Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (an-nisa,4:59)
Thursday, January 15, 2009
Allah Dimana-mana? atau Allah tidak bertempat? atau Allah di atas Arsy?
Aaaaarrrghh..... pening-pening mana yang betul ni? Dulu kata Allah dimana-mana, pastu ada pulak kata Allah tidak bertempat, pastu ni yang terbaru Allah diatas Arys...Aduhai macam-macam ada, ni kalah Astro ni.
Inilah realiti masyarakat Malaysia yang dibebani pemikirannya dengan pe lbagai pemahaman dan pemikiran yang masing-masing menisbatkan aliran mereka sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah. Masing-masing utarakan hujah, yang jadi mangsa masyarakat. Apa kata kita tengok apa pandangan para Ulama mukhtabar tentang persoalan ini.
1. Imam al-Auza’ie rahimahullah, Imam ahli Syam beliau menegaskan:
“ Kami dan para Tabi’in semuanya menetapkan dengan kesepakatan qaul kami bahawa: Sesungguhnya Allah diatas ArasyNya dan kami beriman dengan apa yang telah dinyatakan oleh Sunnah berkenaan sifat-sifat Allah Ta’ala”.(Fathul Bari.Jld.Hlm.406.Ibn Hajar al-Asqalani. Dar Ihya at-Turath al-Arabi.Beirut)
2. Imam Abu Hasan al-Asy’ari menegaskan al-Quran bukan makhluk yang diturunkan oleh Allah yang berada di langit. Beliau menjelaskan:
“ Allah mempunyai sifat, mempunyai tangan, bersemayam diatas ‘ArsyNya dan mempunyai muka. Al-Quran itu Kalamullah bukan Makhluk dan al-Quran diturunkan dari langit” (Iktiqad Aimmatul Hadith hal 50-51.Ismaili.
Beliau juga berkata:
“Di atas langit-langit itulah ‘Arasy, maka tatkala ‘Arasy berada di atas langit-langit Allah berfirman: Apakah kamu merasa aman terhada Zat yang berada di atas langit? Sesunguhnya Ia istiwa (bersemayam) di atas ‘ Arasy yang berada di atas langit dan tiap-tiap yang tinggi itu dinamakan As-Sama (langit), maka ‘Arasy berada di atas langit . Bukanlah yang dimasudkan di dalam firman: Apakah kamu merasa aman terhadap Zat yang berada di atas langit? Bukan di seluruh langit, tetapi ‘ArasyNya yang berada di atas langit”(Al-Ibanah an-Usul ad-Dianah. Hlm.48)
Beliau rahimahullah seterusnya berkata:
Sesungguhnya setelah seseorang bertanya:Apa yang kamu katakan berkenaan iatiwa? Katakan kepadanya: Kami sesungguhnya berkata bahawa Allah ‘Azza wa-jalla bersemayam di atas ‘ArasyNya yang sesuai denganNya sebagaiman firman Allah:{ Ar-Rahman(Allah) bersemayam di atas ‘ArasyNya} Taha:5. Firmannya lagi: {KepadaNyalah naik perkataan-perkataan yang baik} Fatir:10. Firman Allah: {Tetapi( yang sebenarnya) Allah telah mengangkat Isa kepadaNya} an-Nisa:158. Firman Allah:{Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) it naik kepadaNya} As-Sajadah:5. Firman Allah:{Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang dilangit bahawa Dia akan menjungkir balikkan bumi bersama kamu} al-Mulk:16. Maka langit di atasnya adalah ‘Arasy, maka apabila ‘Arasy di atas langit-langit maka Allah berfirman: { Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang dilangit} kerana Allah beristiwa di atas ‘Arasy di atas langit ....Dan kita lihat sekalian orang-orang Islam mengangkat tangan mereka menghadap langit apabila berdoa kerana Allah Azza wa-Jalla beristiwa di atas ‘Arasy yang berada di atas langit-langit, jika sekiranya Allah Azza wa-Jalla di atas ‘ArasyNya pasti mereka tidak mengangkat tangan mereka menghadap langit (manghadap ‘Arasy)” (Al-Ibanah an-Usul ad-Dianah. Hlm.97-98, Al-Asma wa sifat oleh Al-Baihaqi, at-Tauhid wa-Sifat ar-Rab oleh al-Imam Ibn Khuzaimah, العو لعلي الغفار oleh Az-Zahabi.
Imam Abu al-Asy’ari menjelaskan melalui hadith:
“Dari Nafi’ bin Jabir dari bapanya sesungguhnya Nabi saw bersabda: Turun Tuhan kami Azza wa-Jalla setiap malam ke langit dunia, lalu berfirman: Adakah sesiapa yang meminta maka Aku akan memberinya, adakah sesiapa yang meminta pengampunan maka Aku akan mengampunkannya, sehingga terbit fajar”. (Al-Ibanah an-Usul ad-Dianah. Hlm.99-100)
3. Imam Syafie rahimahullah menjelaskan melalui riwayat yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib radiallahu’anhu:
“ BagiNya dua tangan sebagaiman firmanNya: (Tidak demikian), tetapi kedua –dua tangan Allah terbuka. BagiNya tangan sebagaimana firmanNya: Langit digulung dengan tangan kananNya. Allah mempunyai wajah sebagaiman firmanNya: Setiap sesuatu akan binasa kecuali WajahNYa . Baginya kaki sebagaimana sabda Nabi saw: Sehinggalah dia meletakkan wajah dan KakiNya. Dia mempunyai jari sebagaiman sabda Nabi saw: Tiadalah hati itu kecuali antara jari-jari dari jari-jari Ar-Rahman (Allah).Kami menetapkan sifat-sifat ini dan menafikan darimenyerupakan sebagimana dinafikan sendiri oleh Allah sebagaimana firmanNya: (Tiada sesuatu yang semisal denganNya dan Dia Maha Mendengar dan Maha Melihat)” ( Iktiqad Aimmah al-Arba’ah Abi Hanifah wa Malik wa Syafie wa Ahmad, Hlm 46-47. Cetakan pertama.1412-1992. Darul ‘Asimah Saudi Arabia.
Beliau seterusnya menjelaskan lagi:
“Dan Allah Ta’ala di ats ‘ArasyNya (Dan ArasyNya)di langit” ( Iktiqad Aimmah al-Arba’ah Abi Hanifah wa Malik wa Syafie wa Ahmad, Hlm 40)
Bahkan beliau berkata:
“Sesungguhnya Allah di atas ‘ArasyNYa dan ArasyNya di atas Langit” ( Iktiqad Aimmah al-Arba’ah Abi Hanifah wa Malik wa Syafie wa Ahmad, Hlm 179)
4. Berkata Al-Imam Malik rahimahullah:
“Allah berada si atas langit sedangkan ilmuNya di tiap-tiap tempat (dimana-mana) tidak tersembunyi sesuatupun daripadanNya” ( Iktiqad Aimmah al-Arba’ah Abi Hanifah wa Malik wa Syafie wa Ahmad, Hlm 140)
5. Berkata al-Imam Ahmad bin Hambal rahimahullah:
“ Benar, Allah di atas ArasyNya dan tidak sesiapapun yang tersembunyi daripada pengetahuanNya” ( Iktiqad Aimmah al-Arba’ah Abi Hanifah wa Malik wa Syafie wa Ahmad, Hlm 188)
Eh... macammana pulak yang kata Allah dimana-mana, Allah tidak bertempat?. Kita perhatikan Apa kata para Ulama:
1. Athar dari Syeikh Islam Abdul Qadir al-Jailani rahimahullah, beliau menjelaskan:
“Tidak boleh mensifatkan Allah bahawa Ia berada di tiap-tiap tempat.Bahkan (wajib) menyatakan: Sesungguhnya Allah di atas langit (yakni) dia atas ‘Arasy sebagaimana Ia telah berfirman:Ar-Rahman di atas ‘Arasy, Ia beristiwa.(surah Taha:5) dan wajiblah memutlakkan sifat istiwa tanpa takwil, sesungguhnya Allah Istiwa dengan ZatNya di atas ‘Arasy. KeadaanNya di atas ‘Arasy disebut kepada tiap-tiap Kitab yang Ia turunkan kepada tiap-tiap Nabi yang Ia utus tanpa bertanya (para Nabi yang diutus tidak bertanya): Bagaimana caranya (Allah istiwa di atas ‘ArasyNya)?” (Fatawa Hamwiyah Kubra. Hlm.84)
2. Imam Abu Hasan al-Asyari seterusnya memegaskan:
“Telah berkata orang-orang dari golongan Muktazilah, Jahmiyah dan al-Hururiah: Sesungguhnya firman Allah (Allah bersemayam di atas ‘ArasyNya) mereka berkata Istaula (bukan istiwa ) dan Allah Azza wa-Jalla di setiap tempat , mereka menentang bahawa Allah Azza wa-Jallah di atas ‘ArasyNya”. (Al-Ibanah an-Usul ad-Dianah. Hlm.97)
3. Berkata Imam Syamsuddin az-Zahabi salah seorang ulama besar bermazhab Syafie:
“ Sesiapa mengingkari bahawa Allah Azza wa-Jalla di langit, maka dia seorang yang kafir”.
(مختر العلو العلي الغفار oleh al-Hafiz Syamsuddin az_zahabi. Hlm.137)
4. Jahmiyah tidak mempercayai Allah di langit:
“ Dan ditanyakan kepada Yazid bin Harun :Siapa Jahmiyah? Maka beliau berkata: Sesiapa yang mempercayai bahawa Ar-Rahman (Allah) bersemayam di ArasyNya tetapi tidak dsebagaimana yang dipercayai oleh orang-orang Islam, maka itulah Jahmiyah” (الا با نة الكبري (1/195ق ) Ibn Batah)
Berkata Hamad bin Zaid:
“ Jahmiyah ialah mereka yang menyatakan bahawa di langit tidak ada sesuatu (Allah bukan di langit) ” (الا با نة الكبري (1/195ق ) Ibn Batah, Ar-radd ala Jahmiyah Ibn Hatim, As-Sunnah hlm 12. Abdullah bin Ahmad)
5. Dawud bin Ali berkata: “Ketika kami berada di majlis Ibnu ‘Arabi, datanglah seseorang kemudian berkata: “ Wahai Aba Abdillah, apakah makna (Ar-Rahman ‘ala Arsyistawa) artinya Ar-Rahman (salah satu dari nama Allah) bersemayam diatas Arasy? Ibnu Arabi menjawab: “Allah di atas Arasy-Nya sebagaimana yang dikhabarkan.” Kemudian orang tadi berkata: “Bukan demikian. Tetapi makna istawa adalah istaula (menguasai)” Maka Ibnu Arabi berkata kepadanya: “ Diamlah kamu kerana kamu tidak tahu maknanya. Sesungguhnya orang Arab tidak menyatakan untuk seseorang menguasai atas sesuatu sampai dia mempunyai lawan. Maka siapa diantara kedua orang tersebut menang, maka dikatakan kepadanya istaula(menguasainya) dan Allah s.w.t tidak memiliki lawan dan Dia di atas Arasy-Nya sebagaimana yang Dia khabarkan.
6. Imam Al-Qurthubi berkata dalam tafsirnya: “ Tidak seorangpun salafus shalih mengingkari bahawa bersemayamnya Allah di atas Arasy-Nya itu secara hakikat(bukan majaz) dan pengkhususan Arasy-Nya dengan bersemayamNya kerana Arasy adalah makhluk yang paling besar.
7. Ibnu Jarir dalam Sharihus Sunnah berkata: “ Dan cukuplah seseorang mengetahui bahawa Rabb-Nya bersemayam di atas Arasy-Nya. Barang siapa memahami selain yang demikian sungguh dia telah gagal dan merugi.”
8. Imam Ibnu Khuzaimah berkata: “ Maka kami beriman kepada khabar Allah s.w.t bahawa Pencipta kita bersemayam di atas Arasy-Nya.Kami tidak merubah firman Allah dan tidak pula kami berkata selain perkataan yang dikatakan kepada kita, seperti perkataan para pengingkar sifat Allah dari golongan Jahmiyah bahawasanya Allah s.w.t bersemayam di atas Arasy-Nya maknanya adalah menduduki (menguasai).Mereka mengganti perkataan selain perkataan yang dikatakan kepada mereka seperti yang pernah dilakukan oleh orang Yahudi ketika diperintah untuk mengatakan ( حطة : pembebasan dosa) mereka menggantikan dengan kata ( حنطة :gandum [makanan]).
Jadi kita nilailah. Orang sekarang memang ada macam-macam fahaman. Masing-masing suka guna logi akal sahaja. “Eh macam betullah, eh eh eh”.. jangan dah terlajak baru nak brek.... tahu- tahu brek putus sebab wayar brek putus... mulalah kita akan kata EEEEEEEEEEEEEEEEEHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH.....masuk gaunglah kita, ni kat dunia, kat akhirat... ini bab akidah... fikirkanlah.......
Mudah Sungguh kita melebelkan ini agama Islam, Ini ajaran Islam, Inilah sunnah.
Mudah Sungguh kita melebelkan ini agama Islam, Ini ajaran Islam, Inilah sunnah.
Wah wah wah.. inilah manusia zaman sekarang. tanpa kita sedari kita dah kembali ke zaman dahulu apabila kita dengan mudah menyatakan “ Alah pekara ni pekara baik, apa salahnya...” . “ Eh, datuk nenek aku buat camtu takkan salah kot”. “ Apahal pulak, kita kena sangka baik, yang penting hati”.
Al-quran yang merupakan mukjizat yang teragung sebenarnya dah merakamkan dialog-dialog sebegini didalam al-quran, cuma sayang kita sering dilekakan dengan kata-kata “TUAN GURU, PAK USTAZ, PAK LEBAI” dan macam-macam gelaran lagilah. Apa yang mereka kata kita terima bulat-bulat, macam ular sawa makan kambing telan jer, tak kunyah pun.Mari kita bongkar ayat-ayat quran itu.
1. Prasangka:
“ Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali perasangka sahaja. sesungguhnya prasangka itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran. Sesugguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.( surah Yunus,10: 36)
2. Orang dulu buat:
Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah mengikuti apa yang diturunkan Allah dan mengikuti Rasul." Mereka menjawab: "Cukuplah untuk kami apa yang kami dapati bapak-bapak kami mengerjakannya." Dan apakah mereka itu akan mengikuti nenek moyang mereka walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui apa-apa dan tidak (pula) mendapat petunjuk?. (al-Maidah, 5:104)
Mereka menjawab: "(Bukan karena itu) sebenarnya kami mendapati nenek moyang kami berbuat demikian." ( surah Asy-Syu’ara, 26:74)
Mereka berkata: "Apakah kamu datang kepada kami untuk memalingkan kami dari apa yang kami dapati nenek moyang kami mengerjakannya dan supaya kamu berdua mempunyai kekuasaan di muka bumi?Kami tidak akan mempercayai kamu berdua." (surah Yunus,10:78)
Dan apabila mereka melakukan perbuatan keji, mereka berkata: "Kami mendapati nenek moyang kami mengerjakan yang demikian itu, dan Allah menyuruh kami mengerjakannya." Katakanlah: "Sesungguhnya Allah tidak menyuruh (mengerjakan) perbuatan yang keji." Mengapa kamu mengada-adakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui?( surah al-Araaf, 7:28)
Samakan dengan dialog orang-orang zaman sekarang yang suka kata macam ni?... apabila kita mengutarakan dalil quran atau hadith, mulalah. “Eh kau sapa? kau belajar dengan sapa? kau pandai bahasa arab? dah habis semua kitab kau baca?...
Inilah rialiti orang sekarang. Kemudian bila ada ceramah kat mana-mana terutama “Maal Hijrah” bukan main lantang. Kita patut bangga, umat islam dahulu mampu mengusai dua per tiga dunia, merekalah yang menguasai semuanya, merekalah yang paling bijak, lautan ilmu dan macam-macam lagilah tentang orang-orang dahulu punyer kejayaan..Tetapi apabila kita bawa dalil:
Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) dari golongan muhajirin dan anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah ridha kepada mereka dan merekapun ridha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. Mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar.( at-Taubah:100)
Kita ajak kembali buka kitab-kitab muktabar, kitab imam Syafie, hadith Bukhari, Muslim, kitab para ulama dari tiga generasi terawal. Maka WAHABILAH gelaran yang kita dapat...”Imam Syafie punyer pasal WAHABI dapat nama..huhuhu.. sedih”.
Siapa yang dibangga-banggakan? siapa lagi kalau bukan para Tok-tok guru, tuan-tuan imam, dan orang-orang yang pakai serban tebal-tebal. Bila Tok gurunya datang.. dipeluk, dibaling duit, apa lagi tok guru pun suapkanlah kurma kedalam ,mulutnya, bukan main suka hatinya, bagaikan mendapat emas satu tan yang dihantar terus kerumahnya. Apa yang dikata oleh tok gurunya semua betul. takde salah langsung. “Tok guru kami ni pakar sanad, setiap kali dia mengajar dia sampaikan sanad panjang lebar, memang powerlah”. Penulis katakan pada orang-orang yang begini. Imam Bukhari tu, lagi pakar sanad, tapi takde pun senarai nama sanad macam tok guru dia cakap, berapa ratus ribu sanad yang Imam Bukhari hafal, kenapa tak rujuk kitab dia? Beratus ribu hadith yang dia hafal, berapa ribu pulak yang dia nilai sebagai sahih?. Kenapa kitab yang warna biru, kuning dan merah juga yang dibuka, yang mula-mula dulu nipis sekarang jadi tebal? tak cukup lagi ke kitab hadith Bukhari Muslim? atau dah habis hafal dan amalkan sampai terpaksa cari kitab lain untuk tambah amalan?..
Tapi biasalah, kita ni suka memandai-mandai, tapi tak perasan ke kita yang qurannya 1 juzu’ sebulan dengan ayat ini:
Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan Rasul-Nya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. (al-Hujurat 49: 01)
atau sekadar membaca quran laju-laju agar orang puji untuk di cek setiap minggu, bacaan quran dia lancar, sebulan satu juzu’. Tapi sayang, penulis katakan quran yang dibacanya itu hanya sekadar dilidah sahaja, tidak lepas dari kerongkongnya. Kasihannya kita zaman sekarang mudah sangat menyatakan sesuatu itu sebagai agama. Akibat tidak pernah, atau malas untuk buka kitab muktabar kita tidak pernah perasan pun hadith ni:
“Barangsiapa yang beramal dengan amalan selain dari cara kita (Rasulullah bersama sahabat),maka ianya tertolak.” (Hadis Riwayat Muslim, no: 1718)
Atau kita ni lebih pandai dari para Imam alim Ulama generasi awal. Sedangkan mereka menyatakan:
Saya mengambil (hukum agama) dari kitab Allah (al-Qur'an); Apa yang saya tidak temui dalamnya, maka saya ambil dari sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Jika saya tidak temui dalam kitab Allah atau sunnah Rasulullah, nescaya saya ambil pula pendapat sahabatsahabatnya (Abu Hanifah rahimahullah, Riwayat al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, jld.13, ms. 368)
Jauhilah pendapat orang-orang yang (mengeluarkan pendapat) berdasarkan akal fikiran kecuali jika sudah disepakati oleh para ulama’ (ijma’). Ikutilah al-Qur’an yang telah diturunkan kepadamu oleh Tuhan kamu dan ikutilah Hadis yang telah diturunkan kepadamu oleh Nabi kamu. (Malik Bin Annas Rahimahullah, Riwayat al-Sya’rani – al-Mizan al-Kubra, jld. 1, ms. 188)
Setiap hadis yang sah daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam adalah juga merupakan ajaran aku walaupun engkau tidak pernah mendengarnya daripada aku sebelum ini. (Katakata oleh as-Syafi’e Rahimahullah, Riwayat Ibn Abi Hatim di dalam al-Adab, ms. 93-94.)
Dalam setiap permasalahan, apabila seseorang ahli hadis itu menjumpai sebuah riwayat yang sahih daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan riwayat itu pula bertentangan dengan ajaran aku maka aku menarik kembali ajaran aku yang asal tadi sama ada pada ketika aku masih hidup atau apabila aku sudah meninggal dunia nanti. (Kata-kata oleh as-Syafi’e Rahimahullah, Riwayat Ibn al-Qayyim di dalam I’lam al Muwaqqi‘in, jld. 2, ms. 363.)
Apabila kamu dapati di dalam bukuku sesuatu yang bertentangan dengan hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam maka berpeganglah kepada Hadis tersebut dan tinggalkanlah apa yang telah aku katakan itu (atau tuliskan). (Kata-kata oleh as-Syafi’e Rahimahullah, Riwayat al-Khatib al-Baghdadi di dalam al-Ihtijaj bi al-Syafi‘e, jld. 8, ms. 2 dan al-Nawawi di dalam al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, jld. 1, ms. 63.)
Apabila aku mengeluarkan sesuatu pendapat yang bertentangan dengan al-Qur’an dan al- Sunnah, maka tinggalkanlah pendapat aku itu. (Kata-kata oleh Abu Hanifah, Riwayat Salih al-Fulani di dalam Iqaz al-Himam, ms. 50.)
Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)
Jelas sangat, kita zaman sekarang lebih bijak dan pandai dari para imam ni kan?.. “ Kita perlu tengok fiqh waqi, orang zaman sekarang lain”. Agak-agaknya orang zaman Rasulullah lebih baik dari zaman kita ni kan, sampai terpaksa kita fikir, berhempas pulas kepala otak ni nak cari method paling baik untuk berdakwah?. Atau kita terlebih pandai dari Rasulullah?... fikirkanlah.....
Wednesday, December 24, 2008
Kejinya Bid'ah dan pelakunya
Kejinya Bid’ah Dan Pelakunya !!
Disediakan oleh : Mohd Hairi bin Nonchi (Pendidikan Dengan Sains Sosial, UMS)
SMS sahaja : 019-5343292 E-mel : mohd.hairi_nonchi@yahoo.com.my
Firman Allah :“ Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu” [al-Maidah 5:3]
Firman Allah : “Adakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang mensyari’atkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan oleh Allah?!” [al-Syura 42:21]
Sabda Rasulullah : "Barangsiapa yang mengerjakan sesuatu amalan (dalam urusan ibadat) yang bukan mengikut (spesifikasi) cara kami , maka ia adalah tertolak (tidak diterima) "[H/R Muslim dalam Shahih Muslim no: 1718]
Dari ‘Aisyah, Rasulullah bersabda: “Barangsiapa yang mengada-adakan di dalam urusan kami (perkara baru yang berkaitan dengan agama) apa-apa yang tidak ada padanya, maka ia tertolak” [H/R Bukhari dalam Shahih al-Bukhari no: 2697]
Dari Abdullah bin ‘Abbas, Rasulullah bersabda : “Allah enggan menerima amal ibadah ahli bid’ah[1] sehingga dia meninggalkan bid’ahnya itu” [H/R Ibn Majah dalam Sunan Ibnu Majah 1/25]
Dari Huzaifah berkata, sabda Rasulullah: “Allah tidak akan menerima amal ibadah ahli bid’ah, baik puasanya, solatnya, sedekahnya, hajinya, umrahnya, jihadnya, ibadah sunatnya, ibadah wajibnya. Ia terkeluar dari agama Islam sebagaimana keluarnya sehelai rambut dari adunan tepung” [H/R Ibn Majah dalam Sunan Ibnu Majah 1/25]
Dari Anas, Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menutup pintu taubat bagi ahli bid’ah sehingga ia meninggalkan bid’ahnya” [H/R al-Thabrani dalam Abu Said al-Khadimi, Bariqah Mahmudiyyah Syarh Thariqah Muhammadiyyah 1/89-90]
Sabda bersabda: “Sesungguhnya Allah menutupi tabir taubat dari setiap pencipta dan pengamal bid’ah” [H/R al-Thabrani dalam al-Mu’jam al-Ausath no: 4202]
Dari Anas, Rasulullah bersabda: “Apabila seseorang ahli bid’ah mati, maka sesungguhnya telah menanglah dalam Islam suatu kemenangan” [H/R al-Khatib dan al-Darimi dalam Jalaluddin al-Suyuthi, al-Jami’ al-Shagier fi Ahadits al-Basyir wa al-Nadzir 1/35]
Dari ‘Abdullah Busr, bersabda Rasulullah : “Barangsiapa yang menghormati (memuliakan) ahli bid’ah, maka sesungguhnya ia telah membantu menghancurkan Islam” [H/R al-Thabrani dalam Jalaluddin al-Suyuthi, al-Jami’ al-Shagier fi Ahadits al-Basyir wa al-Nadzir 2/183]
Dari Anas, Rasulullah bersabda: “Orang-orang ahli bid’ah itu seburuk-buruknya makhluk dan seburuk-buruk yang diciptakan” [H/R Abu Nu’aim dalam Ali al-‘Azizi, al-Siraj al-Munir 2/77]
Dari Abu Umamah al-Bahili, Rasulullah bersabda: “Orang-orang ahli bid’ah itu adalah anjing-anjing neraka!” [H/R Abu Hatim al-Khuza’i dalam Ali al-‘Azizi, al-Siraj al-Munir 2/77]
Kebencian Generasi Salafus Soleh Terhadap Ahli Bid’ah
Sufyan al-Tsauri berkata: “Bid’ah lebih dicintai Iblis daripada kemaksiatan kerana (pelaku) maksiat dapat (diharapkan) bertaubat sedangkan (pelaku) bid’ah tidak dapat (diharapkan lagi) untuk bertaubat” [Ibn Taimiyyah dalam Majmu’ al-Fatwa 11/372]
Al-Fudha’il bin ‘Iyyadh berkata: “Sesiapa yang duduk dengan ahli bid’ah maka berhati-hatilah darinya dan sesiapa yang duduk dengan ahli bid’ah tidak akan diberi al-hikmah. Dan saya ingin jika di antara saya dan ahli bid’ah ada benteng dari besi yang kukuh, dan saya makan di sebelah Yahudi dan Nasrani lebih saya sukai daripada makan di sebelah ahli bid’ah!” [Riwayat al-Lalika’i, 4/638 no: 1149]
Al-Imam al-Barbahari berkata: “Jika kamu dapati seorang sunni (Ahli Sunnah Wal Jamaah) yang buruk jalan dan mazhabnya, fasiq (derhaka) dan faqir, ahli maksiat, sesat namun ia berpegang dengan (manhaj atau prinsip) Sunnah, bertemanlah dengannya, duduklah bersamanya sebab kemaksiatannya tidak akan membahayakanmu. Dan jika kamu lihat seseorang giat beribadah, meninggalkan kesenangan dunia (zuhud), bersemangat dalam beribadah (‘abid), pengekor hawa nafsu (bid’ah), maka janganlah bermajlis atau duduk bersamanya dan jangan pula mendengar ucapannya serta jangan berjalan bersamanya di suatu jalan kerana saya tidak merasa aman kalau kamu merasa senang berjalan dengannya lalu kamu celaka bersamanya” [Lihat Syarh al-Sunnah, 124 no: 149]
Imam Syafi’e berkata : “Jika seorang hamba menghadap Allah dengan segenap dosa kecuali syirik jauh lebih baik daripada dia menghadap Allah membawa sesuatu berupa bid’ah” [Lihat Syarh al-Sunnah 124 disandarkan kepada al-Baihaqi dalam al-‘I’tiqad 1/184]
Imam Ahmad Hanbal berkata: “Kuburan ahli Sunnah pelaku dosa besar bagaikan taman sedangkan kubur ahli bid’ah biarpun ahli zuhud adalah jurang neraka!. Orang fasiq di kalangan ahli Sunnah termasuk wali-wali Allah sedang orang-orang zuhud dari kalangan ahli bid’ah adalah musuh-musuh Allah!” [Lihat Thabaqat Hanabilah 1/184]
Amru bin Qais al-Mulaiy dan Imam Ahmad bin Hanbal berkata: “Jika kamu lihat seorang pemuda tumbuh bersama Ahli Sunnah Wal Jama’ah harapkanlah kebaikannya dan bila ia tumbuh bersama ahli bid’ah berputus asalah dari mengharap kebaikannya kerana pemuda itu bergantung di atas apa yang pertama kali ia tumbuh dan dibentuk” [Lihat Al-Ibanah 1/205 no: 44 dan 2/428 no: 518. Lihat juga al-‘Adab al-Syari’ah oleh Ibnu Muflih 3/77]
Sa’id bin Jubair berkata: “Seandainya anakku berkawan dengan orang fasiq licik tetapi Sunni (ahli Sunnah) lebih aku cintai daripada dia berteman dengan ahli ibadah namun mubtadi’ atau pelaku bid’ah” [Lihat Ibnu Baththah dalam al-Syarh wa al-Ibadah 132 no: 87]
Al-Awwam bin Hausyab berkata mengenai anaknya, Isa : “Demi Allah! Sungguh jika aku melihat Isa duduk dengan pemain muzik dan peminum arak dan orang yang berbicara sia-sia lebih aku sukai daripada aku melihatnya duduk dengan tukang debat ahli bid’ah!” [Lihat al-Bida’ 56]
Al-Fudha’il bin ‘Iyyadh berkata:”Sesiapa yang menghormati ahli bid’ah bererti dia memberi bantuan untuk meruntuhkan Islam dan sesiapa yang tersenyum kepada ahli bid’ah maka dia telah menganggap remeh apa yang diturunkan oleh Allah kepada Muhammad, dan sesiapa yang menikahkan puterinya kepada mubatadi’ atau pencipta dan pelaku bid’ah, maka dia telah memutuskan hubungan silaturrahimnya. Dan sesiapa yang mengiringi jenazah seorang mubtadi’ akan sentiasa berada dalam kemurkaan Allah sehingga dia kembali. Saya makan bersama Yahudi dan Nasrani dan tidak makan bersama mubtadi’” [Lihat Syarh al-Sunnah 139]
Mengenal Ciri-Ciri Ahli Bid’ah
Imam al-Barbahari berkata: “Jika kamu mendengar seseorang mencerca atsar atau hadis-hadis, menolaknya dan menginginkan selain itu, maka curigailah keislamannya dan jangan kamu ragu bahawa ia adalah pengikut hawa nafsu dan mubtadi’ atau pengamal bid’ah” [Lihat al-Ibanah 2/115-116 no: 134]
Syaikh Abu Utsman Ismail bin Abdur Rahman al-Shobuni berkata: “Dan tanda-tanda ahli bid’ah itu sangat jelas kelihatan pada mereka dan salah satu tanda yang paling menonjol adalah kerasnya permusuhan mereka terhadap para pembawa berita (hadis) Rasulullah, menghina dan meremehkan mereka” [Lihat Aqidatus Salaf 102 no: 163]
Qutaibah bin Sa’id berkata : “Apabila kamu lihat seseorang mencintai ahli hadis (ahli Sunnah), maka ketahuilah bahawa dia di atas Sunnah dan siapa yang menyelisihi perkara ini maka ketahuilah bahawa dia adalah mubtadi’ (pelaku bid’ah)” [Lihat Muqaddimah kitab Syi’ar Ashhabul Hadith Lil Ahkam 7]
[1] Dalam usaha menjustifikasikan amalan mereka yang jelas tidak memiliki sebarang sandaran hujah di sisi syarak, sama ada al-Qur’an atau al-Sunnah sahihah atau mana-mana pengkaedahan ilmiah yang digariskan oleh para ilmuwan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang muktabar, maka sebahagian aktivis (pencipta dan pengamal) bid’ah sering beralih kepada strategi melabelkan amalan atau pegangan mereka sebagai “bid’ah hasanah”. Bagi mendapatkan penerangan lanjut mengenai apakah “bid’ah hasanah” dan jawapan para ulama’ Ahli Sunnah Wal Jamaah terhadap syubhat-syubhat pihak yang menghalalkan “bid’ah hasanah” dalam urusan agama, maka penulis menyarankan agar pembaca merujuk sendiri buku “Bid’ah Hasanah Istilah Yang Disalah Fahami” yang ditulis oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan “Bid’ah Menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah” dan “Setiap Bid’ah Menyesatkan” oleh Ustaz Rasul Dahri (ketiga-tiga buah buku ini diterbitan oleh Jahabersa, Johor Bahru).
Berbahagialah Wahai Ahli Sunnah
Berbahagialah Wahai
Ahli Sunnah
Disediakan oleh : Mohd Hairi Nonchi @ Nur Ahmad al-Atsariy
Pendidikan Dengan Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah
SMS sahaja : 019-5343292 @ 019-5308036
E-mel : mohd.hairi_nonchi@yahoo.com.my
v Ganjaran Pahala Yang Besar Untuk Ahli Sunnah
Sabda Rasulullah: “Sesungguhnya di belakang kalian ada hari-hari di mana orang yang sabar ketika itu seperti memegang bara api. Mereka yang mengamalkan sunnah pada hari itu akan mendapatkan pahala lima puluh kali dari kalian yang mengamalkan amalan tersebut. Para sahabat bertanya: ‘Mendapatkan lima puluh kali dari kita atau dari mereka?. Rasulullah menjawab: ‘Bahkan lima puluh kali pahala dari kalian ” [H/R al-Mawarzi - hadis no: 35, at-Tirmidzi - hadis no: 3058, Abu Daud – hadis no: 4341 , Ibnu Majah – hadis no: 4014 dan lain-lain. Disahihkan oleh al-Hakim dan disepakati olah adz-Dzahabi dalam Dharuratul Ihtimam, ms. 49]
Rasulullah bersabda “Barangsiapa menghidupkan satu sunnah dari sunnahku setelah ia dimatikan (ditinggalkan oleh manusia) setelahku (kewafatanku), maka baginya pahala sebagaimana pahala sesiapa yang mengerjakannya dari kalangan manusia yang tidak dikurangkan sedikitpun pahala tersebut sebagaimana pahala yang diberikan kepada manusia yang menirunya. Dan sesiapa yang melakukan satu bid’ah yang tidak diredhai oleh Allah dan Rasul-Nya, maka baginya dosa sebagaimana dosa sesiapa yang mengamalkan tanpa dikurangkan dosa tersebut walau sedikitpun” [H/R Ibnu Majah – hadis no:207 dan at-Tirmizi – hadis no:2601]
v Ahli Sunnah Adalah Golongan Yang Sedikit Dan “Terasing”
Dari Kathir bin ‘Abdullah dari ayahnya dari datuknya berkata: “Rasulullah pernah bersabda: “Sesungguhnya agama (Islam) itu pada mulanya asing (tidak dikenal) dan kembali (menjadi) asing pula, maka berbahagialah bagi orang-orang yang (dipandang) asing (al-Ghuraba’) , iaitu mereka yang memperbaiki apa-apa yang telah dirosakkan manusia di masa sesudah (kewafatan) aku daripada sunnahku” [H/R at-Tirmizi, beliau berkata hadis ini hasan sahih]
Hasan al-Basri berkata: “ Sesungguhnya ahli sunnah, mereka adalah manusia yang sedikit jumlahnya pada zaman-zaman yang telah lalu, dan mereka juga sedikit jumlahnya pada masa yang akan datang. Mereka ialah orang-orang tidak pergi bersama-sama dengan golongan yang mewah dalam kemewahan mereka. Dan tidak pula pergi bersama-sama dengan ahli bid’ah dalam melakukan bid’ah-bid’ah mereka. Mereka tetap bersabar di atas sunnah mereka sehinggalah mereka menemui Tuhan mereka. Maka begitulah keadaan ahli sunnah, Insya’ Allah. Maka hendaklah kamu seperti mereka”
Beliau juga berkata: “Wahai ahli sunnah! Bertemanlah kalian! Semoga Allah merahmati kalian. Sesungguhnya kalian adalah kelompok manusia yang sangat sedikit jumlahnya” [Riwayat al-Lalika’i 1/57 – no: 19]
Yunus bin ‘Ubaid berkata : ”Seorang yang disampaikan kepadanya al-sunnah kemudian menerimanya akhirnya menjadi orang yang asing, namun lebih asing lagi adalah (orang) yang menyampaikannya” [Riwayat al-Lalika’i 1/58 – no: 21 dan al-Hilyah Abu Nu’aim 3/12]
Dari Ibnul Mubaak dari Sufyan al-Tsauri, dia berkata: “Berwasiatlah kamu terhadap ahli sunnah dengan kebaikan kerana sesungguhnya mereka adalah al-Ghuraba’ (orang-orang yang terasing)” [Riwayat al-Lalika’i 1/644 – no: 49-50]
Dari Yusuf bin Asbath, dia berkata bahawa Sufyan al-Tsauri berkata : “Jika kamu mendengar di belahan bumi timur ada seorang ahli sunnah dan di barat ada seorang ahli sunnah, kirimkanlah salam buat keduanya dan doakan kebaikan untuk mereka! Sungguh alangkah sedikitnya (bilangan) Ahli Sunnah Wal Jama’ah itu” [Riwayat al-Lalika’i 1/644 – no: 49-50]
v Bersahabatlah Kalian Dengan Ahli Sunnah
Imam al-Babahari berkata : “Jika kamu dapati seorang Sunni (Ahli Sunnah) buruk jalan mazhabnya, fasiq dan fajir (derhaka), ahli maksiat sesat namun ia berpegang dengan (manhaj atau prinsip) Sunnah, bertemanlah dengannya, duduklah bersamanya sebab kemaksiatannya tidak akan membahayakanmu. Dan jika kamu melihat seorang yang giat beribadah (’abid), meninggalkan kesenangan dunia (zuhud), bersemangat dalam beribadah, (namun) ahli bid’ah, maka janganlah bermajlis atau duduk bersamanya dan jangan pula dengarkan ucapannya serta jangan berjalan bersamanya di suatu jalan kerana saya tidak merasa aman kalau kamu merasa senang berjalan dengannya lalu kamu celaka bersamanya (kerana bid’ahnya)” [Lihat Syarhus Sunnah 124 – no: 149]
Dhamrah bin Rabi’ah berkata bahawa dia mendengar Ibnu Syaudzab al-Khurasani berkata: “Sesungguhnya di antara kenikmatan yang Allah berikan kepada para pemuda ialah ketika dia beribadah dan bersaudara dengan seorang ahli sunnah dan dia akan bergabung bersamanya di atas (manhaj) al-Sunnah” [Lihat al-Ibanah 1/205 – no: 43 dan al-Shugra 133 – no: 91 dan al-Lalika’i 1/60 – no: 31]
Dari Abdullah bin Syaudzab dari Ayyub ia berkata: “Termasuk kenikmatan bagi seorang pemuda dan orang-orang bukan Arab ialah jika Allah menurunkan taufiq (petunjuk) kepada mereka untuk mengikuti orang yang berilmu di kalangan ahli sunnah” [Riwayat Al-Lalika’i 1/60 – no: 31]
v Kemuliaan Ahli Sunnah Di Atas Ahli Bid’ah
Imam Ahmad bin Hanbal berkata : “Kuburan ahli sunnah pelaku dosa besar bagaikan taman sedangkan kubur ahli bid’ah biarpun ahli zuhud adalah jurang neraka. Orang fasiq di kalangan ahli sunnah termasuk wali-wali Allah sedangkan orang-orang zuhud (ahli ibadah) dari kalangan ahli bid’ah adalah musuh-musuh Allah” [Lihat Thabaqat al-Hanabilah 1/184]
Beliau berkata lagi : “Jika kamu melihat seorang pemuda tumbuh (membesar) bersama Ahli Sunnah Wal Jama’ah maka harapkanlah kebaikannya dan jika kamu lihat dia tumbuh bersama ahli bid’ah, maka berputus asalah kamu dari mengharap kebaikannya kerana sesungguhnya pemuda itu tergantung di atas apa dia pertama kali tumbuh” [Lihat Al-Adab al-Syari’ah Ibn Muflih 3/77]
v Tanda-Tanda Ahli Sunnah
Qutaibah bin Sa’id berkata : “Apabila kamu lihat seseorang mencintai ahli hadis (ahli sunnah), maka ketahuilah bahawa dia di atas (pegangan) al-sunnah dan siapa yang menyelisihi perkara ini (yakni membenci ahli sunnah), maka ketahuilah bahawa dia adalah mubtadi’ (ahli bid’ah)” [Lihat mukaddimah muhaqqiq kitab Syi’ar Ashhabul Hadith Lil Hakim, ms. 7]
Imam al-Babahari berkata : “Dan sesiapa yang mengetahui apa yang dibuang dan ditinggalkan hhli bid’ah dari sunnah ini dan ia justeru berpegang teguh dengannya, maka dia adalah pengikut Ahli Sunnah Wal Jama’ah dan dia berhak untuk diikuti (dicontohi), dibantu dan dijaga bahkan dia termasuk yang diwasiatkan oleh Nabi Muhammad” [Lihat Syarhus Sunnah ms. 107]
v Beberapa Pesanan Kepada Ahli Sunnah
Al-Fudha’il bin Iyyadh berpesan: “Ikutilah jalan-jalan petunjuk! Dan tidak akan merugikanmu meskipun sedikit orang yang menempuhnya. Sebaliknya, jauhilah jalan-jalan kesesatan dan janganlah tertipu dengan ramainya orang-orang yang celaka di dalamnya!” [Lihat al-I’tisham 1/112]
Ibn al-Qayim al-Jauziyah pernah berkata:“ Orang yang berilmu lagi benar, tidak akan merasa asing disebabkan sedikit rakannya dan tidak ada orang yang melakukannya, apabila dia menjelmakan di dalam hatinya bahawa dia sebenarnya ditemani oleh generasi awal (al-salaf) yang Allah telah menganugerahkan nikmat-Nya kepada mereka yang terdiri dari nabi-nabi, orang-orang yang benar, para syuhada’ dan orang-orang soleh. Mereka itulah sebaik-baik teman. Seorang hamba yang besendirian dalam menuntut jalan yang benar menunjukkan bukti (dalil) di atas pencarian kebenaran itu” [Lihat ‘Ilmu Ushul al-Bida’ ms. 273]
Stratergi menangani pengelewengan akidah Umat
Stratergi menangani pengelewengan akidah Umat
Petikan Khutbah Jumaat 19 Disember 2008, Masjid Felda Palong Sembilan.
Sidang Jumaat yang di rahmati Allah
Mari sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah S.W.T dengan menunaikan segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya, mudah-mudahan kita semua setiasa memperoleh kebahagiaan hidup didunia dan diakhirat.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Kita bersyukur kepada Allah kerana dapat meneruskan kehidupan dengan aman dan damai dibumi Allah ini, serta dapat melaksanakan ibadah kepadanya dengan sempurna. Sesungguhnya, kejayaan yang sebenar akan diperolehi manusia mentaati ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w melalui kitab al-quran dan hadith baginda s.a.w:
Sabda Rasulullah s.a.w: Aku tinggalkan kepada kamu dua pekara , yang kamu tidak akan sesat selagi mana kamu berpegang dengan kedua-duanya iaitu Kitaballah (al-quran) dan sunnah nabinya. (Riwayat Imam Malik)
Sidang Jemaah yang di rahmati sekelian,
Akidah adalah satu pegangan dihati tentang kepercayaan agama yang mereka anuti.Akidah yang sebenar ialah akidah Islamiah iaitu akidah yang dituntut oleh Allah s.w.t sebagaimana firmaNya dalam surah al-Imran ayat 85:
“ Dan sesiapa yang mencari agama selain Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan ia pada hari akhirat kelak dari golongan orang-orang yang rugi”
Asas untuk akidah Islamiah ialah percaya kepada Allah, percaya kepada adanya Malaikat, percaya kepada kitab-kitab Allah, percaya kepada rasul-rasul Allah, percaya kepada Hari Akhirat, dan percaya kepada Qadha dan Qadar.
Asas keimanan ini telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabda baginda:
“ Iman itu ialah mempercayai kepada Allah, MalaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, dan hari akhirat, dan percaya kepada takdir samaada baik ataupun buruk”
Oleh sebab itu, memperkasakan akidah atau keimanan kepada Allah taala merupakan tanggungjawab setiap muslim. Iman yang teguh dapat menghindarkan diri dari kesesatan, didalam surah al-an am ayat 153, Allah s.w.t berfirman:
“ Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu(Agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutinya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan( yang lain) yang mencerai beraikan kamu dari jalan Allah, dengan demikian Itulah Allah s.w.t perintahkan kamu supaya kamu bertakwa.”
Sidang Jemaah yang dimuliakan,
Kita sedar bahawa segala rupa bentuk kepercayaan dan keyakinan yang tergelincir daripada asas-asas keimanan tersebut adalah merupakan petanda yang mana ianya menyeleweng daripada akidah Islam yang sebenar. Sebagai umat Islam, kita hendaklah sentiasa berhati-hati dan berwasada kepada berbagai bentuk ajaran-ajaran yang mengarah kita kepada kesesatan. Sememangnya, penekanan Islam dalam soal akidah atau keimanan adalah bertujuan untuk memelihara kesucian ajaran Islam serta untuk menyelamatkan umat islam daripada terpengaruh degan rupa dan
Sidang jemaah yang dirahmati Allah,
Dalam usaha untuk mencari dan mengejar kehidupan yang bahagia didunia dan diakhirat, terdapat mereka yang mengambil jalan pintas untuk mencapai matlamat tersebut.Mereka ini sering terperangkap dengan tipu muslihat yang dipasang oleh musuh-musuh Islam seperti aktiviti seperti mengamalkan zikir-zikir tertentu dari amalan-amalan tasawuf yang menyeleweng, perbomohan, penghapusan dosa dan sebagainya yang jelas merosakkan akidah.
Diantara bentuk penyelewengan dari segi akidah ialah:
1. Mengadakan pengajian-pengajian secara sulit, dengan dipimpin oleh guru atau mursyid yang tidak mempunyai ilmu agama.
2. Menerima dakwaan guru yang kononnya mempunyai kelebihan boleh berada dimana-mana tempat dalam satu masa.
3. Menggunakan tawasul iaitu berdoa dengan menyebut nama guru-guru tertentu untuk menyembuhakan penyakit dan sebagainya.
4. Berbaiat atau melakukan janji sumpah taat setia un tuk mengikut segala arahan guru dan merahsiakannya daripada pengetahuan ramai walaupun bertentangan dengan ajaran Islam, dan mereka juga percaya siapa yang melanggar ajaran tersebut akan ditimpa bala.
5. Mempunyai pengawal-pengawal daripada golongan jin, mempunyai bala tentera ghoib dan mengetahui pergerakan orang-orang yang mengintip aktivitinya.
Manakala penyelewengan syariah pula antaranya ialah:
1. Kesalahan yang dilakukan oleh pengikut kumpulan hendaklah dibayar dam dengan membayar wang atau harta lain kepada gurunya.
2. Mengadakan upacara mandi bunga, untuk membuang sial sehingga terjebak dengan perbuatan merogol dan sebagainya.
3. Sentiasa melakukan solat secara “Jama”
4. Meninggalkan solat jemaah tanpa uzur ( sekadar niat tanpa perlaksanaan)
5. Meyakini apa-apa jua yang diajar oleh guru wajib diikuti dan tidak boleh dipertikaikan.
Manakala penyelewengan dari sudut akhlak pula antaranya:
1. Mengugut ahli agar jangan dehaka kepada guru.
2. Taksub yang melampau kepada guru.
3. Mewajibkan ahli agar tidak bercampur gaul dengan masyarakat.
Sidang Jemaah yang dirahmati Allah.
Ciri-ciri ajaran yang menyeleweng daripada ajaran islam yang sebenar sebagaimana yang dinyataka diatas, sikiranya ajaran tersebut diamalkan boleh menyebabkan berlakunya perbuatan-perbuatan seperti fitnah memfitnah, tuduh menuduh, tipu menipu dan akhirnya boleh membawa kepada pergaduhan serta perpecahan dalam masyarakat.