaili.
Beliau juga berkata:
“Di atas langit-langit itulah ‘Arasy, maka tatkala ‘Arasy berada di atas langit-langit Allah berfirman: Apakah kamu merasa aman terhada Zat yang berada di atas langit? Sesunguhnya Ia istiwa (bersemayam) di atas ‘ Arasy yang berada di atas langit dan tiap-tiap yang tinggi itu dinamakan As-Sama (langit), maka ‘Arasy berada di atas langit . Bukanlah yang dimasudkan di dalam firman: Apakah kamu merasa aman terhadap Zat yang berada di atas langit? Bukan di seluruh langit, tetapi ‘ArasyNya yang berada di atas langit”(Al-Ibanah an-Usul ad-Dianah. Hlm.48)
Beliau rahimahullah seterusnya berkata:
Sesungguhnya setelah seseorang bertanya:Apa yang kamu katakan berkenaan iatiwa? Katakan kepadanya: Kami sesungguhnya berkata bahawa Allah ‘Azza wa-jalla bersemayam di atas ‘ArasyNya yang sesuai denganNya sebagaiman firman Allah:{ Ar-Rahman(Allah) bersemayam di atas ‘ArasyNya} Taha:5. Firmannya lagi: {KepadaNyalah naik perkataan-perkataan yang baik} Fatir:10. Firman Allah: {Tetapi( yang sebenarnya) Allah telah mengangkat Isa kepadaNya} an-Nisa:158. Firman Allah:{Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) it naik kepadaNya} As-Sajadah:5. Firman Allah:{Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang dilangit bahawa Dia akan menjungkir balikkan bumi bersama kamu} al-Mulk:16. Maka langit di atasnya adalah ‘Arasy, maka apabila ‘Arasy di atas langit-langit maka Allah berfirman: { Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang dilangit} kerana Allah beristiwa di atas ‘Arasy di atas langit ....Dan kita lihat sekalian orang-orang Islam mengangkat tangan mereka menghadap langit apabila berdoa kerana Allah Azza wa-Jalla beristiwa di atas ‘Arasy yang berada di atas langit-langit, jika sekiranya Allah Azza wa-Jalla di atas ‘ArasyNya pasti mereka tidak mengangkat tangan mereka menghadap langit (manghadap ‘Arasy)” (Al-Ibanah an-Usul ad-Dianah. Hlm.97-98, Al-Asma wa sifat oleh Al-Baihaqi, at-Tauhid wa-Sifat ar-Rab oleh al-Imam Ibn Khuzaimah, العو لعلي الغفار oleh Az-Zahabi.
Imam Abu al-Asy’ari menjelaskan melalui hadith:
“Dari Nafi’ bin Jabir dari bapanya sesungguhnya Nabi saw bersabda: Turun Tuhan kami Azza wa-Jalla setiap malam ke langit dunia, lalu berfirman: Adakah sesiapa yang meminta maka Aku akan memberinya, adakah sesiapa yang meminta pengampunan maka Aku akan mengampunkannya, sehingga terbit fajar”. (Al-Ibanah an-Usul ad-Dianah. Hlm.99-100)
3. Imam Syafie rahimahullah menjelaskan melalui riwayat yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib radiallahu’anhu:
“ BagiNya dua tangan sebagaiman firmanNya: (Tidak demikian), tetapi kedua –dua tangan Allah terbuka. BagiNya tangan sebagaimana firmanNya: Langit digulung dengan tangan kananNya. Allah mempunyai wajah sebagaiman firmanNya: Setiap sesuatu akan binasa kecuali WajahNYa . Baginya kaki sebagaimana sabda Nabi saw: Sehinggalah dia meletakkan wajah dan KakiNya. Dia mempunyai jari sebagaiman sabda Nabi saw: Tiadalah hati itu kecuali antara jari-jari dari jari-jari Ar-Rahman (Allah).Kami menetapkan sifat-sifat ini dan menafikan darimenyerupakan sebagimana dinafikan sendiri oleh Allah sebagaimana firmanNya: (Tiada sesuatu yang semisal denganNya dan Dia Maha Mendengar dan Maha Melihat)” ( Iktiqad Aimmah al-Arba’ah Abi Hanifah wa Malik wa Syafie wa Ahmad, Hlm 46-47. Cetakan pertama.1412-1992. Darul ‘Asimah Saudi Arabia.
Beliau seterusnya menjelaskan lagi:
“Dan Allah Ta’ala di ats ‘ArasyNya (Dan ArasyNya)di langit” ( Iktiqad Aimmah al-Arba’ah Abi Hanifah wa Malik wa Syafie wa Ahmad, Hlm 40)

Bahkan beliau berkata:
“Sesungguhnya Allah di atas ‘ArasyNYa dan ArasyNya di atas Langit” ( Iktiqad Aimmah al-Arba’ah Abi Hanifah wa Malik wa Syafie wa Ahmad, Hlm 179)
4. Berkata Al-Imam Malik rahimahullah:
“Allah berada si atas langit sedangkan ilmuNya di tiap-tiap tempat (dimana-mana) tidak tersembunyi sesuatupun daripadanNya” ( Iktiqad Aimmah al-Arba’ah Abi Hanifah wa Malik wa Syafie wa Ahmad, Hlm 140)
5. Berkata al-Imam Ahmad bin Hambal rahimahullah:
“ Benar, Allah di atas ArasyNya dan tidak sesiapapun yang tersembunyi daripada pengetahuanNya” ( Iktiqad Aimmah al-Arba’ah Abi Hanifah wa Malik wa Syafie wa Ahmad, Hlm 188)

Eh... macammana pulak yang kata Allah dimana-mana, Allah tidak bertempat?. Kita perhatikan Apa kata para Ulama:
1. Athar dari Syeikh Islam Abdul Qadir al-Jailani rahimahullah, beliau menjelaskan:
“Tidak boleh mensifatkan Allah bahawa Ia berada di tiap-tiap tempat.Bahkan (wajib) menyatakan: Sesungguhnya Allah di atas langit (yakni) dia atas ‘Arasy sebagaimana Ia telah berfirman:Ar-Rahman di atas ‘Arasy, Ia beristiwa.(surah Taha:5) dan wajiblah memutlakkan sifat istiwa tanpa takwil, sesungguhnya Allah Istiwa dengan ZatNya di atas ‘Arasy. KeadaanNya di atas ‘Arasy disebut kepada tiap-tiap Kitab yang Ia turunkan kepada tiap-tiap Nabi yang Ia utus tanpa bertanya (para Nabi yang diutus tidak bertanya): Bagaimana caranya (Allah istiwa di atas ‘ArasyNya)?” (Fatawa Hamwiyah Kubra. Hlm.84)
2. Imam Abu Hasan al-Asyari seterusnya memegaskan:
“Telah berkata orang-orang dari golongan Muktazilah, Jahmiyah dan al-Hururiah: Sesungguhnya firman Allah (Allah bersemayam di atas ‘ArasyNya) mereka berkata Istaula (bukan istiwa ) dan Allah Azza wa-Jalla di setiap tempat , mereka menentang bahawa Allah Azza wa-Jallah di atas ‘ArasyNya”. (Al-Ibanah an-Usul ad-Dianah. Hlm.97)
3. Berkata Imam Syamsuddin az-Zahabi salah seorang ulama besar bermazhab Syafie:
“ Sesiapa mengingkari bahawa Allah Azza wa-Jalla di langit, maka dia seorang yang kafir”.
(مختر العلو العلي الغفار oleh al-Hafiz Syamsuddin az_zahabi. Hlm.137)
4. Jahmiyah tidak mempercayai Allah di langit:
“ Dan ditanyakan kepada Yazid bin Harun :Siapa Jahmiyah? Maka beliau berkata: Sesiapa yang mempercayai bahawa Ar-Rahman (Allah) bersemayam di ArasyNya tetapi tidak dsebagaimana yang dipercayai oleh orang-orang Islam, maka itulah Jahmiyah” (الا با نة الكبري (1/195ق ) Ibn Batah)
Berkata Hamad bin Zaid:
“ Jahmiyah ialah mereka yang menyatakan bahawa di langit tidak ada sesuatu (Allah bukan di langit) ” (الا با نة الكبري (1/195ق ) Ibn Batah, Ar-radd ala Jahmiyah Ibn Hatim, As-Sunnah hlm 12. Abdullah bin Ahmad)
5. Dawud bin Ali berkata: “Ketika kami berada di majlis Ibnu ‘Arabi, datanglah seseorang kemudian berkata: “ Wahai Aba Abdillah, apakah makna (Ar-Rahman ‘ala Arsyistawa) artinya Ar-Rahman (salah satu dari nama Allah) bersemayam diatas Arasy? Ibnu Arabi menjawab: “Allah di atas Arasy-Nya sebagaimana yang dikhabarkan.” Kemudian orang tadi berkata: “Bukan demikian. Tetapi makna istawa adalah istaula (menguasai)” Maka Ibnu Arabi berkata kepadanya: “ Diamlah kamu kerana kamu tidak tahu maknanya. Sesungguhnya orang Arab tidak menyatakan untuk seseorang menguasai atas sesuatu sampai dia mempunyai lawan. Maka siapa diantara kedua orang tersebut menang, maka dikatakan kepadanya istaula(menguasainya) dan Allah s.w.t tidak memiliki lawan dan Dia di atas Arasy-Nya sebagaimana yang Dia khabarkan.
6. Imam Al-Qurthubi berkata dalam tafsirnya: “ Tidak seorangpun salafus shalih mengingkari bahawa bersemayamnya Allah di atas Arasy-Nya itu secara hakikat(bukan majaz) dan pengkhususan Arasy-Nya dengan bersemayamNya kerana Arasy adalah makhluk yang paling besar.
7. Ibnu Jarir dalam Sharihus Sunnah berkata: “ Dan cukuplah seseorang mengetahui bahawa Rabb-Nya bersemayam di atas Arasy-Nya. Barang siapa memahami selain yang demikian sungguh dia telah gagal dan merugi.”
8. Imam Ibnu Khuzaimah berkata: “ Maka kami beriman kepada khabar Allah s.w.t bahawa Pencipta kita bersemayam di atas Arasy-Nya.Kami tidak merubah firman Allah dan tidak pula kami berkata selain perkataan yang dikatakan kepada kita, seperti perkataan para pengingkar sifat Allah dari golongan Jahmiyah bahawasanya Allah s.w.t bersemayam di atas Arasy-Nya maknanya adalah menduduki (menguasai).Mereka mengganti perkataan selain perkataan yang dikatakan kepada mereka seperti yang pernah dilakukan oleh orang Yahudi ketika diperintah untuk mengatakan ( حطة : pembebasan dosa) mereka menggantikan dengan kata ( حنطة :gandum [makanan]).
Jadi kita nilailah. Orang sekarang memang ada macam-macam fahaman. Masing-masing suka guna logi akal sahaja. “Eh macam betullah, eh eh eh”.. jangan dah terlajak baru nak brek.... tahu- tahu brek putus sebab wayar brek putus... mulalah kita akan kata EEEEEEEEEEEEEEEEEHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH.....masuk gaunglah kita, ni kat dunia, kat akhirat... ini bab akidah... fikirkanlah.......

Mudah Sungguh kita melebelkan ini agama Islam, Ini ajaran Islam, Inilah sunnah.

Mudah Sungguh kita melebelkan ini agama Islam, Ini ajaran Islam, Inilah sunnah.

Wah wah wah.. inilah manusia zaman sekarang. tanpa kita sedari kita dah kembali ke zaman dahulu apabila kita dengan mudah menyatakan “ Alah pekara ni pekara baik, apa salahnya...” . “ Eh, datuk nenek aku buat camtu takkan salah kot”. “ Apahal pulak, kita kena sangka baik, yang penting hati”.

Al-quran yang merupakan mukjizat yang teragung sebenarnya dah merakamkan dialog-dialog sebegini didalam al-quran, cuma sayang kita sering dilekakan dengan kata-kata “TUAN GURU, PAK USTAZ, PAK LEBAI” dan macam-macam gelaran lagilah. Apa yang mereka kata kita terima bulat-bulat, macam ular sawa makan kambing telan jer, tak kunyah pun.Mari kita bongkar ayat-ayat quran itu.

1. Prasangka:

“ Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali perasangka sahaja. sesungguhnya prasangka itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran. Sesugguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.( surah Yunus,10: 36)

2. Orang dulu buat:

Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah mengikuti apa yang diturunkan Allah dan mengikuti Rasul." Mereka menjawab: "Cukuplah untuk kami apa yang kami dapati bapak-bapak kami mengerjakannya." Dan apakah mereka itu akan mengikuti nenek moyang mereka walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui apa-apa dan tidak (pula) mendapat petunjuk?. (al-Maidah, 5:104)

Mereka menjawab: "(Bukan karena itu) sebenarnya kami mendapati nenek moyang kami berbuat demikian." ( surah Asy-Syu’ara, 26:74)

Mereka berkata: "Apakah kamu datang kepada kami untuk memalingkan kami dari apa yang kami dapati nenek moyang kami mengerjakannya dan supaya kamu berdua mempunyai kekuasaan di muka bumi?Kami tidak akan mempercayai kamu berdua." (surah Yunus,10:78)

Dan apabila mereka melakukan perbuatan keji, mereka berkata: "Kami mendapati nenek moyang kami mengerjakan yang demikian itu, dan Allah menyuruh kami mengerjakannya." Katakanlah: "Sesungguhnya Allah tidak menyuruh (mengerjakan) perbuatan yang keji." Mengapa kamu mengada-adakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui?( surah al-Araaf, 7:28)

Samakan dengan dialog orang-orang zaman sekarang yang suka kata macam ni?... apabila kita mengutarakan dalil quran atau hadith, mulalah. “Eh kau sapa? kau belajar dengan sapa? kau pandai bahasa arab? dah habis semua kitab kau baca?...

Inilah rialiti orang sekarang. Kemudian bila ada ceramah kat mana-mana terutama “Maal Hijrah” bukan main lantang. Kita patut bangga, umat islam dahulu mampu mengusai dua per tiga dunia, merekalah yang menguasai semuanya, merekalah yang paling bijak, lautan ilmu dan macam-macam lagilah tentang orang-orang dahulu punyer kejayaan..Tetapi apabila kita bawa dalil:

Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) dari golongan muhajirin dan anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah ridha kepada mereka dan merekapun ridha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. Mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar.( at-Taubah:100)

Kita ajak kembali buka kitab-kitab muktabar, kitab imam Syafie, hadith Bukhari, Muslim, kitab para ulama dari tiga generasi terawal. Maka WAHABILAH gelaran yang kita dapat...”Imam Syafie punyer pasal WAHABI dapat nama..huhuhu.. sedih”.

Siapa yang dibangga-banggakan? siapa lagi kalau bukan para Tok-tok guru, tuan-tuan imam, dan orang-orang yang pakai serban tebal-tebal. Bila Tok gurunya datang.. dipeluk, dibaling duit, apa lagi tok guru pun suapkanlah kurma kedalam ,mulutnya, bukan main suka hatinya, bagaikan mendapat emas satu tan yang dihantar terus kerumahnya. Apa yang dikata oleh tok gurunya semua betul. takde salah langsung. “Tok guru kami ni pakar sanad, setiap kali dia mengajar dia sampaikan sanad panjang lebar, memang powerlah”. Penulis katakan pada orang-orang yang begini. Imam Bukhari tu, lagi pakar sanad, tapi takde pun senarai nama sanad macam tok guru dia cakap, berapa ratus ribu sanad yang Imam Bukhari hafal, kenapa tak rujuk kitab dia? Beratus ribu hadith yang dia hafal, berapa ribu pulak yang dia nilai sebagai sahih?. Kenapa kitab yang warna biru, kuning dan merah juga yang dibuka, yang mula-mula dulu nipis sekarang jadi tebal? tak cukup lagi ke kitab hadith Bukhari Muslim? atau dah habis hafal dan amalkan sampai terpaksa cari kitab lain untuk tambah amalan?..

Tapi biasalah, kita ni suka memandai-mandai, tapi tak perasan ke kita yang qurannya 1 juzu’ sebulan dengan ayat ini:

Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan Rasul-Nya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. (al-Hujurat 49: 01)

atau sekadar membaca quran laju-laju agar orang puji untuk di cek setiap minggu, bacaan quran dia lancar, sebulan satu juzu’. Tapi sayang, penulis katakan quran yang dibacanya itu hanya sekadar dilidah sahaja, tidak lepas dari kerongkongnya. Kasihannya kita zaman sekarang mudah sangat menyatakan sesuatu itu sebagai agama. Akibat tidak pernah, atau malas untuk buka kitab muktabar kita tidak pernah perasan pun hadith ni:

“Barangsiapa yang beramal dengan amalan selain dari cara kita (Rasulullah bersama sahabat),maka ianya tertolak.” (Hadis Riwayat Muslim, no: 1718)

Atau kita ni lebih pandai dari para Imam alim Ulama generasi awal. Sedangkan mereka menyatakan:

Saya mengambil (hukum agama) dari kitab Allah (al-Qur'an); Apa yang saya tidak temui dalamnya, maka saya ambil dari sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Jika saya tidak temui dalam kitab Allah atau sunnah Rasulullah, nescaya saya ambil pula pendapat sahabatsahabatnya (Abu Hanifah rahimahullah, Riwayat al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, jld.13, ms. 368)

Jauhilah pendapat orang-orang yang (mengeluarkan pendapat) berdasarkan akal fikiran kecuali jika sudah disepakati oleh para ulama’ (ijma’). Ikutilah al-Qur’an yang telah diturunkan kepadamu oleh Tuhan kamu dan ikutilah Hadis yang telah diturunkan kepadamu oleh Nabi kamu. (Malik Bin Annas Rahimahullah, Riwayat al-Sya’rani – al-Mizan al-Kubra, jld. 1, ms. 188)

Setiap hadis yang sah daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam adalah juga merupakan ajaran aku walaupun engkau tidak pernah mendengarnya daripada aku sebelum ini. (Katakata oleh as-Syafi’e Rahimahullah, Riwayat Ibn Abi Hatim di dalam al-Adab, ms. 93-94.)

Dalam setiap permasalahan, apabila seseorang ahli hadis itu menjumpai sebuah riwayat yang sahih daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan riwayat itu pula bertentangan dengan ajaran aku maka aku menarik kembali ajaran aku yang asal tadi sama ada pada ketika aku masih hidup atau apabila aku sudah meninggal dunia nanti. (Kata-kata oleh as-Syafi’e Rahimahullah, Riwayat Ibn al-Qayyim di dalam I’lam al Muwaqqi‘in, jld. 2, ms. 363.)

Apabila kamu dapati di dalam bukuku sesuatu yang bertentangan dengan hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam maka berpeganglah kepada Hadis tersebut dan tinggalkanlah apa yang telah aku katakan itu (atau tuliskan). (Kata-kata oleh as-Syafi’e Rahimahullah, Riwayat al-Khatib al-Baghdadi di dalam al-Ihtijaj bi al-Syafi‘e, jld. 8, ms. 2 dan al-Nawawi di dalam al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, jld. 1, ms. 63.)

Apabila aku mengeluarkan sesuatu pendapat yang bertentangan dengan al-Qur’an dan al- Sunnah, maka tinggalkanlah pendapat aku itu. (Kata-kata oleh Abu Hanifah, Riwayat Salih al-Fulani di dalam Iqaz al-Himam, ms. 50.)

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Jelas sangat, kita zaman sekarang lebih bijak dan pandai dari para imam ni kan?.. “ Kita perlu tengok fiqh waqi, orang zaman sekarang lain”. Agak-agaknya orang zaman Rasulullah lebih baik dari zaman kita ni kan, sampai terpaksa kita fikir, berhempas pulas kepala otak ni nak cari method paling baik untuk berdakwah?. Atau kita terlebih pandai dari Rasulullah?... fikirkanlah.....